CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 498|Reply: 0

Verstappen dapat hadiah Honda NSX Type S

[Copy link]
Post time 3-12-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN bersama kereta yang dihadiahkan Honda.

London: Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Max Verstappen dihadiahkan kereta Honda NSX Type S berharga £150,000 (RM799,000) sebagai penghargaan di atas kejayaan terbarunya.

Jaguh dari Belanda itu mencipta rekod musim 2022 apabila menjuarai 15 daripada 22 perlumbaan.

Verstappen mengesahkan gelaran dunia F1 keduanya di Jepun dan mengatasi pencabar lain ketika saingan berbaki empat perlumbaan.

Bagi meraikan kejayaan Verstappen, rakan kerjasama Red Bull, Honda menghadiahkan pelumba berusia 25 tahun itu kereta bernilai £150,000 (RM799,000) di Honda Racing Thanks Day yang berlangsung di Litar Motegi, kelmarin.


Pengerusi Honda, Seiji Kuraishi mengucapkan terima kasih dan memuji pencapaian hebat Verstappen yang meraih gelaran dunia dua kali berturut-turut manakala Presiden Honda, Koji Watanabe memberikan kunci kepada jaguh Red Bull itu.

Verstappen berkata: "Ia kereta yang memukau, jadi saya bangga menerimanya. Terima kasih tidak terhingga."

Red Bull dijangka meraikan kejayaan berganda mereka bersama penyokong di Milton Keynes bulan ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-honda-nsx-type-s
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054639 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list