PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) masih belum memutuskan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu sebagai ketua pembangkang.
Naib Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin berkata, bagaimanapun beliau menjangkakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin bakal dipilih sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
“Kebiasaannya ketua-ketua parti akan memegang jawatan (ketua pembangkang) itu, contoh (sebelum ini) Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi PH serta Presiden PKR.
“Jadi, perkara sama juga akan berlaku terhadap Muhyiddin. Cuma setakat ini, bukan ketua parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (naib presiden Umno) pernah memegang jawatan itu. Ia bergantung kepada ketetapan (keputusan) yang dibuat parti.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti ada nama lain yang akan diangkat. Justeru, kita akan berjumpa dengan presiden minggu depan, maksudnya (keputusan) masih belum dibincangkan atau dicadangkan lagi perkara ini,” katanya lapor Sinar Harian.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut berpandangan kenaikan status menteri kepada ketua pembangkang tidak wajar dijadikan fokus utama.
Jelasnya, ini kerana bukan pangkat yang dikejar sebaliknya memenuhi tuntutan kerja yang lebih penting.
“Ketua pembangkang bertaraf menteri itu bukan isu, yang penting keberkesanan menjalankan tanggungjawab tersebut dalam mengemudi dan mengetuai blok pembangkang menjadi pasukan berwibawa,” katanya.
Pada 11 Okt 2021, media melaporkan Anwar menerima ‘surat kenaikan status’ yang mengesahkan pejabat ketua pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH.
Post time 5-12-2022 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam mana nak ada calon ketua pembangkang....when the battle for prmiership belum berakhir? 19th december undi percaya...uols lupa kewww? Sekarang tengah sogok dedak utk pastikheun kerajaan yg sedia ada sekarang bakal sentuhan kecundang.....
Post time 5-12-2022 10:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
stingergrumpy replied at 5-12-2022 10:08 AM
Yes they can...tidak perlu ikut party line....when it comes to undi percaya....
Tak jugak Sting… tertakluk kepada perlembagaan parti atau mekanisme lain yang ditetapkan Kalau en bloc maknanya semua 30 tarik diri, itu boleh. Tapi kalau individually tak boleh. Kena ikut ketua parti. Benda senang ... selagi BN & GPS happy, tak susah.