CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2562|Reply: 16

[Jenayah] Wanita jerit minta tolong pukul 2.30 pagi

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang pempengaruh (influencer) media sosial berkongsi pengalaman berdepan situasi mendebarkan apabila terdengar suara menjerit meminta tolong di kawasan perumahannya di Selangor, semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter @runningpanda_, berkata, pada pukul 2:30 pagi dia terdengar suara seorang wanita menjerit berulang kali meminta tolong untuk satu tempoh yang agak lama.

“Suami saya dan jiran menyahut suara itu. Tak semena-mena, terdapat suara lelaki berkemungkinan suami wanita berkenaan menjawab dan meminta kami mengabaikan jeritan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, sejurus lelaki tersebut bersuara, wanita tersebut berhenti meminta tolong dan yang kedengaran suara seakan menangis.

“Saya menghubungi polis meminta agar pihak berkuasa datang segera kerana terdapat orang meminta pertolongan,” katanya menerusi bebenang hantaran tersebut.

Ujarnya lagi, wanita tersebut bertindak berani keluar dari rumahnya dan menemui polis bagi mendapatkan pertolongan. Wanita itu kemudian menaiki kereta peronda polis kemungkinan menuju ke balai.

Perkongsian cerita yang diciap semula sebanyak 7,797 kali dan mendapat 11,100 tanda suka setakat ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Terima kasih kerana sudah membantu. Anda telah melakukan tindakan yang betul dan tidak semua perwira (hero) memakai topi, sesetengah daripada mereka memakai tudung,” puji seorang pengguna di media sosial itu.

“Jeritan meminta pertolongan bukan gurauan. Jika maklumbalas sudah diterima tetapi jeritan itu masih kedengaran, laporkan segera untuk tindakan susulan. Biarkan polis yang tentukan kesahihannya,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2022/12/04/wanita-jerit-minta-tolong-pukul-2-30-pagi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bideo tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tidak semua hero memakai topi??? Cam kelakar jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:54 PM | Show all posts
Skuau replied at 4-12-2022 01:44 PM
tidak semua hero memakai topi??? Cam kelakar jer

Cape jadi cap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak semestinya jeritan malam bunyi tut tut...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bgs letew report polis mana tau kalau di biar jer tiber esk kecoh ada yg mati kena pukul..xke sesal dlu pendapatan sesal kemudian sudah tidak berguna..bethol x pepatah tu
@kakikuDibibirmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 03:01 PM | Show all posts
Not all heroes wear CAPES ye dik. Bukan CAPS.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:08 PM | Show all posts
edayildiz replied at 4-12-2022 02:15 PM
bgs letew report polis mana tau kalau di biar jer tiber esk kecoh ada yg mati kena pukul..xke sesal  ...

Jeritan  raungan suara boleh didengar utk dibantu jika perlu,

Tapi jeritan batinmu memanggil manggil namaku, hanya badan mu yg menanggung derita ,teda saper yg tahu..



Alamak kassim selamat

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 4-12-2022 02:15 PM
bgs letew report polis mana tau kalau di biar jer tiber esk kecoh ada yg mati kena pukul..xke sesal  ...

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan lah sis
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-12-2022 01:44 PM
tidak semua hero memakai topi??? Cam kelakar jer

Nak kena saman dengan si topi nasi agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-12-2022 01:44 PM
tidak semua hero memakai topi??? Cam kelakar jer

Cape of Good Hope tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa sebenarnya berlaku kat wanita yg menjerit tu? Kenapa dia jerit mintak tolong?
Harap beliau selamat dari sebarang marabahaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena dera ke pompuan tu?
Mujurla diorg ni call polis minta check.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:51 PM | Show all posts
Nasib ada yg perihatin…
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita tergantung so apa yg sebenarnya terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 6-12-2022 05:15 AM

Nak tahu cerita ni pi ke Twitter perakam video ni iaitu Mijachan♡.@runningpanda
Jangan di cerca perakam video coz dia lah penyelamat perempuan yang menjerit ni
Selain merakam video dan dia jugalah yang report ke polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:39 AM | Show all posts
2.30am...kes sodomi tapi bini dia x mau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068744 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list