CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Kedah] Remaja lelaki lembam dakwa lima kali diliwat jiran

[Copy link]
Post time 3-12-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Bandar Baharu: Angkara nafsu, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila dia tergamak meliwat jirannya di ladang kelapa sawit di sini, bulan lalu.

Perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang juga remaja lelaki berusia 16 tahun dan pelajar Tingkatan Tiga menceritakan kejadian menimpanya kepada guru kelas, Khamis lalu.

Difahamkan, jirannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang juga pelajar lembam dengan membawanya ke lokasi jauh dalam ladang kelapa sawit sebelum melakukan perbuatan keji terbabit.


Mangsa mendakwa diliwat sejak 20 hingga 25 November lalu oleh suspek yang turut mengancam membunuh seluruh keluarganya jika remaja itu membocor rahsia.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati remaja lelaki berkenaan menceritakan kejadian kepada guru kelasnya yang kemudian memaklumkan perkara terbabit kepada bapa mangsa.

"Bapa mangsa hadir ke sekolah dan lelaki berusia 56 tahun itu yang curiga serta tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya itu membuat laporan polis.

"Susulan daripada itu, suspek berusia 20 tahun yang juga pekerja swasta diberkas dalam serbuan di sebuah rumah dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya yang ditemui selepas meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, hasil keterangan awal mangsa mendakwa dia dipaksa suspek melakukan perbuatan sumbang itu sebanyak lima kali dalam ladang kelapa sawit terbabit.

"Mangsa tidak berani menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana suspek sebelum itu mengugut mahu membunuh semua ahli keluarganya jika dia membocorkan rahsia.

"Pemeriksaan mendapati mangsa belajar di kelas khas kerana mempunyai masalah dalam pembelajaran dan dia turut dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kali-diliwat-jiran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070264 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list