CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 0

[Dunia] Piala Dunia: Korea Selatan aibkan Ronaldo dan Portugal

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


DOHA – Korea Selatan memastikan tiga wakil Asia terus kekal dalam saingan Piala Dunia 2022 apabila muncul naib juara Kumpulan H selepas menewaskan Portugal 2-1 Stadium Education City sebentar tadi.

Walaupun keputusan itu tidak beri kesan besar buat skuad A Selecao yang sudah pun layak selaku juara kumpulan, kemenangan Korea Selatan kali ini menafikan hasrat Uruguay selepas wakil Amerika Selatan itu turut menang 2-0 ke atas Ghana namun Taegeuk Warriors lebih layak mara dengan kelebihan jaringan.

Ini adalah kemenangan kedua Korea Selatan ke atas Portugal di Piala Dunia sejak melakukannya pada edisi 2002 dan kejayaan ini turut menafikan impian bekas juara Eropah itu merakamkan kemenangan bersih di peringkat kumpulan seperti dilakukan semasa penganjuran 1966 dan 2006.

Terdahulu, Korea Selatan yang memerlukan tiga mata untuk layak makin tertekan apabila Portugal berjaya membuka jaringan seawal minit ke-5 menerusi Ricardo Horta.

Gol itu juga adalah bolos kedua terpantas dalam sejarah Taegeuk Warriors selepas jaringan pemain Turki, Hakan Sukur yang terhasil seawal 11 saat ketika melakukannya pada penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2002.

Bagaimanapun, jaringan itu seakan menyedarkan Korea Selatan daripada lena dan usaha berterusan dilakukan membuahkan hasil apabila Kim Young-gwon meledak gol penyamaan pada minit ke-27.

Walaupun Portugal masih memburu tambahan jaringan, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan dilihat agak terlalu berhati-hati dan tiada sebarang percubaan bahaya mampu dihasilkan.

Menyedari situasi pasukan yang tidak terlalu terdesak, pengurus Portugal, Fernando Santos mula tampil dengan taktikal lebih selamat apabila membuat tiga pertukaran sekaligus termasuk merehatkan Cristiano Ronaldo.

Ketika aksi hampir berakhir dengan keputusan seri, sejurus perlawanan memasuki masa tambahan, Son Heung-Min berjaya menggerakan serangan balas pantas dengan baik sebelum melakukan lorongan menarik di celah kaki pertahanan lawan untuk disudahkan oleh pemain gantian, Hwang Hee-Chan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2022/12/03/piala-dunia-korea-selatan-aibkan-ronaldo-dan-portugal/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.391885 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list