CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4524|Reply: 37

Menitis air mata tengok... Zamani kini dah tegak.

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 02:43 PM | Show all posts |Read mode

ZAMANI kelihatan tegap selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang, November lalu.


Menitis air mata tengok Zamani atas pentas – Pak Nil

PETALING JAYA – Penyanyi Zamani membuatkan peminatnya menitiskan air mata apabila tampil membuat persembahan sulung, kurang sebulan selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis.

Berita gembira itu telah dikongsikan pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam Instagram miliknya.

“Allahuakhbar. Terima kasih kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani seperti dahulu.

“Menitis air mata gembira penonton melihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulis Aznil.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Zamani Ibrahim, 51, sedang menghiburkan peminatnya dengan mendendangkan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal oleh The Flybaits di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kemunculan vokalis Slam itu membuat persembahan.

Video yang dikongsikan Aznil atau mesra disapa Pak Nil itu turut menunjukkan penonton berteriakkan dan meminta vokalis kumpulan Slam itu menyanyikan sebuah lagi lagu.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminatnya bersyukur dan gembira selepas melihat perubahan Zamani yang kelihatan lebih sihat terutama dapat kembali berdiri dengan tegak seperti sediakala.

“Alhamdulillah syukur. Semoga Zamani terus sihat,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Anugerah dari Allah SWT. Semoga terus sihat,” pinta seorang peminatnya.

Terdahulu, penyanyi Gerimis Mengundang yang berhadapan penyakit skoliosis sejak tahun 2015 itu telah menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu.

Prosedur pembedahan yang dilakukan di sebuah pusat perubatan di Cheras itu mengambil masa hampir tujuh jam untuk disempurnakan.

Selain perlu menjalani rawatan susulan, Zamani juga perlu melakukan latihan fisioterapi untuk cepat sembuh. Proses penyembuhan hanya mengambil masa antara dua hingga empat minggu.

Mengikut jangkaan Zamani harus mendapatkan rehat sehingga tiga bulan sebelum boleh kembali aktif dalam arena seni suara. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... tas-pentas-pak-nil/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar pahala ko paknil walaupun mulut ko celupar. Alhamdulillah semoga zamani kembali hensem
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:50 PM | Show all posts
Alhamdulillah..semoga Zamani sentiasa sihat dan tabah menjalani ujian hidup..
sebab dah tinggal dia sorang je kan..adik beradik semua dah pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:57 PM | Show all posts
semoga sihat2 je abangadek
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:58 PM | Show all posts
Cepatnya dia sembuh dan kerja balik. Baru sebulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 03:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 05:20 PM | Show all posts
semoga lepas ni zamani meletup kembali dengan lagu2 mantap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Baru la semamgat nak koje kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Awet muda ya zamani ni.. tak nampak mcm 51.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:06 PM | Show all posts
... semoga tenaga tidak diperah ..  danmendapat bayaran seti,pal setiap kali buat persembahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:07 PM | Show all posts
virgo19 replied at 5-12-2022 05:32 PM
Awet muda ya zamani ni.. tak nampak mcm 51.

awet muda tang mana tu uoollsss??
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus kerja keras ke, rehat la dan fisio dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tegak berdiri rupanya ingatkan kote yang tegak tadi nyanyi lagu Negaraku
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:29 PM | Show all posts
naikkan sikit berat, dan kembali hot wahai abg adek

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tegak tp nampak frail
Kena bagi naik skit berat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani ek sebulan lepas surgery start kerja balik. Apa yang dikejar sangat tu? Risau aku tengok.

Pengalaman aku yg slipdisc ni after operate, doctor memang bagi hospitalization leave for 2 months ya. Even after that pun, memang light duty work je. Good luck lah Zamani. Hopefully recover smooth je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki dpt buat umrah dah he dgn wife kan..
Terima kasih paknil..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongkok menangis, tegak menangis…

Apo punya jenis manusia ko pak nil?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan rakyat tempohari cukup? Kurang? Atau ada lebih? Ada record?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074041 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list