View: 1760|Reply: 11
|
[Politik]
Memang saya ditawarkan jawatan Menteri tapi saya tolak - Kata Gobind Singh Deo
[Copy link]
|
|
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo memberitahu ramai yang bertanya mengapa nama beliau tiada dalam senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar semalam.
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata beliau menolak tawaran jawatan menteri daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana mahu memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Damansara itu memberitahu ramai yang bertanya mengapa nama beliau tiada dalam senarai Jemaah Menteri yang dimumkan Anwar semalam.“Perdana menteri ada bertanya kepada saya untuk menganggotai Jemaah Menteri. Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan perkara itu, saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak dapat berbuat demikian.
“Saya mahu memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Ahli Parlimen dan membantu kerajaan dalam apa semua cara yang saya boleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Gobind juga turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas tawaran tersebut.
“Saya sekali lagi menyatakan keyakinan penuh saya terhadap kepimpinan perdana menteri dan percaya bahawa beliau akan berjaya membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.
Semalam, Anwar mengumumkan barisan 28 Jemaah Menteri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan lain-lain parti.
Empat orang ahli Parlimen daripada DAP diumumkan sebagai ahli Jemaah Menteri.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sekali lagi dipilih sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Nga Kor Ming, V Sivakumar dan Hannah Yeoh masing-masing dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia serta Menteri Belia dan Sukan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
terbaik YB mmg jenis berprinsip..
walaupun mmg layak berada dlm kabinet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak berkenan paknon kerjasama dgn zahid la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik. Ada stand tersendiri. Lebih baik berkhidmat utk rakyat kat perlimen tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara mp yg tau bekerja.. Agaknya dia menyampah kat tpm 1. |
|
|
|
|
|
|
|
Whatever reason that he has, it's good dn berprinsip. Mr. GSD mengakui menolak secara halus, berhemah dgn kalimat yg tidak menyindir sesiapa. Dgn kenyataan sedemikian, terbungkam para peseteru untuk terus membebel, mengoceh2 penuh sindiran kpd PM yg kononya membelakangkan rakan sekutu dn utamakan orang lain diangkat sbg menteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara tak langsung mengatakan anwat tak berprinsip
Cuma acik2 bengap je masih takleh terima kenyataan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus govind, berprinsip. Terus xnk jd menteri. Bkn main sauk je lantik penyamun |
|
|
|
|
|
|
|
netto_ replied at 3-12-2022 11:05 PM
Bagus govind, berprinsip. Terus xnk jd menteri. Bkn main sauk je lantik penyamun
Siapa yg lantik tu...tak ada prinsip ke orang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah....dia pun sibuk dgn kerjanya di mahkamah, boleh fokus dgn kerjanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
piirah..nama kau dah busuk...terang2 dulu kau favour suka sakat madey |
|
|
|
|
|
|
| |
|