CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9412|Reply: 152

[Tempatan] Orang Jepun tidak makan pedas, konsep Mala (Mala Chicken Onigiri) tidak wujud di negara kami,Gadis Jepun Ini Terkejut Lihat Menu Family Mart Di Malaysia

  [Copy link]
Post time 5-12-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://vt.tiktok.com/ZS88A6avx/

Tular satu rakaman video seorang gadis Jepun berasa pelik apabila melihat makanan-makanan Family Mart yang ada dijual untuk pasaran Malaysia. Menurut Mariko Kosako, salah seorang peserta Dev Fest 2022, ini pertama kali dia melihat makanan Jepun turut dicampur dengan bahan-bahan asing yang pedas.

“Orang Jepun tidak makan pedas, konsep Mala (Mala Chicken Onigiri) tidak wujud di negara kami.

“Crawfish? Saya tidak tahu. Sekali lagi saya tegaskan Jepun tidak makan Crawfish, jadi saya sangat tertanya-tanya bagaimanakah rasa Crawfish Onigiri tersebut,” kata Mariko di hadapan para hadirin.

Tambah wakil Google New York berasal dari Jepun itu, di negara asalnya Oden cumalah fishcake yang direbus tanpa ada apa-apa perasa. Beliau berasa kagum apabila melihat Oden mempunyai pelbagai jenis perasa.

“Oden berkuah Tom Yam, Oden berkuah Sate, ini sangat genius. Anda semua patut eksport menu-menu itu semula ke Tokyo,” kata Mariko dengan penuh kagum.

Perkongsian video oleh TikTok @duriantor itu membuatkan netizen berasa geli hati melihat reaksi gadis Jepun tersebut. Orang ramai menyatakan sekiranya Mariko tinggal di Malaysia lebih lama, lebih banyak lagi makanan-makanan unik yang beliau dapat jumpa seperti semua makanan ditambah dengan cheese.

Menurut @duriantor, video itu dirakam ketika acara Google Dev Fest berlangsung di Kuala Lumpur 3 Disember baru-baru ini. Walaupun acara tersebut mengenai pembangunan teknologi dan perisian Google, gadis yang membesar di Tokyo dan kini menetap di New York itu mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman semasa beliau berada di Malaysia.

Netizen juga bersependapat dengan @duriantor bahawa Mariko merupakan seorang speaker yang sangat menarik sehinggakan ‘intro ringkas’ yang disampaikannya itu seolah-olah tajuk utama pembentangan acara tersebut.

Orang ramai turut berharap agar Mariko dapat datang ke Malaysia pada masa akan datang dan berkongsi lebih lagi ‘pembentangan’ mengenai makanan-makanan yang ada di negara ini.

SUMBER TikTok @durianator


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 02:21 AM | Show all posts
Kenapa terkejut, bukan makanan Jepun di Jepun, di Malaysia..

Cuba tengok resto cina kat negarawan omputih tu, bukan real makanan cina pun, semua ubah ikut selera orang tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
eh..tipu rupanya. ingat ada crawfish di jepun....oden aku ingat perasa tomyam mcm tulah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 5-12-2022 02:52 AM
eh..tipu rupanya. ingat ada crawfish di jepun....oden aku ingat perasa tomyam mcm tulah...

Mmg sne xde. Mknn dorg pun mne ad pedas2. Aku pegi jepun dulu mkn kari jepun, sesuap je..kenot go. Manis woo..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pelik. Nak masuk market negara asing kenalah sesuaikan makanan tu dengan selera penduduk tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sembang duduk dkt new york. dkt sana makanan negara luar pun bukan autentik mcm negara asal. ni semua utk penuhi selera rakyat tempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat jepun juga takde takoyaki udang/ketam/ayam/sosej mcm kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:41 AM | Show all posts
Tipah tertipuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahei, iols cuma suka sekerim sofuto dan chocolate mousse je
Masuk FM takleh bawah budak kecik nnt sibuk nak beli menan depa yg mahal tapi main 5 minit je tuh.

Oden tu penah beli sekali je order delivery, hurm berlinang2 minyak cam kuah asam pedas. Tak minat laaa suka lagi sundubu jjigae korea tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Makanan Malaysia mewakili org2 Malaysia...mcm mana badan Orang2 Malaysia..mcm tu la makanan Malaysia yang pelbagai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm takoyaki. Dah sah2 isi sotong kurita sspatutnya sebab tako tu octopus. Masuk malaysia takoyaki isi ayam, sausage bagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Blm dia pg aeon lg. Bila pg aeon lg terkejut dia tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 5-12-2022 08:08 AM
Mcm takoyaki. Dah sah2 isi sotong kurita sspatutnya sebab tako tu octopus. Masuk malaysia takoyaki i ...

Pastu isi sotong ball..udang ball...choi...
Iols suka yang ori masa kat aeon 10 tahun dolu...sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:20 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
X makan pedas ke ...wasabi tu benda apa?
Crayfish ade je diorg mkn tgk channel utube memancing jepun diorg tangkap kat tali air pastu bakar....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 4-12-2022 04:46 PM

Some japanese food kena fusion sekarang sebav cost.... Rasa nya di malaysia hanya beberapa saja hotel serve real wasabi sebab ramai tidak tahu ter masuk 5 stars hotel... Most sushi restaurant serve immitation/fake wasabi... ingredients sudah mahal ...
Japanese foid jangan letak high expectation harga economical... Kobe depa serve pun low grade...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 08:55 AM | Show all posts
Suchi replied at 5-12-2022 07:46 AM
Mahei, iols cuma suka sekerim sofuto dan chocolate mousse je
Masuk FM takleh bawah budak kecik nnt s ...

sedapnya sondubu jigae kat dubuyo..

ada ke kedai korea lain (halal) nak merasa yg betul2 sedap punya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-12-2022 08:13 AM
Pastu isi sotong ball..udang ball...choi...
Iols suka yang ori masa kat aeon 10 tahun dolu...sedap ...

Khueennsss...yihhhhh sgts! Pyh dh nk jumpa takoyaki boh udang basah & octopus ori tuh. Turnoff betoi aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mala ni kan asal tembok besar sana. Aku xsuka,rasa pelik. Bukan pedas teconget,tp rasa tingling kt lidah. Jd kebas2 gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 09:09 AM | Show all posts
kalau nak betul2 jepun kena g restoran la. betul2 punya restoran jepun. tp ada ke? semua kena ubah ikut selera tempatan. mana ada org malaysia nak mkn kari manis kan. tu belom lg bab takoyaki. mengucap org jepun tgk takoyaki malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.325455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list