View: 2713|Reply: 57
|
[Politik]
Penyokong PH berhabis RM40,000 untuk balik mengundi, tapi bangsa kita setakat RM50, RM100 pun berkira untuk balik mengundi - Kata Sanusi
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 4-12-2022 02:33 PM
Pengerusi PN Kedah Sanusi Md Nor menegaskan betapa pentingnya setiap undi dan meminta orang ramai agar tidak berkira-kira dalam membelanjakan wang untuk pulang mengundi. (Gambar)
PADANG SERAI: Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) menyelar golongan yang menuntut wang untuk pulang ke kampung halaman bagi tujuan mengundi.
Pengerusi PN Kedah Sanusi Md Nor, dalam ceramah kempen yang dirakam dalam klip video dimuat naik di TikTok, juga berkata, segelintir pengundi merungut dalam talian apabila mereka tidak mendapat elaun untuk mengundi.Sanusi dirakam berceramah menyokong calon PN Azman Nasruddin pada pilihan raya Parlimen Padang Serai yang akan diadakan pada 7 Dis.
Beliau kelihatan berang terhadap pengundi yang meminta bayaran untuk pulang mengundi. Sebaliknya, katanya, penyokong Pakatan Harapan (PH) sanggup pulang mengundi dari sejauh Australia dan Amerika Syarikat.“(Pengundi PH) tahu penting tanah ini untuk dikuasai,” katanya, menurut video itu.
“(Kita) kejar wakil rakyat, minta RM50, (ugut) tak mahu balik (mengundi) kalau tak diberi (wang). Memalukan!Satu keluarga berhabis RM40,000 pulang dari Australia untuk undi PH. Tak berkira pun.
“Patutlah kita dijajah teruk. Patutlah kemenangan kita (PN) dirampas begitu sahaja, kerana kita ini bangsa yang berkira.”
Sanusi menegaskan betapa pentingnya setiap undi dan meminta orang ramai agar tidak berkira untuk membelanjakan RM50 atau RM100 untuk pulang mengundi.
Yang lawan kita, balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat, Australia. Duit tambang, 10 sen pun mereka tak minta. Mereka balik undi Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam video itu.
Klip video itu dimuat naik di akaun TikTok @_bintmuhammad.
FMT telah menghubungi Sanusi untuk mendapatkan komen.
Pilihan raya Parlimen Padang Serai pada 7 Dis menyaksikan pertembungan enam penjuru, antara calon PN, PH, Barisan Nasional (BN), Pejuang, Warisan, dan seorang calon bebas. Bagaimanapun, Warisan mengumumkan ia enggan bertanding manakala BN memberi laluan kepada calon PH. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 4-12-2022 02:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Lol kalau orang yang nak diundi tu semenggah memang la sanggup bayar banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dpt MB level badut Mekdi sapa teringin nak balik ngundi free hoi..asyik bola..bola. Sumbat bola tu dlm mulut hang ja
 |
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah mereka diberikan duit tambang tetapi semua senyap-senyap saja. Maklumlah mereka itu spesis yang memekak bila rugi sepuluh sen, tetapi diam tak berkutik bila untung berjuta.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan iols dapat 200 drp PN, 200 drp BN masa balik Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 4-12-2022 02:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tunan replied at 4-12-2022 02:36 PM
Kawan iols dapat 200 drp PN, 200 drp BN masa balik Kelantan.
PH x bg apa2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 4-12-2022 02:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Budaya dapat duit blk mengundi patut dihentikan. Amat memalukan jika standard orang melayu nk tunai tanggungjawab mengundi pun harus dirasuah duit blk mengundi. Cukup memalukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kata penyokong PH ni ramai yang kaya dan educated tapi ada pulak yang sentap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia menempelak orang melayu lapar duit kaa tu?
Ghaser² lapar duit tu ajaran parti mana? |
|
|
|
|
|
|
|
..hal ini rasanya related dengan isu hak keistimewaan yang berpanjangan itu. Rakyat Malaysia dari bangsa-bangsa lain yang tiada keistimewaan ni memang takde choice, nak kan perubahan memang ada keperluan untuk korbankan sejumlah wang ringgit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh nampak dah level pengundi PN n BN ni ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kedah kan pn sapu bersih |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-12-2022 02:36 PM
PH x bg apa2 ke?
Dia x ckp pulak
Tp negeri lain klau blk undi selangor pun xda duit dr ph
Jd ejen pun cuma dpt mkn je |
|
|
|
|
|
|
|
tersipu2 walaun dimalukan oleh nusi  |
|
|
|
|
|
|
|
snowflakes replied at 4-12-2022 03:17 PM
Tapi kedah kan pn sapu bersih
Still federal government sapa kontrol dek? Lebai2 jgn perasan esp yg dok pantai timor tu. Besok banjir tenggelam negeri….ko akn jilat jugak gomen pusat kelak. Ckp jgn hebat mcm tiada esok gitchew  |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-12-2022 02:36 PM
PH x bg apa2 ke?
PH takde bajet. kos berkempen pon kalau tak semua boleh kata 99% ditanggung calon, bendera pon kena beli sendiri hoccay. yg jd petugas paca ada la upah tapi jauh lagi sikit dr upah minyak yg PN BN mampu tabur kat pengundi. BN tu pon kat terengganu ada yg cakap dapat 20 ringgek jah takde org boleh nafi kekayaan PN pru15 menabur sana sini sampai viral banyak tempat pas kena serbu walaun dtg tuntut duit |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dah sudah. pi tuka alamat. next pru toksah gatal nk jem kan highway tu |
|
|
|
|
|
|
|
kali ini PN dapat tiket flight free gie balik |
|
|
|
|
|
|
|
Tp mmg ada benarnya kata2 dia ni...ramai yg kutuk sbb isu ni keluar dari mulut dia...
Stick pada issue lah...bukan pada sapa yg bercakap
Sekarang nampak mcm mengarut...Insyaallah kalau ada rezeki kita tgk hasil pengorbanan hari ni dlm 20 thn lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|