CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4479|Reply: 52

[Tempatan] Dah cerai konon.. hotel sama port merendeqqq

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Dah cerai konon


WANITA berstatus isteri orang ditahan bersama lelaki. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad


Melaka: Tergamak mengaku sudah bercerai sejak empat tahun lalu sedangkan dirinya masih berstatus isteri orang.

Itu alasan diberi wanita ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dengan suami orang di hotel di Ujong Pasir, dekat sini, tengah malam tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, helah wanita berusia 37 tahun itu terbongkar selepas pemeriksaan nombor kad pengenalannya menunjukkan dia belum bercerai.

Menurutnya dalam serbuan 12.40 tengah malam itu, wanita terbabit mendakwa sudah bercerai empat tahun lalu manakala pasangannya berusia 40 tahun mengaku sudah berkahwin namun dalam proses perceraian.

"Dia pada mulanya mendakwa teman lelakinya itu hanya datang melawatnya di situ. Malah, lelaki itu cuba keluar dari bilik hotel apabila menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM.

"Namun, kecekapan penguatkuasa meminta dia pulang ke biliknya sebelum mendapati seorang wanita berada di dalam dan apabila ditanya kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan," katanya selepas mengetuai operasi yang turut disertai Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Negeri, Akmal Nadzim Abdullah.

Che Sukri berkata, mereka antara enam pasangan kekasih berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan.

Menurutnya, turut ditahan adalah graduan universiti berasal dari Mantin, Negeri Sembilan bersama pasangan wanita berusia 26 tahun.

Katanya, lelaki berusia 22 tahun itu memberi alasan mahu berehat di hotel bersama rakan wanitanya selepas mengambil jubah konvokesyen yang dijadualkan Selasa ini.

"Ketika pintu bilik diketuk pada 1 pagi, wanita berasal dari Gombak, Selangor itu pada mulanya mendakwa menginap di hotel itu bersama rakan wanitanya.

"Namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek.

"Apabila disoal, lelaki itu mengaku menginap di situ untuk menyelesaikan beberapa perkara selepas mengambil jubah konvokesyennya, dan kedua-dua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pernikahan," katanya.

Semua enam pasangan itu dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/910904/dah-cerai-konon

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2022 11:10 AM | Show all posts


Graduan dicekup berkhalwat tiga hari sebelum konvokesyen




Dah cerai konon
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada org yg report tu sbb kena rush. Agak2 tokey hotel ke yg report tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:08 PM | Show all posts
satu je nak tanya, sapa yang duduk atas?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:55 PM | Show all posts
wow! pakej selulit tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni mcm never learn. Nk merendek tanpa gangguan sewa la hotel mhl sikit.
Ni dah mmg sume org tau hotel bajet risiko kne ketuk pintu tu mmg tinggi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
elok sangat ke serbuan macam ni siap ambil gambar orang atas katil dgn yg lelaki tak pakai baju? very islamic? yg pompan gundu tu xpakai tudung kot2 lah dia pakai sebenarnya. jgn ckp dia zina xyah kisah psl lain.

lama dulu dr asri dah bagitau dalam Islam xleh buat benda2 serbu gini.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols sebenarnya kesian sbb pompuan ni lelaki x minat nak buat bini. Stok utk main je. Moga lelaki2 Islam kat Msia ni menjadi lebih brtangjwb dan gentelmen pada perempuan...aamiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...
Nak tangkap..tangkap.aje..
Nak snap gambo pung buat apo..

Sabo.jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kepam kepam pun nk skendal..
laki kn dh ada kot..xfhm la
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:55 PM | Show all posts
taste masing2 kadang tak tercapai akal ku hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:14 PM | Show all posts
Haiyoo...sado berkain batik bagai


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatai bughet sekoq2 aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 3-12-2022 10:18 PM

https://www.yadim.com.my/v2/tangkap-khalwat-dr-asri-garis-enam-panduan-umum/

Yang kelima katanya, “Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.”

“Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam.

“Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media massa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain,” katanya.

Yang terakhir katanya, “Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

“Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf,” katanya. – Sinar Harian

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Umoq 37?? Macam 50an je debab kepam mcm tu..mesti pandai layan wasap ni sampai ke katil jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:27 PM | Show all posts
shernazz replied at 3-12-2022 08:06 PM
Hurm...
Nak tangkap..tangkap.aje..
Nak snap gambo pung buat apo..

Buat bahan ahli forum dan netizen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pada plus size tu siap pasang 2 lagi - suami ada, skandal pun ada
Kemahen ko acik
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 3-12-2022 02:00 PM
Diorg ni mcm never learn. Nk merendek tanpa gangguan sewa la hotel mhl sikit.
Ni dah mmg sume org ta ...

hotel bajet satu hal, tapi kalau yg kat kedah tu lagi la kelakar dah tau kawasan panas selalu kena serbu esp kulim dah kenapa duk buat lagi kat situ nak buat maksiat pon tak boleh miskin tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 3-12-2022 02:04 PM
elok sangat ke serbuan macam ni siap ambil gambar orang atas katil dgn yg lelaki tak pakai baju? ver ...

Tk abis tgk video ceramah Dr MAZA ni.mmg dlm isle serbuan mmg xde dibuat..ajaran Islam tkde Suh umat Islam cari salah org lain ..tapi kalu ada report mmg Dr MAZA suh serbu check.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 3-12-2022 09:16 PM
https://www.yadim.com.my/v2/tangkap-khalwat-dr-asri-garis-enam-panduan-umum/

Yang kelima katanya,  ...

iols pernah tgk video org mesjid pi serbu remaja dating kat tepi air terjun dalam hutan. lupa la kat mana. punyalah pak aji serban tu marahkan girl tu xreti jaga maruah. pastu dia koyakkan baju girl tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.141138 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list