CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12512|Reply: 223

Belum Setahun Kahwin, Suami Mahu Semua Belanja Rumah Bayar Separuh, "Nafkah Langsung Tak Bagi"

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mengadu tentang suaminya yang suka meminjam wang untuk digunakan sebagai modal kerja.


Menurut wanita itu, walaupun suaminya tidak pernah culas membayar hutang, tetapi seorang yang sangat berkira dengan dirinya sendiri.


"Saya bekerja di pejabat, suami pula bekerja sendiri. Suami merupakan designer dan mendapat tender design daripada syarikat besar.


"Besar modalnya dan besar tendernya. Modal untuk kerjanya besar. Jadi setiap kali tak cukup duit, dia akan pinjam duit daripada saya.


"Dia akan bayar balik setiap kali dapat payment. So far, dia bayar hutang dia kepada saya. Usia perkahwinan belum sampai setahun tetapi suami sudah mengungkit dan berkira," ujarnya.




Gambar Hiasan




Tambah wanita itu, suaminya mula membangkitkan isu perbelanjaan makanan, sewa rumah serta bil elektrik yang ditanggungnya selama ini.


Lebih mengeruhkan keadaan, dia mendakwa suaminya juga membuat perbandingan dengan abangnya yang mengamalkan konsep kongsi perbelanjaan dengan isteri.


"Suami juga mengatakan bahawa salah seorang abangnya yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak seramai tiga orang mengamalkan konsep perbelanjaan rumah separuh suami separuh isteri.


"Suami kerap mengatakan hal ini dan saya bertanya dengan dia kalau itu yang dia mahukan. Bagitahu saya, insyaAllah saya boleh (bayar).


"Oleh sebab itu, dia mahukan semua perbelanjaan rumah separuh-separuh. Saya okey," cerita wanita itu panjang lebar.


Menurut pengadu, suaminya didakwa culas dalam menyediakan nafkah dan hanya memperuntukkan kemudahan asas sahaja.


"Bila saya tanya nafkah belanja saya, dia katakan dia sudah sediakan yang asas. Bila saya tanyakan pakaian, mekap, belanja dan sebagainya, dia cakap tidak wajib.


"Apabila saya katakan yang saya pun membayar separuh sewa rumah, elektrik dan air, dia katakan dalam Islam ikut kemampuan suami. Dia cakap dia tak mampu.


"Jadinya, asalkan keperluan asas sudah diberi sudah mencukupi. Saya pun tak perlulah memasak dan sebagainya sebab ini bukan wajib bagi saya.


"Saya buat kerana ihsan kepada suami. Tapi suami tak fikir ihsan kepada isteri. Serabut betul kepala. Saya buat keputusan yang salah ke untuk berkahwin?" soal pengadu lagi.


Luahan hatinya dikongsi menerusi akaun Twitter @ConfessTweetMY pada Jumaat.


Menerusi ruangan komen, beberapa netizen turut menyelar pendirian suaminya yang berkira dengan isteri sendiri.


"Kalau dah kena bayar separuh-separuh, maksudnya dia tak sediakan lah keperluan asas tu pada awak. Dia umpama housemate je lah.


"Eh tak sekarang kalau rasa tak mampu kenapa kahwin? Itu kan tanggungjawab suami.


"Kesimpulannya sebelum kahwin bincang dulu hal kewangan," tulis beberapa pelayar Twitter. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
xyah jd bodoh. file cerai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal lg. Xdak anak. Get. A. Divorce.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ko ni. Masa dia mintak mcm tu knp ko agree? Berambus je. Lakn ler kalu ko nk giler cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
baik xyh kawen kalau semua kena share..byr jer sorg2..senang xyh skt hati.
kalau laki gji sikit tp baikk rela hati la jgk nk share
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
laki bodoh tak mampu takyah kawin lahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-12-2022 02:17 PM
xyah jd bodoh. file cerai.

Itu la.  Baik cerai je
belum ada anak lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikap toleransi tu penting. Baru setahun kawen rasanya financial family tak stabil lagi. Kalau kita terlalu berkira sangat mmg ada la yg akan mengungkit.

Macam i, ansuran rumah husband bayar (i punya loan), duit taska anak, segala bil2 pun dia uruskan, kereta je i bayar (i punya). N basic food macam beras telur dan laukpauk.

Part i akan topup apa yg tak cukup. Husband tak cukup duit, i topup. Nak makan sedap2 hujung minggu i bayar. Barang anak cth mcm baju ke toys ke semua i bayar. Sebab tahu husband dah bayar macam2. I pun beli baju mekap sendiri je.

Kira untung la husband pun ada turut serta bayar juga walaupun separuh. Baru kawen mmg tak boleh expect more.

Ada kawan i, dia berkira gila sampai mmg nafkah seratus peratus husband dia keluarkan. Duit kawan i tak boleh sentuh langsung. Punya berkira n queen control. End up husband jd mental kena makan ubat depression n mengadu kat cikgu lain psl bini dia. Yg bini sibuk tambah emas tiap bulan tapi sayang. Husband dah tak bahagia. Cuma bertahan sebab banyak hutang atas nama husband. Jdi laki dia tak boleh cerai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 05:02 PM | Show all posts
takkan kau nak hadap jantan hanat mcm ni lagi 50 tahun? tak berlaki lagi elok
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la adat resam rumah tangga dik..berkongsi dan tolak ansur...asalkan laki ko x pukul dan dera sudah...
Sapa suh cari laki marhaen, lain kali nak senang tai tai cari laki sultan,agong ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene perbetulkan beberapa pkra. Yg wajib msti suami tanggung. Dr awal dh kena ajar cmtu. Tk boleh share2 mcm ni.iolss antara mangsa diperbodohkan suami. Dr awal kawen die control duit i..rumah dr awal kawen i yg bayar.. lama2 suami jadi sgt culas bab nafkah.. skrg husb i nfkah zahir bg 1k sbulan utk tanggung 5 beranak.. mmg x ckup. Tu pun puas bgaduh sana sini..bila die bengang die bg 1k, nafkah batin pon x bg dah. Sbb die rasa byk sgt dh die bg tu.. iolss mghitung hari nk angkat kaki je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak dia mcmana?...
Sbb tu mewarisi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
entah la dekk, kalau rs biol kepala hotak tu dok mikir siang malam mslh ni mohon cerai je la.
hidup msg2 lain org lain pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 3-12-2022 05:50 PM
Kene perbetulkan beberapa pkra. Yg wajib msti suami tanggung. Dr awal dh kena ajar cmtu. Tk boleh sh ...


Kenapa tunggu? Nak lepas anak2 habis sekolah ke?

Semoga urusan u dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 3-12-2022 06:15 PM

Sayang kot.. tp kalo dah start bergaduh tu maknanya sayang dah luntur.. lama2 tawar hati.. kalo syg.. biasanya takde laa question sampai gini.. luah ke soc med ni sbb nakkan kekuatan je utk buat decision... walau maybe dia dah nekad...

Entah la.. i rasa rumahtangga ni konsep nya tolak ansur.. masing2 bantu naik kerjaya /bisnes.. biasa la muda2 semua orang susah... lama2 tu senang lah...

Suami biasa lengkapkan yang wajib..  sediakan rumah, utilities bill, groceries... husband i bagi kereta kecik (beli cash) utk i pakai lenjan ke gym, opis & sopim... heols ckp, he want to make sure my basic needs are met...

Kos makan kat luar tu weols share la kadang dia bayar kadang i bayar.. minyak kereta and servis kereta kitorg gilir2 actually kitorg tak berkira with each other pun..  


Kitorg kawen masa umur 37.. both dah stable pun.. weols TAKDE LOAN.. husband pun tinggal 1 je loan rumah tu pun 8 tahun je balance, lain2 rumah dah settle loan hamdalah..

Edit : oh ya i baru beli keta dec last year, so i ada very minimal commitment bayar seketul kereta ni aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa org pompuan jgn murah hati sangat. Bila tolong top up itu ini lama2 laki lupa diri. Duit dia ada lebih pun dia ckp cukup² jer. Last² kat belakang payung skandal. Jadi, jom kita isteri2 ni perabiskan duit suami kita. Jangan kasi ada lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 06:26 PM | Show all posts
citer sebelah pihak je ni
kena dengar jugak belah lelaki

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:31 PM | Show all posts
Cuba cerita berapa pendapatan laki dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila. Baik tak payah kahwin macam tu. Dah la benda2 asas pun dia bayar separuh. Suami untung dapat seks dan bibik masak dan basuh baju.
Bagi lah bini tu nafkah untuk belanja harian. Sikit pun takpe kalau tak mampu. Ambik la hati isteri tu. Dia dah tolong masak lauk tu pun dah jimat duit belanja. Kalau dibiarkan lama, jadi barah dalam keluarga. Baik blah kalau takde anak lagi. Dah ada anak nanti lagi banyak belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamje replied at 3-12-2022 05:50 PM
Kene perbetulkan beberapa pkra. Yg wajib msti suami tanggung. Dr awal dh kena ajar cmtu. Tk boleh sh ...

Innalillah. Semoga dipermudahkan urusan diamje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.552437 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list