CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1605|Reply: 22

[Politik] Hak peribadi masing-masing nak pertikai saya lantik Zahid, kata Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim bagi statement yang 'play safe'? Sila vote

[Copy link]
Post time 5-12-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Hak peribadi masing-masing nak pertikai saya lantik Zahid - PM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1035633/hak-peribadi-masing-masing-nak-pertikai-saya-lantik-zahid-pm

Oleh Rafidah Mat Ruzki; Muhammad Yusri Muzamir dan Irwan Shafrizan Ismail - Disember 5, 2022 @ 3:52pm
bhnews@bh.com.my


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan mengapa beliau melantik Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebagai timbalannya dalam Kabinet.

Beliau berkata, pelantikan Presiden UMNO itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah.

Antara faktor berkenaan, katanya, berpandukan kapasiti Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.

"Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid Presiden UMNO dan Pengerusi BN). Dia didakwa, belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.

"Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang, tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih. Dia tidak boleh jerit rasuah, tetapi ambil projek ratusan juta ringgit, tak boleh," katanya.

Bercakap demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, hari ini yang turut disertai Ahmad Zahid dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar mengakui beliau tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan berkenaan kerana tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.

Pada 28 November lalu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden PKR menyifatkan mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap desakan beberapa pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik yang tidak mahu Ahli Parlimen Tambung itu melantik melantik barisan Kabinet yang mempunyai kes di mahkamah.

Antara yang ditegaskan mereka adalah gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Ahmad Zahid kini berdepan 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Beliau bagaimanapun dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah berkait Sistem Visa Luar Negara (VLN) pada 23 September lalu, namun pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan untuk kes terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulangi gesaan supaya semua ahli politik, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan harta dan aset masing-masing.

"Apabila saya dicabar ketika berkempen (Pilihan Raya Umum Ke-15) dulu, saya kata sama-samalah kita isytihar (harta). Saya sanggup isytihar harta dalam dan luar negeri.

"Saya juga mahu setiap orang (politik), termasuk Ketua PN (Muhyiddin) isytihar hartanya di Malaysia, Australia dan beberapa negara lain, tetapi (setakat ini) tiada jawapan," katanya.

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 37 Users voted
0.00% (0)
8.11% (3)
91.89% (34)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih da nak ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Anwar ni kan dulu dia jatuh pon secara personal kan..mcm2 dia hadap kena attack ..

So dia balas balik tp bukan pd tun la yela kita kan akan buat apa yg kita lalui melalui pengalaman kita..

Jd aku xfaham mcm mana dia jenis satu pemimpin yg tak nak fokus buat kerja tp fokus cari salah pembangkang..

Pdhl yg jelas ada kes mahkamah dia buat rakan baik
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:02 PM | Show all posts
Tak lama lah dia ni jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hipokrit = munafik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
risau nengok mamat muda sebelah bangnon tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2022 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terang2,bl dia ambik wak jahit jd TPM jd hancus trs usaha dia berpuluh2 thn...tertipu tipah berpuluh tahun..sedar last minit pun pasal viral video call.. tah la.. mungkin btl la org kata..Kita adalah sape yg kita berkawan,kawan gan tokey perfume dpt wangi nye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 6-12-2022 01:50 AM
risau nengok mamat muda sebelah bangnon tu.


Ko tak yakin pada bangnon keww atau ko tak yakin pada  pada diri ko?

Kahkahjahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 6-12-2022 01:20 AM
Ko tak yakin pada bangnon keww atau ko tak yakin pada  pada diri ko?

Kahkahjahkahkahkah

risaukan mamat tu laaaaa kang tak pasal jd infamous.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
iols rasa, what he's trying to say was... suka ati aku ler... who r yuss.. ko bkn PM derrr.... ????
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:42 AM | Show all posts
apa cerita geng2 bersih?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
X lantik zahid x dpt jadi piem...piem tepi selamanya..baik lantik zahid walopon telo kena pegang dgn wak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:11 AM | Show all posts
lepas ni jom kita tengok kes jahit ni digugurkan ataupun tidak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 6-12-2022 09:05 AM
X lantik zahid x dpt jadi piem...piem tepi selamanya..baik lantik zahid walopon telo kena pegang dgn ...

A...gitew la PRINSIPNYA.Mmmmmm..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 6-12-2022 09:05 AM
X lantik zahid x dpt jadi piem...piem tepi selamanya..baik lantik zahid walopon telo kena pegang dgn ...

Hahaha..kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi suka Durex Play Safe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
takpela bang non. january ni nk tgk wak sihat ke tidak nk hadiri kes.  end result dr kes wak pn dah nampak cahaya dihujung terowong.

kaklong pn dh dpt kekuatan menembak netizen yg tolak bapak die. bapak die dh dpt tongkat sakti utk membidas wak pagoh. kami hanye mkn popcorn jela tgk drama2 ini semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:24 PM | Show all posts
sebagai PM dier berhak lantik sape2...mcm para andartu berhak memilih bakal suami mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pasal apa aritu bukan wak jahit. dilntik ismail sabri je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes wak yg lepas x de satunpon sangkut..tgk la kes yg akan datang.hakim hakim masih dibawah ketua hakim yg sama yg kita percaya terpaling integriti...jd rilek rilek la rakyat jelata..kita perati je bang non punya move
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073556 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list