CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 17

Lonjakan Kes, Belia Paling Ramai Dijangkiti HIV Di Thailand

[Copy link]
Post time 3-12-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Thailand merekodkan lonjakan jangkitan virus kurang imun (HIV)/ AIDS dalam kalangan belia, lapor laman be­rita Thaiger kelmarin.


Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit AIDS, Dr. Cheewanan Lertpiriyasuwat berkata, kes dalam golongan belia adalah hampir dua pertiga daripada rekod jangkitan HIV baharu.


Menurut beliau, jumlah itu jauh lebih tinggi daripada purata global iaitu sekitar 30 peratus.




Foto: Thaiger




Sebuah organisasi pencegahan HIV/AIDS, M Plus berkata, daripada 250 jangkitan baharu HIV yang dikesan di bandar Phitsanulok, lebih 60 peratus melibatkan  pelajar.


Menurut Model Epidemik AIDS, kira-kira 6,500 warga Thailand berkemungkinan dijangkiti HIV tahun lepas. Pada tahun sama, 9,300 orang di Thailand pula meninggal dunia akibat AIDS.


Angka kes HIV masih tinggi walaupun rawatan komprehensif penjagaan HIV adalah percuma di Thailand.


Tambah Cheewanan, salah satu faktor penyebaran HIV ialah orang ramai melakukan hubungan seks dengan orang yang mereka kenali secara online.


Perlindungan penjagaan kesihatan sejagat (UHC) Thailand turut menawarkan ubat antiretroviral bebas HIV dan dua ujian darah secara percuma pada setiap tahun. Kira-kira 450,000 orang kini menerima ubat antiviral di negara itu.


Bagaimanapun, Presiden Rangkaian Thai untuk Orang yang Hidup dengan HIV/AIDS, Apiwat Kwangkaeu berkata, jumlah kematian yang tinggi akibat AIDS menunjukkan jurang dalam sistem sedia ada.


Apiwat percaya sesetengah orang mungkin berhenti mendapatkan antiretroviral kerana bimbang dengan stigma yang dikaitkan dengan ubat anti-AIDS.


Tambah beliau, banyak syarikat masih menjalankan ujian HIV terhadap rekrut termasuk sekolah tentera dan polis. Ramai majikan sering menolak calon yang disahkan positif.


Thailand kini mempunyai matlamat Get to Zero yang disa­sarkan untuk dicapai menjelang 2030. Ia bertujuan mengurangkan jangkitan HIV kepada tidak lebih 1,000 setahun dan kematian tidak lebih 4,000. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 03:14 PM | Show all posts
Thailand mmg lubuk HIV/Aids segala khuenzzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP: Thailand mmg lubuk HIV/Aids se ...


Bukan sebab dadah tp sex.

Dulu 90an ye dadah pakai jarum . Lepas tu sex

And skrng sbb bisexual and gay
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:51 PM | Show all posts
Lepas tu org Msia pun sibuklah nak melancong sana, murah katanya. aku ngeri ja nak pi sana takut Aids dgn takut tersangkut kat sana susah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Btul la tu lubuk hiv sbab sex memacam arah kat siam sana tu..heloklah di tsunamikan ajer ummah sex bebas kat sana tu tapi tinggalkan mereka2 yang baik je untuk tadbir negara tu..agitchuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols pergi sana selamba jah dia langgan gayahrina money boy dekat sana. Iols yg dengar pun takut siap tanya "kau tak takut penyakit ke?". Dia jawab "tak, sebab aku negatif, dia pun negatif".

Buatnya thai tu tipu dia, tak ke naya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 3-12-2022 06:51 PM
Lepas tu org Msia pun sibuklah nak melancong sana, murah katanya. aku ngeri ja nak pi sana takut Aid ...

Pakai lah kondom. Tak kan itu pun nak ajar
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 12:36 PM | Show all posts
asmurai replied at 3-12-2022 06:51 PM
Lepas tu org Msia pun sibuklah nak melancong sana, murah katanya. aku ngeri ja nak pi sana takut Aid ...

Kenapa takut ko bukan melanggan seks atau ambik dadah..aids tu bukan mcm covide tkena bersin org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 12:39 PM | Show all posts
thai ni pun gejala dadah dia lagi teruk dari malaysia

ada kawan buat phd tajuk substance abuse, buat comparison antara negara asean
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 4-12-2022 12:16 PM
Kawan iols pergi sana selamba jah dia langgan gayahrina money boy dekat sana. Iols yg dengar pun tak ...


Tak caya aih betul2 negative.. sbb virus hiv ni dia 6 bulan incubation dlm badan baru start nampak positive bila tested..

Pastu kena aids plak depends pada immune dia lah.. ada setengah tu hiv carrier je sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:12 PM | Show all posts
Meiizu replied at 4-12-2022 12:36 PM
Kenapa takut ko bukan melanggan seks atau ambik dadah..aids tu bukan mcm covide tkena bersin org

adalah sebab tu kenapa dia takut.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak padankan muka diaorang je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:18 PM | Show all posts
green~tea replied at 4-12-2022 02:43 PM
Tak caya aih betul2 negative.. sbb virus hiv ni dia 6 bulan incubation dlm badan baru start nampak ...

6 bulan incubation?

A rapid antigen/antibody test done with blood from a finger stick can usually detect HIV 18 to 90 days after exposure. An antigen/antibody lab test using blood from a vein can usually detect HIV 18 to 45 days after exposure. A nucleic acid test (NAT) can usually detect HIV 10 to 33 days after exposure


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 4-12-2022 04:03 PM
Decaffeinated replied at 4-12-2022 03:18 PM
6 bulan incubation?

A rapid antigen/antibody test done with blood from a finger stick can usually ...


Itu rule of thumb kawan rogayah i buat test every 6 month.. kalo baru jangkit maybe tak accurate result... mcm covid test or pregnancy kot.. kalo viral count /hormon concentration tak cukup.. belum positive lg

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 4-12-2022 09:27 PM
Decaffeinated replied at 4-12-2022 03:12 PM
adalah sebab tu kenapa dia takut.


Aku takut kalau accident ke apa kat Thailand pastu kena masuk spital sana pastu kena masuk darah kat sana tak pepasal dapat darah hiv. Takpun takut terjumpa orang jahat kat sana yg ada aids pastu kena rogol ke tak pepasal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-12-2022 12:24 PM
Pakai lah kondom. Tak kan itu pun nak ajar

Aku pempuan la pakai kondom amendanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 4-12-2022 09:25 PM
Aku takut kalau accident ke apa kat Thailand pastu kena masuk spital sana pastu kena masuk darah k ...

Darah yang hospital bagi mestilah dah discreen bebas HIV, apalah takut nau-nau
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 4-12-2022 09:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-12-2022 09:27 PM
Darah yang hospital bagi mestilah dah discreen bebas HIV, apalah takut nau-nau


Tak dijamin 100%. Kalau tak tak ada lah sebelum masuk darah doktor/nurse ada mintak consent kita dulu sebelum masuk darah dengan bagi precaution ada risiko dapat jangkitan dari darah. Aku pernah dengar doktor minta consent pesakit sebelah aku untuk masuk darah pastu dia bacakan risiko risiko termasuk HIV masa aku masuk wad dulu. Lagipun aku kurang percaya skit hospital kat Thailand tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.091641 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list