CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3087|Reply: 49

[Tempatan] Zahid melahar Muhyiddin, 'Tak payah jadi pembangkang yang merengek'!

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 4-12-2022 03:59 PM

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana menyifatkan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim sebagai “paling mengecewakan”.

Dalam hantaran di Facebook, Zahid berkata Muhyiddin dan sekutunya harus belajar untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya “merengek”.

“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu,” katanya.

Zahid turut memberitahu presiden Bersatu itu untuk menerima hakikat bahawa beliau telah gagal menjadi perdana menteri.

Tambahnya, kritikan Muhyiddn terhadap Anwar yang memegang portfolio kewangan itu tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan pemimpin berprestasi tinggi yang pernah menguruskan ekonomi negara sebelum ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan bahawa Anwar sebelum ini mendapat pengiktirafan tertinggi daripada media antarabangsa, termasuk “Menteri Kewangan terbaik” oleh Euro Money Magazine dan “Menteri Kewangan Terbaik Asia” oleh Asia Money Magazine.

“Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia serta pernah digelar The Asian Tiger dalam kalangan negara Asia ketika menjadi menteri kewangan. Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan,” katanya.

Semalam, Muhyiddin membidas Jemaah Menteri Anwar, yang menyifatkannya sebagai “paling mengecewakan dalam sejarah negara”.

Muhyiddin dalam kenyataan berkata, dengan melantik “kleptokrat”, Anwar telah mengorbankan prinsip tadbir urus yang baik yang dianjurkannya semasa PRU15.

Beliau merujuk pelantikan Zahid sebagai salah seorang timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan Anwar. Zahid turut dilantik sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah.

Zahid didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.

Muhyiddin turut mengkritik Anwar kerana memegang portfolio kewangan, sambil berkata ia akan menghakis kepercayaan rakyat serta pelabur terhadap kepimpinannya.

Menjawab kritikan itu, Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil berkata mungkin Muhyiddin lupa bahawa ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang akan membenarkan perdana menteri melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/04/jadi-pembangkang-berwibawa-bukan-merengek-zahid-beritahu-muhyiddin/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia. No dap, no anwar punya orang sdh bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:35 AM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 4-12-2022 09:26 PM
Firenzza replied at 4-12-2022 11:31 AM
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN


...seteru bakal disiasat katanya maaaaa


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-12-2022 02:40 PM

Setuju dgn wak jahit ponorogo..abahcow mmg muka tak tahu malu kemaruk sgt nak jadi pm smpai saggup menderhaka kat agong.

Kalau la org dap meroyan mcm abahcow skrg,mesti walaun dah menggelupor kat pdg merbok tuduh dap x hormat raja
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-12-2022 11:31 AM
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN

Anak jiran aku yg 3 tahun ini very the observant to the very detailed.....

Waktu angkat sumpahh semalam ...dia perhatikheun while everyone tunduk a few times pada agong as formal protocol ....tapi dia noticed only zahid reserved one extra bowing towards the end sejurus sebelum duduk selepas menandatangani surat lantikheun...bowing to the direction of anwart dan isteri......

Ko ghaser...

Dia kata dgn aku mungkin dlm hati zahid tika iteww terungkap..." Terimakasih Bos, lotsa luv bos..."

Kahkahkahkahkab



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 11:47 AM | Show all posts
bagan datok oiii

bagan datokk

bagan datok oii

bagan datokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:59 AM | Show all posts
hantar kak long jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid jawa merengek? Gigih jilat cirit Zahid jawa, intergriti ke laut. Dasar…
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyampah la si cirit ni.. bitter x habis2. Cam budak2 dek. Ikut je lah ydpa tu.. ko pun bukannya menang byk kerusi pon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa..setepek
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
merengek mintak pru cepat2 boleh le pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
takde org nak bukak tered nusi kuciwa walaun balik mengundi sbb duit minyak ke dah setaraf totok umngok dulu2 no money no undi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul cakap Wak. Kalo nk sgt jawatan PM, jatuhkan jelah bang non melalui undi x percaya. X yah meroyan  . Dont worry bang non x kan declare darurat punya semata2 nk tutup parlimen dari wat undi x percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 4-12-2022 11:47 AM
bagan datok oiii

bagan datokk

Aaaaaa aku rengsa terbayang2..nightmare oiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-12-2022 11:31 AM
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN

Yang jaga KDN pun geng lama dia juga. Kabinet kali  ni team wawasan umno 90s

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 4-12-2022 11:42 AM
Setuju dgn wak jahit ponorogo..abahcow mmg muka tak tahu malu kemaruk sgt nak jadi pm smpai saggup m ...

U.....sudah tukar ka???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
eh pengkhianat bangsa ni, byk cantik nk kata kat org lain. igt la elok2 muka dia ni, bgtau la kat anak cucu mcmana rupa pengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-12-2022 01:37 PM
U.....sudah tukar ka???

Tukar apo??aku mmg sokom wak jahit jadi tpm dlm kjaan perpaduan innih..seseorg tak bersalah until proven guilty.agiteww
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 4-12-2022 01:16 PM
Betul cakap Wak. Kalo nk sgt jawatan PM, jatuhkan jelah bang non melalui undi x percaya. X yah meroy ...

Tak pun berkumpol kt Pdg Merbok.. cam tak biasa depa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.090052 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list