CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 0

[Perlis] Guna van pelancong selepas khidmat kereta api SRT dihentikan

[Copy link]
Post time 4-12-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode

PELANCONG menunggu untuk menggunakan perkhidmatan van pelancong di ICQ Padang Besar. FOTO ihsan pembaca

Padang Besar: Pelancong yang ingin ke Hatyai, Thailand terpaksa menggunakan perkhidmatan van di Pekan Padang Besar apabila perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) bagi laluan Hatyai-Padang Besar-Hatyai dihentikan seketika selepas pengeboman landasan berhampiran Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao, Thailand, semalam.

Tinjauan di Stesen Kereta Api Padang Besar, hari ini mendapati penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur atau Butterworth menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) atau perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu mencari khidmat van pelancong untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai atau Padang Besar.

Malah, kaunter tiket perkhidmatan kereta api SRT juga ditutup.

Pelancong, Terry Kang, 41, dari Arau berkata, dia hanya mengetahui perkhidmatan SRT dihentikan selepas menerima maklumat daripada rakannya di Perlis yang mengatakan bahawa berlaku kejadian pengeboman itu.

"Saya berada di Hatyai ketika itu dan apabila rakan saya menyampaikan berita itu, saya segera ke Stesen Kereta Api Hatyai Junction untuk mendapatkan kesahihan terhadap perkara berkenaan dan pihak stesen kereta api di sana mengesahkannya namun hanya mengatakan bahawa berlaku kemalangan kereta api sahaja.

"Kejadian yang berlaku itu menyebabkan saya terpaksa mendapatkan van pelancong di stesen kereta api di sana (Hatyai) untuk pulang semula ke Malaysia.

"Mujurlah kejadian itu tidak membabitkan kereta api penumpang kerana saya sering menggunakan perkhidmatan kereta api penumpang SRT jika hendak ke Hatyai atau pulang ke Padang Besar," katanya ketika ditemui di Stesen Kereta Api Padang Besar, di sini hari ini.

Sementara itu, Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Negeri Perlis, Izizam Ibrahim berkata, pihaknya menasihatkan warga Malaysia yang ingin ke Hatyai untuk menangguhkan dahulu perjalanan.

"Sesiapa yang masih ingin ke Hatyai itu tidak ada masalah tetapi mohon untuk sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah atau tempat yang dikunjungi.

"Apapun jikalau boleh tangguhkan dahulu perancangan untuk ke sana buat masa ini sekiranya tiada keperluan mendesak untuk ke sana," katanya.

Semalam, perkhidmatan kereta api SRT dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan kereta api dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae, Sadao, Thailand.

Kejadian kir-kira 2 petang turut menyebabkan keretapi kargo dari Haytai ke Padang Besar tergelincir dan tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu setakat ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -api-srt-dihentikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056691 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list