View: 2927|Reply: 70
|
[Tempatan]
Anwar tidak banyak pilihan, perlantikan Zahid kerna terpaksa
[Copy link]
|
|
Pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri mungkin tidak popular dalam kalangan ramai orang tetapi ia adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan, kata penganalisis.
Penganalisis sosiopolitik Prof Awang Azman Awang Pawi berkata pelantikan presiden Umno dan pengerusi BN itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kedudukan yang ada padanya.
Jika tidak dilantik, katanya, ia boleh dianggap sebagai suatu diskriminasi.
"Pelantikan Ahmad Zahid adalah selaras dengan konsep undang-undang iaitu seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
"Ini adalah konsep dalam perlembagaan dan undang-undang di negara ini," katanya.
Pendapat itu turut dikongsi beberapa penganalisis lain yang berkata, sama seperti Ahmad Zahid, Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berada dalam situasi memerlukan sokongan.
Profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania, James Chin, berkata kedua-dua tokoh terbabit memang bersahabat sejak sekian lama malah sejak 1990-an Ahmad Zahid dianggap sebagai anak didik Anwar.
Kata Chin memang ada ramai rakyat Malaysia - terutamanya dalam kalangan kelas pertengahan bandar - berharap Ahmad Zahid tidak diberi tempat dalam kabinet Anwar berdasarkan statusnya yang sedang berdepan 47 pertuduhan rasuah di mahkamah.
"Tetapi hakikatnya Anwar tidak mempunyai banyak pilihan, baik dari sudut peribadi mahupun politik.
"Ini mungkin mengejutkan banyak pihak tetapi Ahmad Zahid mempunyai hubungan baik dengan Anwar dan merupakan salah satu sekutunya yang paling rapat sejak awal mereka menjadi aktivis politik muda di Universiti Malaya pada 1970-an," tambahnya.
Elak buat pusingan U
Chin berkata PRU ke-15 adalah pertandingan yang sengit yang akhirnya menjadikan BN sebagai king maker.
Seandainya Ahmad Zahid tidak menyokong PH pada masa-masa genting ini, katanya, peluang Anwar untuk mentadbir dan menjadi perdana menteri mungkin terlepas lagi.
"Apabila BN mencapai perjanjian 10 perkara dengan PH dan berikrar memberi sokongan membentuk kerajaan sebagai pertukaran bagi pelantikan timbalan perdana menteri, kita tak dapat fikir siapa lagi selain ketua Umno untuk menyandang jawatan itu,” katanya.
Menurut Chin lagi, hakikatnya Anwar juga perlu menyokong kedudukan Ahmad Zahid untuk mengekalkan Umno dalam kerajaan dan menghalangnya daripada melakukan pusingan U.
Pada masa sama Chin mengaku ada sekurang-kurangnya lima pemimpin kanan Umno secara terbuka menyatakan rasa tidak senang dengan Ahmad Zahid kerana bekerjasama dengan PH.
https://www.malaysiakini.com/news/646773
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
piji keluar dr pertapaan soon! *pru14 tu typo hokeh takleh edit katanya  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
semua sama je, gila jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
no dalil ala walaun  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
alasan. kalau x lantik ramai lg suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjak si tertuduh tu ada jawatan dlm kabinet, byk plk gambarnya dimana2 dah la siap pakej ngan anak heols tu.. Semak betul lah, rasa nk samak2 je mato iols nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
kata Anwar pemimpin integriti

baru 9 hari
lantikan pun dh jadi isu
terpaksa la tunduk dgn 30 kerusi
jgn percaya dgn sepet DAP
dulu masa Perak
tak perlu pun post MB
tapi dibelakangnya tuntut tanah 999 tahun
mujur kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
Main target banhnon sejak dari dulu lagi sememangnya nak jadi PM
Dia peduli apa dengan prinsip, perjuangan banteras rasuah etc
Yanh dia tahu, target dia dah capai dah.. tinggal nak kekalkan je
Kesian acik2 bodoh yang ingat anwat nih berjuang demi rakyat kunun |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu dah justify. rakyat paham sapa big boss yg pegang krusi terbanyak in ph. kepada yg duk sokong anwar ni, byk2 la berfikir2 semula. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah susah2 nak justify
Impian nak jadi piem dah tercapai pun, buat tak tau saje, macam tak biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin pada masa akan datang...
Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
|
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 3-12-2022 10:20 PM
no dalil ala walaun
Petik azambelen, padahal lebihkurang je kan? Ko mengata aku, aku mengata ko. Ko bekap aku, aku bekap ko
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Org lain kalau ada kes mahkamah tu kene duk umah bercuti.. ini dia siap naik pangkat lagi.. senang la hapus bukti.. buang kes…boooooo rito betul! |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa percaya bangnon iols cuma nk ckap, kesian……….. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi ke orang bodoh nak percaya kat lapiji si putar belit lagi hipokrit ni?
Save your breath la lapiji |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 4-12-2022 08:32 AM
kemaruk replied at 3-12-2022 10:56 PM
Main target banhnon sejak dari dulu lagi sememangnya nak jadi PM
Dia peduli apa dengan prinsip, per ...
Laungan berjuang demi rakyat, banteras rasuah hanya utk dapat sokongan dan undi aje itu kena wajib sentuh dlm kempen dan ceramah... |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid pun terpaksa sokong anwar jadi PM..
Masing2 terpaksa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cabinet of political survival apo nak heran. Ko tak rebut… org lain akan rebut dek  |
|
|
|
|
|
|
|
Mana budk2 twitter yg sanjung abang non
Iols ade friend yg puji bang non bagai tetiba semalam uturn suh lapang dada
Nk lapang ape nye oiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|