|
Kenapa Tengku Zafrul Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet?
[Copy link]
|
|
Off to Abu Dhabi for trade mission kater nyerrr
Tak boleh tunda travel after the meeting is over ke? |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 5-12-2022 06:49 PM
Off to Abu Dhabi for trade mission kater nyerrr
Tak boleh tunda travel after the meeting is over ke? ...
Kira nak suruh pelabur luar tunggu kita habes meeting dulu ke... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ikut agong. agong rapat dgn president uae. president uae sekarang ada di qatar, memulihbaikkan hubungan...so i guess sebagai menteri dagangan antarabangsa, elok la dia ikut...dpt peluang pelabur/melabur di middle east...sambil2 tu dpt la tengok quarter finals (itu pun kalau duduk lebih seminggu which i doubt so) |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-12-2022 03:45 PM
Ari pertama dh absent. Bad record nanti bila boss nk evaluate hujung tahun nanti
Yg evaluate bukan PM tapi 'orang lain'... Haha |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 5-12-2022 06:49 PM
Off to Abu Dhabi for trade mission kater nyerrr
Tak boleh tunda travel after the meeting is over ke? ...
Byk² negara, Qatar yg dipilih utk trade mission ek.. agaknya pegawai² Miti ikut skali ke? Dapat merasa tgk world cup |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 5-12-2022 07:12 PM
Kira nak suruh pelabur luar tunggu kita habes meeting dulu ke...
Top officers from MITI boleh je handle kalau betul
|
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 5-12-2022 07:23 PM
Byk² negara, Qatar yg dipilih utk trade mission ek.. agaknya pegawai² Miti ikut skali ke? Dapat ...
Statement by miti yg bagitau tz bukan gi qatar tapi gi uae for trade mission
Kita tunggu & lihat kebenarannya
Ramai jugak Malaysian yg dok ada di qatar sekarang ni tengok workd cup
Mohon leak sekeping 2 gambo jika benar beliau terlajak ke qatar tengok world cup
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada trade mission, first cabinet meeting pun baru hari ni. Dia mmg tengok bola tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru betul betul lantikan kayangan kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 5-12-2022 09:11 PM
Statement by miti yg bagitau tz bukan gi qatar tapi gi uae for trade mission
Kita tunggu & lihat ...
Otw nak pi kerja pagi ni, pukul 7.00am tadi dengar berita Presiden UAE semalam sampai ke Qatar untuk buat lawatan
MITI nak cuba cover up dan membongak pasal lawatan si hamlau TZ ke?
Sandiwara apa kah ini?
https://m.thepeninsulaqatar.com/article/05/12/2022/uae-president-congratulates-qatar-on-hosting-fifa-world-cup |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak bawa world cup pg malaysia tu....anwar pun ok juga tu...ada juga pelabur masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat ler lantikan jadi menteri baru je dan2 dah ke oversea bekerja. Nampak nauuuu lantikan kayangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni jagung kat Malaysia @ ovc? |
|
|
|
|
|
|
|
sicvitaest replied at 5-12-2022 11:40 PM
Mana ada trade mission, first cabinet meeting pun baru hari ni. Dia mmg tengok bola tu
Tempat perhimpunan menteri menteri seluruh dunia tika ini..(world cup qatar)...so why not sambil selam minum.air? Killing two birdy birds with one stone...(bersangka baik) |
|
|
|
|
|
|
|
Bespren p khuenz.. katanya Petronas nak gali minyak kat sana.. satu kapai le tu |
|
|
|
|
|
|
|
ikutkan ahti kwn baik kalau bole terus up kan beskal ni jadi pm |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya komen
Jadi menteri tak boleh ada life ka? Saper suruh lantik last minute this trip dah lama plan lah. Faham?
|
|
|
|
|
|
|
|
power dia ni... leh sesuka hati je mentang2 bff kygn |
|
|
|
|
|
|
|
by hook or crook u kena adalaaa apadaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 6-12-2022 08:13 AM
Otw nak pi kerja pagi ni, pukul 7.00am tadi dengar berita Presiden UAE semalam sampai ke Qatar unt ...
Ok, dah keluar official statement
Dia iring YDPA semalam, signing ceremony untuk projek usahasama antara Petronas & ADNOC
Pastu tak taulah dia balik Msia atau membontoti bff gi qatar
PETRONAS, ADNOC meterai perjanjian bersejarah teroka Unconventional Onshore Block di Abu Dhabi
https://www.bharian.com.my/berit ... roka-unconventional
Disember 6, 2022 @ 9:25am
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan (dua kanan) pada majlis menandatangani perjanjian bersejarah antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhddengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.
KUALA LUMPUR: PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PETRONAS, telah menandatangani perjanjian bersejarah dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 meliputi kawasan konsesi seluas 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.
Perkembangan ini adalah hari yang penting untuk syarikat, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.
"Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa hubungan dua hala Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia yang telah lama terjalin dan membuahkan hasil itu telah berkembang menjadi kerjasama antara PETRONAS dan ADNOC.
"PETRONAS berbesar hati mendapat peluang ini untuk meneroka dan menilai tenaga bukan konvensional dengan rakan kongsi yang progresif dan berpandangan ke hadapan seperti ADNOC," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ia disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Muhammad Taufik berkata kerjasama itu memberikan bukti yang kukuh terhadap kepakaran PETRONAS di Kanada dan Argentina yang telah dibangunkan sejak sedekad lalu.
"Kami berharap dapat membawa pengalaman ini kepada sumber bertaraf dunia di Abu Dhabi. Ia akan turut menyaksikan PETRONAS meluaskan jejak tenaga bukan konvensional globalnya untuk merangkumi Emiriah Arab Bersatu dalam portfolio sedia ada," katanya.
Sementara itu, Al Jaber berkata UAE berbesar hati untuk bekerjasama dengan PETRONAS dalam konsesi minyak bukan konvensional yang bersejarah ini.
"Anugerah ini membuka lembaran baharu untuk kerjasama tenaga strategik dalam hubungan yang telah lama terjalin antara UAE dan Malaysia serta ia mengukuhkan kedudukan UAE sebagai destinasi pelaburan yang dipercayai," katanya.
Beliau berkata: "Sebagai antara pengeluar minyak dan gas yang kurang intensif karbon, ADNOC akan terus membuka nilai secara bertanggungjawab daripada sumber hidrokarbon yang luas di Abu Dhabi melalui cara yang mampan dan dipercayai untuk memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dan menyokong keselamatan tenaga global, sejajar dengan hala tuju kepimpinan UAE.
"Oleh itu, kami telah memacu pengurangan risiko untuk sumber minyak bukan konvensional di Abu Dhabi dan berharap untuk membina ini bersama PETRONAS bagi merealisasikan potensi penuh Unconventional Onshore Block 1."
PETRONAS akan memegang 100 peratus ekuiti dan pengendalian untuk meneroka dan menilai minyak bukan konvensional di kawasan konsesi itu untuk tempoh sehingga enam tahun.
Selepas fasa penilaian yang berjaya, rakan kongsi boleh memasuki konsesi pengeluaran yang ADNOC mempunyai pilihan untuk memegang 50 peratus kepentingan. – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|