CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 4

Berita Nad Zainal Meninggal Dunia Memang Palsu

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Berita Nad Zainal Meninggal Dunia Palsu, Shahrulezad Minta Netizen Henti Sebar




Di Instagram, pengarah, Shahrulezad menyelar tindakan segelintir media ekoran memuat naik kandungan berbaur fitnah berhubung keadaan kesihatan pelakon, Nad Zainal.


Punca orang jadi tak keruan



Just because of this stupid caption page bodoh bangang macam ni lah tak pasal-pasal dari semalam abam dapat banyak Whatsapp dari orang keliling tanya ‘betul ker cik Ijat. Betul ker Nanad dah *****. Korang owner page b***sat ni memang sejenis tak ada hati perut ke? Memang spesis manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain? Serius aku doakan satu hari nanti ada dikalangan ahli keluarga korang akan lalui benda yang sama seperti kami kawan-kawan Nanad ni lalui sekarang (jom Aminkan ramai ramai geram pulak aku).

Menurut Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat, disebabkan berita palsu berkenaan, dia menerima banyak kiriman mesej dan pertanyaan daripada peminat dan rakan artis. Tambahnya, berita palsu itu berjaya membuatkan ramai orang menjadi tidak keruan.

Macam berganding bahu pulak bergilir-gilir posting kapsyen gampang macam ni. Lepas aku post kau. Lepas kau dia pulak. Memang aku marah. So bagi sesiapa yang Whatsapp abang tanya soalan pelik hanya disebabkan triggered terpedaya dengan kapsyen bodoh macam ni. Abang minta maaf. Abang cuma mampu bluetick.

Ujar Ijat lagi, dia tidak larat untuk menjawab soalan yang tidak masuk akal daripada netizen. Tegas Ijat, sebarang perkembangan mengenai Nad Zainal hanya akan dimuat naik oleh Ungku Ismail di media sosial.

Kalau kita orang tak update tu maksudnya Nad dalam keadaan okay. Kami cuma akan update benda benda yang kami rasa penting dan perlu saja. Apa yang abang harapkan sangat sekarang ialah doa-doa yang baik saja untuk kesembuhan Nad. Sekian terima kasih.

Sumber: Shahrulezad
https://ohbulan.com/berita-nad-z ... IWAXafDGkmdpMpiF9lo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 09:57 AM | Show all posts

Shahrulezad Bengang Dengan Kapsyen Blog Bodoh, Ramai Orang Tanya Nad Zainal Dah Meninggal Ke?

Penerbit Shahrulezad Mohameddin menempelak sikap biadab pengendali blog yang meletakkan tajuk dan kapsyen berbaur fitnah berhubung situasi kesihatan Nad Zainal sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.


Katanya, berita palsu membabitkan nyawa seseorang secara tidak langsung mencetuskan panik dalam kalangan kenalan dan peminat Nad Zainal yang kemudian menyebabkan dirinya menjadi sasaran untuk mendapatkan pengesahan.


Foto: IG




“Disebabkan kapsyen blog bodoh macam inilah sejak semalam saya dapat banyak mesej WhatsApp daripada orang keliling tanya ‘betul ke Cik Ijat, betul ke Nad dah **?


“Korang pemilik ‘page’ ini memang sejenis tiada hati perut ke? Memang spesis manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain?


“Disebabkan benda macam inilah punca orang jadi tak keruan,” katanya menerusi hantaran Instagram.




  



Shahrulezad yang juga antara individu rapat dengan Nad turut memuat naik tangkap layar paparan sebuah blog yang menulis: Salam takziah buat Nad Zainal. Ini berita baru yang diterima.


Pada masa sama, pemilik Radius One itu turut meluahkan rasa berang dengan tindakan beberapa blog lain yang seakan berlumba-lumba berkongsi pula berita palsu itu.


Sehubungan itu, katanya selepas ini dia enggan lagi melayan sebarang pertanyaan yang dicetuskan akibat terpedaya dengan kapsyen sebegitu.


“Bagi sesiapa yang mesej saya tanya soalan pelik hanya disebabkan terpedaya dengan kapsyen bodoh macam ni, saya minta maaf banyak-banyak.


“Saya cuma mampu ‘bluetick’ saja sebab tak larat nak jawab soalan merepek yang berpunca daripada perkara mengarut tersebut.


Menurutnya lagi, sebarang perkembangan sahih mengenai pelakon Cina Buta itu boleh diketahui menerusi perkongsian rakan baik Nad, Ungku Ismail menerusi Instagram.


“Ungku Ismail akan laporkan dari semasa ke semasa perkembangan Mad. Kalau tiada sesiapa update maknanya Nad okay. Kami cuma kongsikan perkara perlu saja.


“Apa yang saya harapkan sangat sekarang ialah doa yang baik-baik saja untuk kesembuhan Nad,” ujarnya.


Semalam, Ungku Ismail memaklumkan pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu kembali ditidurkan berikutan kemerosotan oksigen dan paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.


Ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri sejak 22 November lalu berikutan jangkitan kuman dan paru-paru berdarah. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2022 10:21 AM | Show all posts
Berita Nad Zainal Meninggal Dunia Memang Palsu
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5118077&extra=
Post time 4-12-2022 12:02 PM

dah ada dekk smlm
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:30 AM | Show all posts
Moga yg baik2 buat NZ
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik ckp Nad dh meninggal.
Pls la bg 1 foto dia kat hosp. nad alive dan perlukan derma.
Btw nape sampai skg x nak reveal ape penyakitnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.187989 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list