CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1555|Reply: 25

[Politik] UMNO gesa tubuh RCI siasat RM600 bilion dibelanja kerajaan Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Isham Jalil berkata, penubuhan RCI lebih baik daripada pasukan petugas khas kerana ia dapat melakukan kerja lebih komprehensif melibatkan banyak agensi.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil menggesa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat RM600 bilion yang dibelanjakan pentadbiran bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana rakyat berhak tahu bagaimana Perikatan Nasional (PN) membiayai kempennya untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).Katanya, RCI diperlukan untuk menyiasat secara terperinci bagaimana jumlah wang begitu besar dibelanjakan memandangkan perbelanjaan itu dilakukan semasa tempoh darurat dan Parlimen tidak dapat melakukan semak dan imbang kerana digantung ketika itu.

“Apabila kita tengok PRU15, kita tengok dia belanjakan peruntukan dan perbelanjaan yang besar untuk pilihan raya. Jadi, rakyat nak tahu dari mana dia dapat duit ini.

“Adakah duit yang dia belanja ini datang daripada ‘taxpayer’ (pembayar cukai) daripada RM600 bilion? Ini tak sepatutnya berlaku sebab kita tidak mahu ada unsur-unsur politik wang masa pilihan raya itu.

“Kita tak nak parti yang banyak menang kerusi dengan sebab politik wang dan unsur-unsur rasuah dan sebagainya,” katanya kepada FMT.Beliau berkata, penubuhan RCI lebih baik daripada pasukan petugas khas bagi meneliti perkara itu kerana ia dapat melakukan kerja lebih komprehensif melibatkan banyak agensi.

Tambah Isham lagi, RCI juga akan lebih bebas.


Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah, Ammar Atan menyokong gesaan diwujudkan RCI bagi menyiasat perbelanjaan RM600 bilion di bawah pentadbiran Muhyiddin dan menggesa kerajaan menyegerakannya.

Walaupun pembantu Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan membela bekas perdana menteri itu, katanya, kenyataan itu tidak mencukupi dan sekadar “penafian kosong”.

Pakatan Harapan (PH) ketika kempen PRU15 sebelum ini berkata, mereka akan menyiasat perbelanjaan RM600 bilion itu, sekiranya menjadi kerajaan.Pada 30 Nov lalu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzah membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas kemungkinan berlaku ketirisan dalam perbelanjaan lebih RM600 bilion di bawah kerajaan pimpinan PN antara Mac 2020 dan Ogos 2021.


Wakil rakyat PH itu kemudian memberitahu pemberita, RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita bukak tred what 600billion can get you?

Giler barbi punya angka siot lu org main duit.....

Kalo betul ler...memang sekimarkk kimarkkknya

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampuslah Abahcow cirit kali ni..mana mau lari

Patotla smpai skrg x abis2 meroyan x dapat jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:54 PM | Show all posts
jeng jeng jeng..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kaya betoi msia ni..midin curi 600b..najib berapa bilion..belum lg yg lain2..sbnrnya msia ni negara terkaya di dunia ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira ka Pejuang ka parti hilang deposit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nti byk la kes2 lain kena korek.... buat dewan kt pagoh, renovate rumah piem, beli beksin, beli merc s600 silap2 ko ke dlm dlu, wak jahit plk lps bebas.

Skrg wak yidin baru terasa betapa hinanya jd pembanggang, dh dpt peluang sia siaka konon x nk dapig.....ko ingat rkyt ada kesah  prinsip parti bla bla....tgok wak jahit  dia langgar prinsip pun makin ramai macai sokong dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak dek.. makin menghoyan-ghoyan la si cirit ni.. semak lebai pun sama dek!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakacantikkan replied at 4-12-2022 05:56 PM
kaya betoi msia ni..midin curi 600b..najib berapa bilion..belum lg yg lain2..sbnrnya msia ni negara  ...

Tun M ada umumkan, kita ada rm2trillion
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa siasat cepat2, sombong dan besar kepala sgt. Mcm PN parti suci kononnn, ph bwk isu rasuah, pn pun menangguk sama konon tak suka rasuahhhh, padahal semua dlm bersatu tu kaki lompat kaki songlap jugak serupa geng lama ameno.

Pengundi naive semua tertawan tergoda dgn PN konon suciii, pirahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 4-12-2022 06:11 PM
Tun M ada umumkan, kita ada rm2trillion

Camne tun tahu, dia bkn ada dlm gomen? Bkn ke suma menteri yg dilantik dh bersumpah kerahsiaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kak-Rohana at 4-12-2022 07:14 PM
rashiman replied at 4-12-2022 06:11 PM
Tun M ada umumkan, kita ada rm2trillion


Memang la rizab kite ok lagi tapi masaalahnya skrg dengor kato ada yg tak diaudit….very the shady dek
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong.. Bongkarkan semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
maknanya 600 bilion dibelanjakan utk fasa survival pandemik

600 bilion tu diagih2kan kepada badan2 yg bekerja utk  bantu negara

antara badan2 yg terima agihan tersebut adalah kroni2 muhyiddin... so dpt untung la kroni2 ni

sbhgn drpd keuntungan kroni2 ni dapat balik ke muhyiddin utk dibelanjakan semasa kempen pru15

betoi ka camni?.. ka ada salah kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la buat RCI 600B ni... Jangan gebang je lebih macam PH jaja rasuah Mahathir berbiliyun-biliyun RM. Last last takde apa tindakan pun kat Madey....  Sebelum tu jangan lupa report rasuah biliyun biliyun kementerian TITM yg Rafizi kecoh2 hari tu...

Bukan apa... Penat tengok macai2 PH kena kencing dek fitnah ciptaan sendiri... Sendiri tuduh, sendiri percaya. Tapi lepas tu takde tidakan undang2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 07:40 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 4-12-2022 07:11 PM
maknanya 600 bilion dibelanjakan utk fasa survival pandemik

600 bilion tu diagih2kan kepada badan2  ...

600 billion kalau songlap sorang dah 150 billion us dollar. among top 5 ranking forbes.

politician dah songlap amount tu baik pencen awal so xlogiklah nak sakau 600 billion. yang logik apa sis kemukakan teori tu..dulu pun kecoh kes laptop harga sampai rm 6 ribu masa sains dan math dalam english.

moga RCI dapat lakukan siasatan telus dan menyeluruh. rakyat sampai angkat bendera putih mohon bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 4-12-2022 07:12 PM
Cepat2 la buat RCI 600B ni... Jangan gebang je lebih macam PH jaja rasuah Mahathir berbiliyun-biliyu ...

Org lain yg nak siasat engko pulak yg melebih. Harap kat lebai semua puas hati. Rasuah macam minim air zam2. Sikit pun tak rasa berdosa. Akhlak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-12-2022 07:40 PM
600 billion kalau songlap sorang dah 150 billion us dollar. among top 5 ranking forbes.

politicia ...

kalau betul la camtu maknanya ni mmg cara pusing duit gaya politikus..

bagus buat rci supaya kita boleh tengok aliran duit dana gomen

cakap pasal ni, harap rakyat juga tak lupa yang akta pendanaan politik masih belum ada lagi sampai sekarang ni.. ni antara isu yg gomen baru ni perlu kejarkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kakacantikkan replied at 4-12-2022 05:56 PM
kaya betoi msia ni..midin curi 600b..najib berapa bilion..belum lg yg lain2..sbnrnya msia ni negara  ...

Mmg la. Msia ni mmg kaya smpikan tkg kutip sampah dgn buruh binaan pun kita import luar tau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.438784 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list