CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 10

[Tempatan] 'Kita dah lantik Ketua Pembangkang', tiada rancangan guling kerajaan kata Hadi

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-12-2022 12:11 PM

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak berhasrat untuk menggulingkan kerajaan dan akan menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk mengambil alih tampuk kepimpinan.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan melihat sejauh mana keberkesanan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekurang-kurangnya untuk pilihan raya akan datang. Pengaruh yang kita ada sekarang ini kita lanjutkan lagi. Insya-Allah.

“Buat masa ini, kita mahu lihat kepada perkembangan semasa apakah tindakan kerajaan semasa (Kerajaan Perpaduan), kita tunggu apa reaksi rakyat terhadap kerajaan sekarang yang ada hari ini.,” katanya katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta menguals kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat rancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar dan menggantikannya dengan PN.

Menurut laporan Malaysiakini, Shahidan memberi bayangan Kabinet tidak akan bertahan lama dan PN menerima sokongan yang baik.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PN telah memuktamadkan pemimpin yang akan mengetuai blok pembangkang itu di Parlimen.

“PN akan buat kenyataan. Kita dah lantik (Ketua Pembangkang),” ujarnya.

https://malaysiagazette.com/2022/12/05/tiada-rancangan-guling-kerajaan-tunggu-pru16-ambil-alih-kerajaan-abdul-hadi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:23 AM | Show all posts
wah menghairankan... respon hadi ni kelihatan matang, tak seperti biasa...

apakah hadi biasanya sedang 'never reveal your next move' .. sedang melobi bersungguh-sungguh untuk buat perancangan dan langkah untuk nak tubuh kerajaan...

... tetapi jika diambil secara terus kata-katanya ini ..

ini mungkin respon mereka bila dapat melihat beberapa tindakan anwar yang tak pernah mereka nampak dibuat sebelum ini untuk rakyat.. seolah-olah semua mereka ternampak ada cahaya dihujung terowong..

..harap anwat dah kabinetnya terus dengan pemikiran, tindakan dan bentuk pentadbiran yang favour rakyat seperti sekarang, tetapi tetap waspadalah... sebab dah nama politician dah kerja mereka untuk perang, segala jenis perang, perang saraf, perang fizikal,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:31 AM | Show all posts
sbb sudah ada akta lompat parti....ini akta paling bagus setakat ini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan lebai nk menipu dek oi.. eh sape ketua tazabar ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:32 AM | Show all posts
lebai dh tarik hand brake bila bang non pecah lobang shahidan.....

member cuak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah...mcm tulah. Duduk diam². Bg bangnon dgn team buat kerja elok². Semua pihak bg kerjasama bangunkan negara. Kalau timbul isu² besar lagi² yg gugat perlembagaan negara, yg ganggu hak² bumiputera/melayu/islam...masa tu bolehlah start apa² yg patut. Sementara tu, jgnlah sabotaj kerajaan yg ada ni. Letih tau tukar² kerajaan je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 11:07 AM | Show all posts
smlm cidan pedo tu kemain g berbunyi
merajuk terus jadi pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Berpeloh ka takut dituduh penderhaka Raja2 Melayu .. Perlembagaan Negara lagi? Ingat ni negara Taliban ka undang2 keldai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa je caya cakap munafik ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:49 PM | Show all posts
hadi bewang ni mendonia skang ni

mcm bunyik2 nak jadi pm 11 jeewww
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Last2 Peja jadi ketua pembangkang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058092 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list