CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 4

[Tempatan] Tahniah Dr Zaliha - KJ

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menitipkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa, yang dilantik mengisi portfolio yang disandangnya itu sebelum ini.

Khairy melalui hantaran di Twitter sebaik pengumuman barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap Ahli Parlimen Sekijang itu mampu meneruskan perjuangan ke arah sistem kesihatan awam yang lebih baik.

"Tahniah YB Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

"Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM). All the best! (Semoga berjaya!)," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034548/tahniah-dr-zaliha-kj

Fakta terkait..

PROFIL

ZALIHA BINTI MUSTAFA

Umur : 58 tahun – Dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Johor

Status : Telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Ahmad Adzlan, seorang doktor. Mempunyai 4 orang anak

Ahli Parlimen : P141 Sekijang (Johor)

Profesion : Pernah bertugas sebagai doktor perubatan dan memiliki klinik sendiri iaitu Klinik Murni, Bandar Putra, Kulai, Johor

Facebook : Dr. Zaliha Mustafa

PENDIDIKAN

SEKOLAH PEREMPUAN SULTAN IBRAHIM (SIGS)

MRSM, KOTA BHARU – 1981

MATRIKULASI MRSM, SEREMBAN – 1982

FAKULTI PERUBATAN UKM – 1983-1989

KERJAYA

DOKTOR SISWAZAH, HSAJB – 1989/90

DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL DAERAH PEKAN – 1990

DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL TAIPING – 1991

DOKTOR PERUBATAN SWASTA, POLIKLINIK PENAWAR – 1993

DOKTOR PERUBATAN SWASTA, KLINIK MURNI – 1995

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI, KPWKM, PUTRAJAYA – 2018

PENGLIBATAN POLITIK

KETUA WANITA JOHOR BAHRU, PARTI KEADILAN NASIONAL – 1999

KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN NASIONAL – 2000

KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2003

PENGERUSI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2005

NAIB KETUA WANITA, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2007

AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (DIPILIH), PARTI KEADILAN RAKYAT – 2018

PENGERUSI BIRO STRATEGI, DASAR & LATIHAN, MPWP, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2020

PENGARAH STRATEGI NEGERI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2021

PENGERUSI JK PEMILIHAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2022

https://ecentral.my/dr-zaliha-mustafa-menteri-kesihatan/





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:02 AM | Show all posts
Tahniah doktor.. semoga berjaya menaik tarafkan taraf kesihatan Malaysia.
Aku tak kenal dr ni, bagi peluang la dia buktikan lantikan ni adalah tepat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw dia ni terpilih sbb dulu setpol kak wan ke? Jujurnya mmg tak penah dengar nama sheols nih apapun kita bg peluang la tgk cemana nampak mcm tiada aura ketegasan mcm cikgu disiplin sprt yg season lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Imejin dr zaliha ni kat tempat kayjay, target 100% dewasa cucuk vaksin. Bagaimana pendekatan dia?

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.186759 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list