CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2012|Reply: 25

[Politik] PM jawat Menteri Kewangan langkah terkebelakang

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan dianggap satu langkah 'kurang maju' dalam tata kelola sesebuah negara.

Naib Presiden BERSATU, Datuk Radzi Jidin, berkata langkah itu juga dilihat tidak selari dengan manifesto termasuk slogan reformasi seperti diperjuangkan PKR yang dinaungi Anwar sebagai presidennya.

Beliau juga menyuarakan kegusaran dengan tindakan seperti itu, kerana memperlihatkan tidak ada peranan semak dan imbang dalam kerajaan.

"Pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, saudara Rafizi (Ramli) menulis di Facebook bahawa beliau sudah memfailkan satu rang undang-undang (RUU) persendirian untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.


"Selain itu di bawah janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan.

"Apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang. Tindakan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan adalah satu tindakan yang amat terbelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut, Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berpendapat, perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah mempunyai satu sistem tata kelola yang mantap dan kukuh.

Atas faktor itu, beliau menegaskan pendekatan itu bukan sahaja dapat melindungi bahkan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhan dengan cekap.

"Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib (Razak). Perdana Menteri selepas itu, Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.

"Bahkan ketiga-tiga Perdana Menteri ini tidak memegang sebarang portfolio menteri," katanya.

Menurut Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya itu, beliau tahu, sedar atau tidak memang ada dalam kalangan pemimpin PH yang turut tidak bersetuju Perdana Menteri memegang portfolio Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, terdapat kenyataan yang pernah dibuat seorang anggota Majlis Presiden PH iaitu Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dalam satu ceramah, apabila tidak bersetuju Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

"Pemimpin PH sendiri dengan sedar tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan. Rakyat Malaysia yang memahami mengenai tadbir urus negara pun tentunya tidak bersetuju.

"Apa yang saya lihat pada masa ini, Perdana Menteri banyak bercakap mengenai perkara yang telalu kosmetik untuk menyedapkan telinga rakyat.

"Sebaliknya perkara prinsip dalam struktur pentadbiran yang telah elok dibentuk sebelum ini, bila mana Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan, diketepikan.

"Di mana reformasi yang sentiasa dilaungkan? Adakah reformasi hanya slogan bila jadi pembangkang?" katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1035076/pm-jawat-menteri-kewangan-langkah-terkebelakang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapiji raja formula jilat formula kahak sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapiji ckp tak serupa bikin...dah ludah jilat balik...dari sini pun org dh nampak kelemahan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa lah ...org lain x boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe..nanti nuar nak lulus apa2 hal kewangan, dia hny perlu jumpa dirinya sendiri..bincang smp terlentang pun boleh...makan2 sikit..pastu nuar lulusla lps meeting tu... kehkehkeh itulah dulu mengata najib.. sekarang ludah tu setepek kat muka...eeewwww pengotor...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb dia xdpt gaji pm. jadi selain gaji menteri parlimen, dia nk gak gaji menteri sektor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 03:07 PM | Show all posts
baik jawatan semua menteri bagi kat Anwar sorang je. menteri2 ni nanti semua nak kena rujuk ke PM juga. kasi dia tapau habis semua jawatan tu, tapi takyah bayar
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana piji ni???...Komen sikit(bnyk pon boleh).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaboom  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
intan244 replied at 4-12-2022 01:43 PM
sbb dia xdpt gaji pm. jadi selain gaji menteri parlimen, dia nk gak gaji menteri sektor.

Bijak di situ...patut dia kawal 3 kementerian
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 04:47 PM | Show all posts
Aku percaya Rafizi, abe mat etc tak jilat ludah cuma tak kan nak tunjuk tak puas hati in public.

Kalau nak tengok drama tarik2 rambut, channel UMNO kan ada


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 4-12-2022 04:32 PM
Bijak di situ...patut dia kawal 3 kementerian

Komen awak yg xbijak sebab xtau pekeliling just Google saja sekarang sblm komen..Kalau PM pegang dua jawatan dan satu lg portfolio contoh kementrian kewangan atau yg lain.Kerajaan hanya bayar satu gaji tertinggi saja which is gaji PM (yg DSAI xnak ambil) So he's working for free.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-12-2022 05:01 PM

Dsai masa jadi menteri kewangan dulu sesen duit pun dia x curi.siap dpt title menteri kewangan terbaik..give him a chance
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-12-2022 03:13 PM
Mana piji ni???...Komen sikit(bnyk pon boleh).

Lapiji dkt umah azzam bakkiii, minum teh ptg santai2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm ni pun ada penyembah lapiji wata kungsi rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzi Anak Jidin tersakiti tak dapat jadi menteri pundekdikan, terlepas hasrat nak mansuhkan Sijil Pelajaran Malaysia selepas berjaya memansuhkan UPSR, PT3, PMR dan SRP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 07:14 PM | Show all posts
tripleid replied at 4-12-2022 04:58 PM
Dsai masa jadi menteri kewangan dulu sesen duit pun dia x curi.siap dpt title menteri kewangan terba ...

najib dlu pun ms jd muntri aman2 jah... tibahh jd PM terus menyakau... nak tggu benda dah jadik bru nk mengelupur ke sementelah rapiji sendiri yg usul PM x boleh pegang jawatan menteri kewangan.... tapi sekarang, haihhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 4-12-2022 07:14 PM
najib dlu pun ms jd muntri aman2 jah... tibahh jd PM terus menyakau... nak tggu benda dah jadik br ...

Negara jiran kita iteww piyemnya juga pegang 2 portfolio ..piyem dan menteri kewangan for decades...dari negara dunia entah keberapa sehingga kini 1st world nation....isunya bukan conflict of interest memegang dua portfolio seperti ini tapi kepimpinan iteww sendiri....and of course kesiyaalan dan kelahnatang jibon ler yg telah beri imej memegang dua portfolio piyem dan kementerian kewangan ini a bad name....

Kheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Template asal matsabu. Boleh recycle berkali2.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-12-2022 07:32 PM
Template asal matsabu. Boleh recycle berkali2.

Masuk gua mat sabun ni bila template dia kena recycle kutuk on point boss sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.598784 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list