CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 1

[Tempatan] Bayi baru lahir ditemukan dalam kotak di tepi simpang kebun

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 3-12-2022 11:05 PM

Bayi itu yang masih bertali pusat ditemukan di dalam kotak yang ditinggalkan di tepi simpang jalan masuk ke kawasan kebun. Gambar hiasan

MERSING: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Mersing Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah kotak dengan hanya beralaskan kain langsir, ditemui kira-kira pukul 8.40 pagi.“Polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan seorang bayi yang masih hidup dan cukup sifat di tepi simpang masuk kebun berkenaan.

“Bayi itu kemudiannya diselamatkan dan dirawat di Klinik Kesihatan Jemaluang, bagaimanapun identitinya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Bayi tersebut kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Cyril turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tentu lah hasil perbuatan ahli Sunnah Wal Jama'ah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051739 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list