CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1616|Reply: 33

[Tempatan] Rafizi nafi ugut Azam Baki, hanya mahu SPRM bebas campur tangan. U-turn? Sila vote.#16, Cari Azam Baki? Bukan itu yang saya maksudkan, kata Rafizi. #17, Rafizi nafi ugut Azam Baki

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-12-2022 06:13 AM

Rafizi nafi ugut Azam Baki, hanya mahu SPRM bebas campur tangan

https://www.bharian.com.my/berit ... bebas-campur-tangan

Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Disember 5, 2022 @ 10:43am
yusri.muzamir@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk 'mencari' Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

Timbalan Presiden PKR itu sebaliknya menyifatkan, kenyataan berkenaan adalah 'political soundbytes' atau 'news byte'.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, maksud sebenar kenyataan dilontarkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu adalah supaya kerajaan baharu memberi keutamaan untuk memastikan SPRM bebas daripada sebarang campur tangan.

"Keutamaan kita adalah untuk memastikan semuanya (agensi) bebas dan mematuhi perundangan. Justeru, bukan setakat Azam, sesiapa sahaja termasuk saya perlu berhati-hati mengenai tindakan masing-masing.

"Ini kerana, kita berharap tiada lagi campur tangan dan semuanya (agensi) bebas, selain elemen semak dan imbang dapat berjalan dengan baik serta semua pihak mengikut jalur yang benar.

"Undang-undang dapat dikuatkuasakan secara sendirinya, jika ia benar-benar bebas (daripada campur tangan) dan ini adalah peringatan untuk semua," kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di Kementerian Ekonomi dekat Putrajaya, hari ini.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Sebelum ini, Rafizi menerusi kempen PRU15 dilapor membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Azam susulan dakwaannya berhubung serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.

"Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam, insya-Allah. Saya tahu Azam tengok ini! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi," katanya.

Azam pada 16 November lalu, dilapor sebaliknya menjelaskan, kehadiran empat pegawai SPRM di Invoke Solutions Sdn Bhd itu bukanlah serbuan sebaliknya ia adalah prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset diumumkan Rafizi, sebelum ini.

SPRM sebelum ini memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung pengisytiharan harta Rafizi selepas laporan dilakukan pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara itu.

Pada 2 November lalu, Rafizi mengisytihar harta mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon bertanding pada PRU15, berbuat demikian, dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 46 Users voted
6.12% (3)
2.04% (1)
91.84% (45)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 11:16 AM | Show all posts
ok la lepas ni boleh bertepuk bahu TPM yg kata nya ada kes mahkahmah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bel apa2 dah ckp pusing2.  Macamni pun ada org duk puji.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sile putarkan bideo klip yg die terpekik terlolong hazam belen itu. buat kenang kenangan dimase lampau
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 5-12-2022 11:18 AM
sile putarkan bideo klip yg die terpekik terlolong hazam belen itu. buat kenang kenangan dimase lamp ...

dan ulang rakaman interbiu tb3 dgn azzam bakki menggigil ketakutan dpn pasar selayang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:37 AM | Show all posts
sudah tiba masanya balas dendam
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuyuppppp
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Basah lagi ppprprrftttttt

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 12:10 PM | Show all posts
kalau jumpa piji dgn ular.. boleh ketuk piji dulu.. masa kempen beria hentam sana sini. lepas dah comolot.. statement dah lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cover line je tu. Walhal dah bisik pada Saifuddin Nasution.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:35 PM | Show all posts
Valentino Rossi pun kalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek utk ke sekian kali.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 5-12-2022 06:50 PM

Hahaha
TV3 siap interview Azam Baki kat pasar Putrajaya pasal ugutan si rapiji ni dan di tayangkan di Buletin Utama pukul 8.00pm yang di tonton ramai
Azam Baki dengan cool ajer menjawab soalan wartawan
Rapiji lagi mahu menafikan kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat sungguh mulut hang no…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 02:05 PM | Show all posts
Cari Azam Baki? Bukan itu yang saya maksudkan - Rafizi

https://www.malaysiakini.com/news/646913

Diterbitkan:  Dec 5, 2022 12:26 PM⋅
Dikemaskini: 12:26 PM



Menteri hal ehwal ekonomi yang baru dilantik Rafizi Ramli hari ini menafikan dia mengugut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam kenyataannya sebelum ini.

Ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu semasa sidang media pertamanya sebagai menteri pagi ini, Rafizi menjelaskan bahawa dia bermaksud untuk mengatakan bahawa keutamaan apabila kerajaan baru mengambil alih adalah memastikan semua agensi penguatkuasaan berfungsi dengan bebas.

"Saya tak rasa itu yang saya betul-betul cakap," kata timbalan presiden PKR itu.

“Saya fikir ia 'political soundbytes' atau news bytes' tetapi apa yang saya maksudkan ialah apabila kerajaan baru mengambil alih, keutamaan adalah untuk menjadikan segala-galanya bebas dan mengikut undang-undang.

“Bukan dia (Azam) atau sesiapa sahaja atau saya sendiri. Kita kena berhati-hati dalam apa yang kita lakukan,” tambahnya.

Pada 17 Nov lalu, dalam ceramah di Johor Bahru, Rafizi berkata: “Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya-Allah.

“Saya tahu Azam Baki tengok ni! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya

Rafizi berkata demikian susulan serbuan SPRM ke atas syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd.

Tahun lalu, Azam menimbulkan kontroversi selepas didakwa memiliki hampir dua juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam - antara April 2015 dan Mac 2016 - semasa berkhidmat sebagai pengarah siasatan SPRM.

Pada Januari lalu, Azam berkata dia telah memaklumkan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bahawa saham itu dibeli oleh adiknya yang meminjam namanya dan dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pendedahan itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya tidak menemui bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai "kawalan" ke atas akaun dagangannya sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2022 02:12 PM | Show all posts
Rafizi nafi ugut Azam Baki

https://www.utusan.com.my/berita ... afi-ugut-azam-baki/

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
5 Disember 2022, 1:50 pm


RAFIZI Ramli bercakap pada sidang akhbar di Menara Prisma di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan mengugut untuk mencari Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki jika gabungannya mengambil alih kepimpinan negara.

Rafizi berkata, kenyataan tersebut hanyalah ‘political soundbytes’ atau ‘news byte’.

Katanya, apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah untuk menjadikan semua institusi dan undang-undang bersifat bebas apabila kerajaan baharu mengambil alih.

“Ini bukan sahaja kepada Azam Baki sahaja, semua pihak termasuk juga saya. Kita harus berhati-hati dengan setiap tindakan yang kita lakukan.

“Harapan saya adalah untuk memastikan institusi bebas serta terdapat semak dan imbang supaya semua orang berada di landasan yang betul.

“Biar undang-undang tersebut yang menentukan sendiri apabila terdapat kebebasan dalam undang-undang. Ini adalah peringatan kepada semua orang,” ujarnya.

Semasa kempen PRU15 sebelum in, Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pandan menerusi Ceramah Mega di Johor Bahru berkata, PH akan mencari Azam sekiranya gabungan itu menang pada PRU15. –UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:17 PM | Show all posts
erm ape nk expect dr org mcm dia ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 02:28 PM | Show all posts
Bangsat lahanat kaki kencing...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kencing betul.. ????????????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.138525 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list