View: 951|Reply: 5
|
[Dunia]
Nenek digari kerana bil tertunggak
[Copy link]
|
|
Montgomery: Polis di Alabama, Amerika Syarikat (AS) menahan seorang wanita berusia 82 tahun mempunyai bil khidmat kutipan sampah, yang tertunggak.
BBC News melaporkan, Martha Louis Menefield keliru apabila pegawai datang menggari dan menahannya, pada Ahad.
Difahamkan, jumlah bil tertunggak itu adalah sebanyak AS$77.80 (kira-kira RM341).
Dalam satu kenyataan di Facebook (FB), polis City of Valley memaklumkan mereka melayan Menefield dengan baik dan memberitahunya beberapa kali mengenai kegagalan wanita itu membayar bil berkenaan, selama tiga bulan.
"Menefield dilayan dengan penuh hormat oleh pegawai kami dalam melaksanakan tugas mereka dan dibebaskan dengan bon," kata Ketua Polis City of Valley di Alabama, Mike Reynolds dalam kenyataan itu, yang sudah menarik kritikan di internet.
Di bahagian komen, penduduk Alabama dan seluruh negara mengecam jabatan polis berkenaan.
"Semua yang menahan penduduk Valley, Alabama yang berusia 82 tahun ini mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka," tulis Donald Watkins, bekas peguam di negeri itu.
Dalam temu bual dengan CBS News, Menefield berkata, reaksi pertamanya apabila dua pegawai tiba di pintu rumahnya pada 25 November, adalah ketawa.
"Kamu tidak bergurau?" soalnya kepada pegawai itu.
Bagaimanapun apabila polis menjelaskan mereka datang untuk menangkapnya kerana bil yang belum dibayar, Menefield berkata: "Saya kecewa kerana saya tidak tahu mengapa mereka akan datang dan tangkap saya."
Menefield kemudian bertanya kepada polis apakah perasaan mereka "jika mereka datang dan menangkap nenek anda?"
Selepas penahanannya, wanita itu ditahan sementara sebelum dibebaskan dengan bon.
https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2022/12/911293/nenek-digari-kerana-bil-tertunggak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bosan tk pnah gaji pesalah agknya
kalu buat kt sini, abisla, stok gari pun tak cukup |
|
|
|
|
|
|
|
she is guilty for not having $$ |
|
|
|
|
|
|
|
polident ada sis. tampal gigi palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo itu aje sampai bergari, sian |
|
|
|
|
|
|
| |
|