CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 1

[Politik] Semua wakil UMNO dalam Kabinet, strategi Zahid hadapi pemilihan parti'

  [Copy link]
Post time 4-12-2022 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahmad Zahid bersama empat lagi wakil UMNO yang dilantik menyertai Kabinet ketika mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Anwar malam tadi

KUALA LUMPUR: Senarai lantikan Kabinet dalam kalangan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) termasuk yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), adalah mereka yang dilihat rapat dengan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pemerhati politik melihat langkah itu adalah usaha Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, cuba menggunakan status dan 'pengikutnya' dalam Kabinet, sebagai 'strategi' menguatkan pengaruh serta kekuasaan sebagai persediaan menghadap pemilihan parti itu.Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Abdul Aziz Azizam, berpandangan lantikan senator daripada BN yang kalah PRU lalu, mungkin boleh dilihat sebagai pendekatan Ahmad Zahid menambah kuasa BN dalam pentadbiran kerajaan.

"Walaupun yang menang tidak dilantik dalam Kabinet, mereka tetap Ahli Parlimen. Jadi lantikan senator dalam kalangan calon BN yang kalah umpama memberi kuasa bilangan tambahan dalam mengukuhkan fungsi BN dalam kerajaan.


"Namun begitu, hal ini bukanlah satu praktis moral demokrasi yang baik. Ini kerana pemimpin politik tidak seharusnya membelakangkan suara rakyat yang telah membuat pilihan.Rakyat sudah memilih dan mereka mahu yang dipilih untuk menjalankan tanggungjawab terhadap negara. Ini seolah-olah manipulasi komposisi Kabinet yang berobjektifkan kepada hal dan tujuan tertentu, mungkin cubaan menguatkan lagi sokongan akar umbi dalam parti," kata.

Dalam pengumuman Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi, selain PKR yang mendominasi Kabinet, ia diikuti BN yang semuanya diwakili UMNO.

BN selaku gabungan kedua terbesar dalam Kerajaan Perpaduan, diberikan enam kementerian dengan seorang dipilih menjawat Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid yang juga Pengerusinya merangkap Presiden UMNO.

Ahmad Zahid turut menggalas jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.Timbalan Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, menerajui Kementerian Pertahanan.

Manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang tewas dalam PRU15 di Parlimen Lumut, dilantik sebagai Senator dan menjawat jawatan sebagai Menteri Luar.

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Turut mewakili UMNO adalah calon BN Kuala Selangor merangkap bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berpendapat sudah pasti, Ahmad Zahid akan menyenaraikan individu yang mempunyai hubungan rapat dengannya untuk dilantik dalam Kabinet.

Selain mereka dipercayai oleh Ahmad Zahid, beliau berkata, ia mungkin strategi Presiden UMNO itu untuk menghadapi pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, sekali gus dengan lantikan pemimpin yang tewas ataupun menang daripada BN, lantas boleh membantu menguatkan pengaruh kem Ahmad Zahid.

"Saya melihat Ahmad Zahid tidak calonkan Tengku Zafrul. Beliau bukanlah seorang yang memiliki rekod perkhidmatan yang baik, namun mempunyai kelebihan dari segi network (rangkaian). Malah nama beliau bukan besar dan tidak punya kelebihan dalam kalangan pemimpin sektor korporat dan perbankan.Zambry pula adalah Setiausaha Agung BN yang berperanan memastikan disiplin gabungan itu terjaga ketika mana ada tentangan daripada pemimpin yang lain.

"Selain itu, Zambry adalah antara pemimpin yang cerdik yang UMNO dan BN ada buat masa ini. Beliau memang mempunyai pengalaman dalam kepimpinan politik dan dunia kesarjanaan.

"Ada lagi beberapa tokoh berbakat yang lain. UMNO adalah parti politik, bukan persatuan orang cerdik pandai. Untuk naik hierarki parti perlu bakat mempengaruhi akar umbi, bukan bakat memikir idea besar," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahmad maslan has been quiet since the announcement of the kabinet line up...hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.427984 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list