CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3060|Reply: 29

[Tempatan] Update: Respon MPKL, salah sticker #23 - (Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL

[Copy link]
Post time 5-12-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 6-12-2022 12:57 PM



(Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL
5 Disember 2022

Seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mengakui dia berasa bingung dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang mengenakan kompaun/saman terhadapnya kerana meletakkan kenderaan di petak khas untuk golongan OKU.

Roslan Jajuli, terdahulu memuat naik video tersebut di platform TIkTok berkongsi mengenai kejadian yang menimpanya semalam, mengundang banyak reaksi netizen.

"Aku kena saman sebab parking kereta di parking khas OKU. Bayar je lah, RM20 kan? Nanti aku ambil resit," katanya.

Berdasarkan video, kenderaan milik Roslan mempunyai pelekat OKU dan kenderaannya juga diparkir dalam keadaan yang baik tanpa melebihi garisan.

"Aku parking cantik, bukannya parking senget-senget ke apa, tak ada kan? Masalahnya aku disaman sebab parking di tempat OKU.

"Aku baru tahu kalau (OKU) parking di tempat OKU adalah salah," ujarnya.

Hal itu mengundang kehairanan Roslan, bagaimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan tugas tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada kenderaan itu mempunyai pelekat OKU atau sebaliknya.

"Kereta aku disaman MPKL. Tempat di saman, kat Morib atas kesalahan parking kereta di tempat letak kereta Orang Kurang Upaya. Sticker OKU yang sebesar macam ini pun dia (penguatkuasa MPKL) tak nampak?

"Lain kali kau janganlah saman kereta aku, takkanlah sticker besar-besar macam ini pun tak nampak?" katanya.


Sementara itu di ruangan komen, netizen meminta Roslan pergi ke pejabat MPKL untuk menuntut penjelasan kerana ada sesetengah yang berpendapat Roslan berkemungkinan perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pelekat OKU yang mempunyai nombor siri.

"Mungkin sebab abang tak daftar parking kat PBT. Saya pun OKU juga, berdaftar dengan PBT, dapat sticker OKU PBT ada nombor siri sekali. Sticker biru untuk cermin belakang," kata Elmi.

Menurut segelintir netizen, PBT berbuat demikian kerana sesetengah pemilik kenderaan mengambil kesempatan untuk meletakkan kenderaan di petak khas OKU dengan menggunakan pelekat OKU palsu.

"Kadang-kadang bukan apa, mesti ada yang mengambil kesempatan. Tampal sticker, selepas itu park di tempat OKU, padahal pemandunya tak OKU pun," kata Vago.

Namun, ada juga OKU yang mengadu dia sudah berdaftar dengan PBT dan diberi pelekat OKU. Tetapi tetap disaman apabila meletakkan kenderaan di petak khas OKU.

"Saya pun pernah kena nasib yang sama. Dah daftar dekat PBT, siap dapat sticker lagi. Tetapi tetap kena saman juga," kata Haswanzz.

https://www.thereporter.my/2022/ ... -sebab-parking.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2022 12:55 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 12:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2022 01:03 PM | Show all posts

Tangkap layar video tular lelaki OKU didakwa disaman meletakkan kereta khas untuk OKU.

Pelekat OKU berbeza ketetapan JPJ, kerajaan Selangor
Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
5 Disember 2022, 9:54 pm

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mendapati seorang individu yang tular disaman di Pantai Morib di sini semalam menampal pelekat kenderaan orang kelainan upaya (OKU) yang berbeza dengan versi dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, pelekat berkenaan bukan versi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL menerusi kenyataan berkata, dua kenderaan di petak parkir OKU didapati menampal pelekat itu di cermin depan dengan berlatar belakangkan warna biru dan terdapat logo orang berkerusi roda.

“Satu daripadanya tidak meletakkan nombor pendaftaran kenderaan dalam ruangan empat segi di pelekat itu.

“Semakan dengan JPJ mendapati kedua-dua kenderaan itu telah menampal pelekat OKU berbeza dengan versi yang dikeluarkan dan MPKL turut menerima aduan awam mengenai keraguannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat kes individu bukan OKU dengan sewenangnya membeli pelekat kenderaan itu di kedai bagi menggunakan petak parkir gololongan tersebut.

“Demi memastikan layanan adil kepada masyarakat dan kemudahan itu tidak disalah guna, menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan tersebut.

“Namun, notis itu boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan jika individu berkenaan mengesahkan beliau merupakan seorang OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MPKL akan membantu untuk mendapatkan pelekat yang sah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menyeragamkan penggunaan pelekat OKU yang sah diguna pakai di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Orang awam boleh merujuk kepada PBT di kawasan masing-masing untuk permohonan pelekat OKU tersebut,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki OKU meluahkan rasa kesal selepas keretanya didakwa disaman pihak berkuasa dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat.

Video luahan hati lelaki yang menggunakan kerusi roda itu tular menerusi media sosial, malah dia memaklumkan telah disaman RM20 selepas meletakkan kereta di tempat khas OKU.

Dia yang turut meluahkan aduan menggunakan bahasa Jawa mendakwa sebelum ini belum pernah disaman selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU sekali gus pertama kali situasi itu berlaku terhadapnya. -KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -kerajaan-selangor/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 11:17 AM | Show all posts
Keturunan Jawa kayaqnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 11:21 AM | Show all posts
Banyak yang menghujat di FB MPKL karena hanya sticker OKU dari MPKL yang bisa dipakai di parkir MPKL.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana dia masukan wheelchair dlm keta?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 11:22 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2022 11:27 AM | Show all posts
Madu saya kan OKU, kemana-mana harus pakai kerusi roda. Jadi kalau parkir saya tinggal letakkan fotokopi kartu OKUnya di kanan dashboard.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya PBT.

Give him the benefit of the doubt tak boleh ka? Requirement wajib daftar segala jadah tu pun mengada2 lah as if being OKU is not hard enough.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:34 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 11:38 AM | Show all posts

Kamu ngerti ndak maksud lonte itu apa?!!! Saya lapor ke moderator ya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 5-12-2022 11:34 AM
goblok lonte

Ko takyah layan la friska tu. Scam je orang indon madu dgn org malaysia.

Suka provoke je tu.. Suka tgk reaxtion forumer
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lonte tu apa sister?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:01 PM | Show all posts

sudel boleng sis
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 5-12-2022 12:01 PM
sudel boleng sis

Ohhhhh gayyytuh sister.

Contoh ayat:
Sissy poohkey adalah lonte, dekkkkk…..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 12:16 PM | Show all posts
orang yang menyaman tu oku juga ka. buta mata?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:21 PM | Show all posts
Kesian dia tak memasal kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 5-12-2022 12:21 PM
Kesian dia tak memasal kena saman.

Amboi stiker oku pon ber no siri ye..mesti juai 5 rial sekeping pandai buat duit.....kalau x pandai buat duit kalo zaman khir toyo majlis dpt hadiah penyapu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:46 PM | Show all posts
jalfa replied at 5-12-2022 12:44 PM
Amboi stiker oku pon ber no siri ye..mesti juai 5 rial sekeping pandai buat duit.....kalau x  ...

Hahahahaha..tersembur air kopi iols.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:46 PM | Show all posts
amboi...
siap ada tempoh sah lagi sticker tu.....hhahaahha
macam la org oku tu ada tempoh jadi oku...
berapa leee rega nya tu....

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa target utk kuarkan surqt saman utk sehari bagi penguatkuasa mpkl neh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kqlau setiap pbt kena ada sticker oku
Brrapa ratus sticker perlu dilekatkan pasa cermin kereta?
Ingat mcm sticker papa pulang mama basah ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.235202 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list