CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 11

[Jenayah] Cubaan bunuh, wanita ditahan langgar 5 kenderaan polis, motif kerana berasa takut dan marah akibat tekanan hidup

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode

Dipercayai didorang perasaan takut dan tertekan, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun bertindak melulu melarikan diri sebelum melanggar lima kenderaan polis, di sini semalam.

Wanita ditahan langgar 5 kenderaan polis
Aida Aziz
Disember 5, 2022 17:59 MYT

BATU GAJAH: Dipercayai didorang perasaan takut dan tertekan, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun bertindak melulu melarikan diri sebelum melanggar lima kenderaan polis, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ketika kejadian anggota Balai Polis Batu Gajah sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di pekan Batu Gajah sekitar jam 2.50 petang.

"Anggota terbabit telah cuba menahan sebuah kenderaan jenis MPV Toyota Innova warna putih dalam keadaan mencurigakan.

"Pemandu kenderaan (suspek) tersebut tidak memberikan kerjasama dan telah bertindak memandu kenderaan melarikan diri secara melulu dan berbahaya.

"Suspek terus memandu kenderaan menghala ke Jalan Gopeng, Jalan Ipoh-Kampar, Jalan Malim Nawar dan terus berhenti ke lokasi jalan mati di Malim Nawar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu katanya, dua Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Batu Gajah, tiga MPV Batu Gajah, dua MPV Kampar, dan dua kenderaan balai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar (Kuala Dipang dan Gopeng) digerakkan bagi membantu mengejar dan mengekori kenderaan suspek.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, semasa di lokasi jalan mati di Malim Nawar, suspek telah bertindak memandu untuk melarikan diri dari kepungan polis dengan melanggar beberapa kenderaan polis.

"Ketika suspek mengundurkan kenderaannya juga, (suspek) telah cuba untuk melanggar seorang anggota polis di belakang kenderaannya.

"Anggota polis tersebut telah melepaskan satu das tembakan pada tayar belakang kiri kenderaan suspek.

"Bagaimanapun, suspek terus memandu kenderaan melarikan diri. Semua elemen terus mengejar dan mengekori kenderaan suspek.

"Sampai di kilometer (km) 29 Jalan Ipoh-Lumut (arah Lumut), kenderaan suspek telah berhenti akibat kerosakan teruk pada enjin dan tayar," katanya.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan dan ditangkap manakala pemeriksaan pada kenderaan tidak menjumpai barangan salah.

Justeru katanya, suspek dan kenderaan dibawa ke IPD Batu Gajah bagi siasatan lanjut.

"Anggaran jarak perjalanan insiden adalah sejauh 65 km, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian awal saringan air kencing adalah negatif.

"Lima kenderaan polis mengalami kerosakan akibat dilanggar kenderaan suspek. Motif suspek bertindak lari dari pemeriksaan polis dan melanggar kenderaan polis adalah dipercayai kerana berasa takut dan marah akibat tekanan hidup," katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Katanya, suspek direman selama lima hari bermula semalam hingga Khamis bagi siasatan lanjut.

Masyarakat dinasihatkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam sebarang situasi agar bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan, di samping tidak menimbulkan sebarang situasi yang mencurigakan atau provokasi.

https://www.astroawani.com/berit ... deraan-polis-395234

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2022 07:48 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:50 PM | Show all posts
acik poremmm ke tu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 10:09 PM | Show all posts
Kayaq dalam film ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak cerca
Tapi nak tido tenang2 je malam ni..
Esok la cerca...
Iols harap kete yabg kena langgar tu claim.insurans kete ni dapat la claim jumlah sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-12-2022 11:25 PM
Iols nak cerca
Tapi nak tido tenang2 je malam ni..
Esok la cerca...

bukan keta gomen/polis xde insurans ke..cam mana depa nak claim insurans
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 5-12-2022 11:30 PM
bukan keta gomen/polis xde insurans ke..cam mana depa nak claim insurans

Haah la..
Baru.pasan kenderaan polis..
Iols igtkan kenderaan tepi jalan atau dlm.parking..
Tqtq uols buatkan iols baca balik.kat atas...hihi..
Tp mmg iols tahan diri nak cerca ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 07:51 AM | Show all posts
Stress berat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:51 AM | Show all posts
kalau stress, stress sendiri la..tak payah libatkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:24 AM | Show all posts
dah stress langgar org plak tak bertambah stress ke kak oii
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:47 AM | Show all posts
Bahaya betul jika ada tekanan perasaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau stress jgn drive, naik bas kak oi.
Ni mesti belajar dgn amoi yg langgar budak basikal kat johor tu. Guna mentally unstable as defense
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072580 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list