CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Pulau Pinang] Harga ikan, timun naik

[Copy link]
Post time 3-12-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Harga ikan, timun naik

Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



Peniaga laksa, Abdul Rahman. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Harga beberapa jenis ikan di pasar negeri ini dikesan mengalami kenaikan antara 20 hingga 30 peratus berikutan faktor cuaca tidak menentu.

Tinjauan di Pasar Chowrasta dan Pasar Taman Tun Sardon di sini mendapati harga ikan kembung dan sardin mencecah RM10 hingga RM12 kilogram manakala bawal hitam dijual pada harga RM28 hingga RM32 sekilogram.

Peniaga, Mohamad Ibrahim Abdul Hamid, 58, berkata, ada harga ikan yang menunjukkan sedikit penurunan misalnya cencaru dijual RM8 hari ini berbanding RM9 sekilogram minggu lalu, ia bergantung kepada cuaca dan jumlah penawaran ikan.

"Setakat ini harga makanan laut seperti sotong mencecah RM28 sekilogram dan ketam RM36 sekilogram kalau diikutkan harga ini berpatutan kerana ia hasil laut segar yang antaranya diperoleh dari Batu Maung dan Gertak Sanggul dekat sini.

"Bekalan masih mencukupi cuma pelanggan yang membeli di pasar agak berkurangan dengan kebanyakan hasil laut di gerai saya dihantar kepada pengusaha kedai makan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Peniaga ikan import dari Thailand yang ingin dikenali sebagai Lam, 43, berkata, harga ikan import sejuk beku turut mengalami peningkatan misalnya ikan kacang naik daripada RM17 kepada RM19 dan bawal naik sebanyak RM3 kepada RM25 sekilogram.

"Harga ikan kembung sejuk beku import juga naik daripada RM10 hingga RM11 kepada RM13 sekilogram manakala ikan cermin naik sebanyak RM1 hingga RM2 kepada RM16 sekilogram," katanya.

Peniaga laksa, Abdul Rahman, 59, berkata, dia membeli 10 kilogram ikan sardin atau kembung setiap hari pada harga RM12 hingga RM13 sekilogram setakat hari ini serta semalam dan mendapati harga ikan itu mengalami turun naik antara RM1 atau RM2 beberapa minggu kebelakangan ini.

"Selain itu harga barang mentah yang sering saya gunakan seperti timun turut naik kepada RM4 sekilogram minggu ini berbanding RM2 minggu lalu jadi harganya kira-kira RM1.80 hingga 1.90 sebiji.

"Harga serbuk cili giling 125 gram sepaket turut naik 50 sen kepada RM3.80 sejak beberapa hari lalu dan saya guna tiga paket setiap hari selain harga salad mencecah RM5 sekilogram hari ini," katanya.

Bagaimanapun, harga jualan ayam secara borong oleh pembekal kepada peniaga yang dinaikkan sebanyak 90 sen setakat Oktober lalu kembali diturunkan kepada 50 sen setakat hari ini.

Peniaga ayam, Khairuddin Abdul Kader, 40, berkata, berikutan penurunan itu dia mendapat bekalan ayam standard pada harga RM8.70 seekor dan dijual pada harga RM9.40 mengikut harga siling yang ditetapkan kerajaan.

"Harga ayam yang diperoleh daripada pembekal turun dua kali iaitu kali pertama turun 20 sen tiga minggu lalu dan turun lagi 30 sen lagi semalam.

"Saya harap pembekal di ladang dapat menurunkan lagi harga ayam ini sebab kami dengar harga dedak sudah turun RM2 seguni lagipun sudah lama kami terbeban dengan kenaikan harga ayam beberapa kali berlaku tahun ini," katanya.


Disiarkan pada: Disember 3, 2022 @ 1:58pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061345 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list