View: 1788|Reply: 31
|
[Jenayah]
PM heret Pesuruhjaya PAS ke makamah, saman RM5 juta isu LGBT
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memulakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan dia mempunyai agenda LGBT.
Anwar memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, menerusi firma guaman SN Nair di Mahkamah Tinggi Taiping menerusi sistem e-filing, malam tadi.
Pada 9 November lalu, Anwar dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Razman, yang antara lain menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf terbuka kerana mendakwanya memiliki agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.
Menurut kertas kausa saman tersebut, Anwar mendakwa ceramah Razman yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya setakat ini telah mendapat 94,400 tontonan, 5,100 reaksi, dikongsi sebanyak 429 kali dan menerima 2,600 komen.
Anwar menyangkal dakwaan itu dan berkata dia memiliki imej yang sangat disanjungi di Malaysia dan dunia, serta sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam.
"Plaintif (Anwar) sentiasa mengecam semua dakwaan agenda LGBT dan telah memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus negara.
"Penerbitan memfitnah tersebut oleh defendan (Razman) adalah memudaratkan imej dan reputasi baik plaintif sebagai presiden PKR, pengerusi PH, ahli parlimen Tambun dan kini sebagai perdana menteri kesepuluh Malaysia.
"Alegasi defendan dalam penerbitan memfitnah tersebut adalah tidak berasas dan mengandungi dakwaan palsu yang telah dengan secara tidak betul menggambarkan plaintif sebagai seorang yang membawa agenda LGBT atau 'woke'.
"Plaintif tidak pernah menyokong perkahwinan sejenis," kata Anwar.
Anwar juga mendakwa dakwaan itu telah diterbitkan tanpa mendapatkan pengesahan akan kebenaran dakwaan itu.
'Plaintif alami kebimbangan, rasa malu'
Anwar juga berkata dakwaan itu telah menghancurkan reputasinya serta mencemarkan karakter dan nilai sosialnya dengan teruk.
Dia juga mendakwa dakwaan itu menyebabkan dia didedahkan kepada skandal awam, kebencian, odium (rasa benci), kutukan, penghinaan dan opprobrium (keaiban).
"Plaintif telah mengalami tekanan mental, kebimbangan dan rasa malu yang teruk daripada tindakan defendan," katanya lagi.
Anwar juga mendakwa Razman keberatan untuk memohon maaf dan dengan sengaja tidak memadamkan penerbitan yang mengandungi dakwaan tersebut.
Anwar menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, selain perintah injunksi yang menghalang Razman daripada mengungkap, mengarang atau menerbitkan, atau mengedarkan penerbitan yang mengandungi dakwaan tersebut.
https://www.malaysiakini.com/news/647027
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian lobai pas kaki fitnah sekor ni..dah la baru melepas nak jadi MB, kena pulak saman 5 juta.CASH!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia Piyem Tepi boleh le korang mengata..keji dia macam2…sekarang? Mendapat la dek. |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya orang cakap benda yang sama... memang nasib tak baik, akhirnya kau yang kena... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 6-12-2022 09:21 AM
Kalo dulu dia piyem tepi ko balun ler dia apa jua...dia ok lagi...tapi skg dah piyem....kedudukheunnya is a reflection of the whole nation dan diperhatikheun seluruh dunia...and here he is trying to revive the nation termasuk its ekonomi...in short, his integrity and credential will be at focal point and at stake, in the eyes of the world if he doesnt make or do things right...
|
|
|
|
|
|
|
|
rasakan puak2 lebai |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jd mcm dap pulak sikit2 saman... |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tunggu keputusan daripada Mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah lebai2 ni diajor cukup2...klu tak kita ni hidup dgn fitnah dorang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pun saman...duit saman tu buat selesaikan masalah air kotor kat kelantan tu |
|
|
|
|
|
|
|
setuju. cmni baru orang respect ada ketegasan. jangan bagi puak2 suka kafirkan orang. biar buku bertemu ruas. kita duduk tepi tengok result kerajaan memerintah. moga ada pembaharuan
zaman dulu bukan senang2 nak kafirkan orang islam. zaman sekarang lidah ni ringan je. wanauzubillah hi min zalik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bermula laa era Bung Nuwar... |
|
|
|
|
|
|
|
Denco replied at 6-12-2022 09:31 AM
elok lah lebai2 ni diajor cukup2...klu tak kita ni hidup dgn fitnah dorang je.
Setujuuu...ajar cukup222 |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ahli PAS kaki fitnah...depa tak pakai sarban la nanti kena saman |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 6-12-2022 09:25 AM
Dah jd mcm dap pulak sikit2 saman...
Kalau ada grounds utk saman teeutama jika ko seorang piyem yg melibatkheun integrity dan credeibility ko bukan sahaja dimata rakyat tapi dunia dgn pemegang2 saham the world over...why not? Jika menang saman...juta juta saman iteww boleh kembalikheun semula pada rakyat dlm bentuk agihan pada 7 asnaf.....? Kata ansk jiran aku yg 3 tahun...
Ko yg dah lebat tak terurus pubis, dont see semua ini kheunz? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pun di saman lobai2 yang memalukan ni.
Menggunakan islam demi mengikut nafsu.
|
|
|
|
|
|
|
|
5juta tu dpt total ke dia ke |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 6-12-2022 09:33 AM
Elok pun saman...duit saman tu buat selesaikan masalah air kotor kat kelantan tu
kak noor, anwar saman lebai, kalau menang duit tu jadi duit anwar, dah knp nak guna duit tu utk selesaikan masalah negeri Pas |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 6-12-2022 09:08 AM
banyaknya orang cakap benda yang sama... memang nasib tak baik, akhirnya kau yang kena...
Satu2 lah.
Aku suka sangat sesiapa yang cakap tak beragak ni kena saman biar tinggal spender. Lain kali cakap jgn main hembus ja
|
|
|
|
|
|
|
| |
|