Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
5 Disember 2022, 1:15 pm
MOHD. JAFNI ketika ditemui pemberita selepas sesi soal jawab lisan di DUN Johor , Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghidupkan semula Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mengatasi isu perumahan mewah tidak terjual di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, program MM2H itu dilihat dapat membuka ruang kepada peserta program itu untuk membeli rumah mewah berharga RM500,000 ke atas yang tidak terjual.
Beliau berharap pihak Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula program tersebut yang dilihat wajar disambung semula setelah tergendala sejak tiga tahun lalu.
“Ia tergendala dua tiga tahun lalu. Kerajaan negeri berharap sangat Kerajaan Persekutuan membuka semula program tersebut dengan memberi ruang kepada pembeli di luar negara untuk membeli rumah mewah yang tidak terjual di negeri ini.
“Mungkin di peringkat kerajaan negeri sudah ada (cadangan secara rasmi) tetapi kalau menteri yang baru ini, saya akan suarakan benda yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Kota Iskandar hari ini.
Pada tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, program berkenaan dilihat semula agar setiap peserta di bawah program itu yang diterima bertujuan sama-sama memajukan negara.
Beliau dilaporkan berkata, peserta baharu program MM2H perlu mematuhi dasar baharu bagi memastikan hanya yang berkualiti dan sah serta memberi sumbangan pertumbuhan ekonomi dibenarkan menetap di negara ini.
“Kerajaan sedia mempertimbang memberi kelonggaran kepada peserta MM2H sedia ada dari syarat dan dasar yang ditetapkan sebelum ini termasuk keperluan pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta.
“Selain itu, pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak selain perlu membuat pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta dan pendapatan luar negara sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan serta lain-lain keperluan syarat ditetapkan,” katanya.- KOSMO! ONLINE
rakyat kita perlukan rumah, kita bina rumah, rumah tidak terjual, kita jual kepada warga asing, selesai masalah...rakyat kita perlukan rumah, kita bina rumah, rumah tidak terjual, kita jual kepada warga asing, selesai masalah...rakyat kita perlukan rumah, kita bina rumah, rumah tidak terjual, kita jual kepada warga asing, selesai masalah...rakyat kita perlukan rumah, kita bina rumah, rumah tidak terjual, kita jual kepada warga asing, selesai masalah...
Kita bina rumah dinegara ni untuk warga asing belika? Sepatutnya pemaju menkaji jenis rumah yang patut dibuat.. Rakyat Malaysia bukannya kara-raya.. Rumah kos rendah tak mengcukupi dan rakyat berebut nak beli tak dibuat..Tapi pemaju pergi bina rumah mahal... Aqal ada ka???
Post time 5-12-2022 02:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Undilah Barisan Nasional … hambek. Pemaju kisah apa hangpa tak mampo pun. Depa nak buat duit jaaa… jual kt Sporean dan rakyat Tanah Besaq tu. Tak paham2 lagi ka..
Post time 5-12-2022 03:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alah...
Developer saja buat rumah mewah..
Sebab mesti ada yang akan tolong punya..
Rakyat yang lagi ramai ngundi neh bagai melukut tepi gantang jelah..
Jalan2 jelah tengok.rumah mewah mcm queen kepam.jalan2 di LA
" KERAJAAN NEGERI mendesak KERAJAAN PERSEKUTUAN untuk menghidupkan semula Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi mengatasi isu perumahan mewah tidak terjual di negeri ini.
Post time 5-12-2022 04:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cmf_acura replied at 5-12-2022 01:37 PM
Kita bina rumah dinegara ni untuk warga asing belika? Sepatutnya pemaju menkaji jenis rumah yang pat ...
ni projek2 payung kuning focus market china. developer pun china kompeni. dulu tun m bising dah. beach tak ada dah kat JB. tinggal sekangkang tikus kat stulang. yg ada dah jadi macam apa je just sikit and teruk kat area kantri garden.
isu rumah mampu tengok ni lah yg rapiji selalu dok pumpang2 dlm ceramah dia..betul lah kata dia harga rumah kat Msia mahal sbb selama ni KERA jaan mengkayakan kroni dan developer bukannya nak bagi sgt pun rumah mampu milik kat rakyat..
Post time 5-12-2022 08:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pasa replied at 5-12-2022 03:30 PM
500k dah kategori mewah kat Johor biar betik org johor suka beli rumah low cost ke
Pemaju p ...
thread ni pasal rumah mewah. forest city tu cuba check harga rumah sebijik berapa. even the condos target market mmg china people la. pernah pergi tak? b4 pkp berbus2 china mari pi tengok showhouse. pernah ke JB tengok signboard projek2 kat tebrau? kompeni mana tu ooii.