CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 3

[Tempatan] Polis ‘kejar’ wanita 65km, lepaskan tembakan

[Copy link]
Post time 6-12-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suspek turut melanggar kenderaan polis yang membuat sekatan selain cuba melanggar seorang anggota ketika mengundurkan kenderaan lolos sekatan, kata Ketua Polis Daerah Batu Gajah Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

PETALING JAYA: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kerana cuba melarikan diri ketika pemeriksaan diadakan di Batu Gajah, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata sewaktu pemeriksaan, pemandu kenderaan terbabit tidak memberikan kerjasama dan memandu secara melulu dengan melarikan diri menghala ke Jalan Gopeng menuju Jalan Ipoh-Kampar.“Dalam kejadian kira-kira 2.50 petang, kenderaan jenis Toyota Innova dalam keadaan mencurigakan cuba ditahan oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah yang sedang meronda di kawasan itu.

“Semasa sampai di lokasi jalan mati berdekatan Malim Nawar, suspek bertindak melanggar kenderaan polis yang membuat sekatan selain cuba melanggar seorang anggota polis ketika mengundurkan kenderaan lolos sekatan,” katanya menurut laporan Bernama.Beliau berkata, susulan tindakan suspek itu, polis terpaksa melepaskan satu das tembakan pada tayar kiri kenderaan suspek.

“Namun suspek terus memecut dan polis mengejar suspek,” katanya.

Menurutnya, drama sejauh 65km itu berakhir apabila kenderaan dipandu suspek mengalami kerosakan pada enjin dan tayar di Kilometer 29 Lebuh Raya Ipoh-Lumut (arah Lumut), seterusnya suspek berjaya diberkas.

“Suspek ialah seorang wanita Melayu berumur 39 tahun dan hasil semakan jenayah rekod lampau mendapati tiada sebarang kes, malah ujian saringan awal air kencing juga negatif.

Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek turut tidak menemukan sebarang barangan salah dan siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian disebabkan takut serta emosi berada dalam tekanan,” katanya.

Menurutnya, suspek direman lima hari hingga 8 Disember untuk siasatan lanjut.Beliau berkata ekoran kejadian itu, lima kenderaan polis mengalami kerosakan akibat dilanggar. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 07:51 AM | Show all posts
Udah ada tritnya Kakak

Cubaan bunuh, wanita ditahan langgar 5 kenderaan polis, motif kerana berasa takut dan marah akibat tekanan hidup
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5119057
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 6-12-2022 07:51 AM
Udah ada tritnya Kakak

Cubaan bunuh, wanita ditahan langgar 5 kenderaan polis, motif kerana berasa  ...

Minta maaf buk friska
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:06 AM | Show all posts

No problem, Kakak tamu forum yang baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058850 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list