PUTRAJAYA: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM10 juta pada bulan ini kepada para pesawah padi miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai selepas beliau berbincang dan menegur Syed Mokhtar agar mengurangkan tindakan memonopoli beras dalam negara.
Tegas Anwar, kerajaan tidak akan membenarkan berlaku pembolotan harta oleh tokoh-tokoh politik terhadap golongan pesawah padi.
“Jadi beliau (Syed Mokhtar) tentunya mempunyai tanggungan untuk membayar balik tetapi saya ingin memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinan saya tidak lagi akan mengizinkan cara pembolotan kekayaan oleh tokoh-tokoh politik dengan begitu mudah, 'menghisap darah' pesawah padi yang miskin.
“… Dan sekarang umpamanya kita tidak boleh bebankan Syed Mokhtar seorang sehingga kita dapat teliti keuntungan dan sama ada pulangan itu berpatutan.
“Tetapi saya telah gesa beliau untuk buat sesuatu segera. Maka, beliau peruntukan pada bulan ini sebanyak RM10 juta kepada petani dan pesawah padi dan mulai tahun depan RM50 juta daripada Bernas,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Jelas Anwar lagi, import beras perlu dilakukan secara adil memandangkan kebenaran itu diberikan kepada Bernas dan bukan kepada Syed Mokhtar.
Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan dasar dirangka pentadbiran terdahulu serta Rang Undang-undang (RUU) yang masih di peringkat perbahasan ketika Parlimen dibubarkan, akan diteruskan jika ia baik dan tidak bermasalah.
Ia termasuk RUU berkaitan Dasar Generasi Penamat (GEG) yang dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) dan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin. “Yang baik, perjanjian baik, kontrak yang baik, tidak ada masalah, kita akan ikut.
“Jika jelas umpamanya tender tu berbilion (ringgit) tidak ikut perolehan atau projek yang diluluskan berbilion, ratus bilion tidak ikut tender, tidak ikut proses, tentu kita harus teliti semula.
"Ini bukan wang saya, ini wang rakyat,” ujarnya lagi.
Post time 5-12-2022 05:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
syed bukhari ni sama je mcm tauke cina. lepas dia dpt apa2 bisnes, xlama mesti naik harga. dapat pos, harga pos naik, dapat gula, gula naik. dpt beras, beras naik
Post time 5-12-2022 06:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-12-2022 05:59 PM
Kroni saka atokcow ijau mumia fosil ron97tahun tersenyum sinis : ...
Seingat aku ini antara punca pecah belah Tun M dgn Anwar dulu
Anwar nak pecah kan monopoli/kroni
Mmg semua geng Atok pun termasuk YTL
PM2 yg lain plk bagi menantu msg2 benefit yg besar
Kita tengok lah Anwar mcm mana plk
Post time 5-12-2022 07:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku bukan nak sokong geng sepet tp mmg btul la,masa robert kuok jadi raja gula ada ladang tebu kt perlis dulu tak penah naik harga,skali tu bila syed ni pegang terus naik.also dulu perlis antara negeri terkaya kt malaysia ni antara salah satunye sbb ladang tebu tu la.skrang ni pe jadi wallahualam
Post time 5-12-2022 07:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nikaido replied at 5-12-2022 05:26 PM
syed bukhari ni sama je mcm tauke cina. lepas dia dpt apa2 bisnes, xlama mesti naik harga. dapat pos ...
iols mcm ada terbaca kisah dia dedulu dpt gaji pertama mak dia mintak hampir semua gaji dia utk bg derma kt org2 miskin... Tp tu lah iman x dpt diwarisi... Bila dah senang jadi lain plk...
Post time 5-12-2022 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eloklah tu. Semua benda nak bagi kroni monopoli. Jangan lepas ni masih amalkan konsep sama tapi tukar tauke je. Harga beras semua mahal nak mampos berbanding negara jiran. Singapura yang matawang lagi besar pun boleh jual basmathi gred biasa2 lagi murah.