CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5326|Reply: 62

FFM32 : Filem Komedi Spilt Gravy Dinobat Filem Terbaik, Mat Kilau Menang Anugerah Khas Filem Box Office

[Copy link]
Post time 3-12-2022 02:00 AM | Show all posts |Read mode



Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka malam tadi baru saja melabuhkan tirainya.

Keputusan paling dinanti-nantikan akhirnya berpihak kepada filem komedi berjudul Spilt Gravy atau Ke Mana Tumpahnya Kuah arahan sutradara Datuk Zahim Albakri Ikmal selepas dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32), sekali gus memenangi Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.







Filem tersebut menundukkan saingan sengit lain termasuk karya filem paling laris tanah air, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini memungut kutipan pawagam hampir RM100 juta, lapor Kosmo.


  


Walau bagaimanapun, filem arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memenangi Anugerah Khas Filem Box Office Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

Mencatat kutipan panggung hampir mencecah RM100 juta, filem terbitan Kembara Studio Sdn. Bhd. tersebut memegang rekod sebagai filem terlaris tanah air sepanjang zaman.



  


Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Sementara itu, bagi kategori Pengarah Terbaik, trofi dimenangi Ryon Lee Eng Keong menerusi filem komedi drama, Small Town Heroes sekali gus menundukkan saingan calon lain termasuk Syamsul Yusof.

Sementara itu, trofi Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Tan Chui Mui yang cemerlang dalam filem Barbarian Invasion sementelah tuah berpihak kepada Juliana Ibrahim (Spilt Gravy) apabila dinamakan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Anugerah Khas Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman masing-masing diberikan kepada dua figura berpengalaman tanah air iaitu Mat Sentul dan Datuk Sarimah Ahmad atas pencapaian seni luar biasa mereka.

Berikut merupakan senarai pemenang FFM32 :

1. Anugerah Khas Filem Box Office – Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

2. Poster Terbaik – Small Town Heroes

3. Kesan Khas Visual Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

4. Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most?

5. Tatarias Terbaik – Malya Artwork (Rasuk)

6. Rekaan Busana Terbaik – Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)

7. Penataan Seni Terbaik – Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)

8. Penataan Bunyi Terbaik – Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

9. Skor Muzik Asal Terbaik – Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)

10. Lagu Tema Terbaik – Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)

11. Sinematografi Terbaik – Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)

12. Penyunting Terbaik – Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)

13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)

14. Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

15. Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

16. Pengarah Harapan – Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)

17. Anugerah Khas Juri 1 – Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)

18. Anugerah Khas Juri 2 – Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

19. Anugerah Khas Juri 3 – Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)

20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna

21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang

22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Seniman Mat Sentol

24. Cerita Asal Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

25. Lakon Layar Terbaik – Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)

26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

28. Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)

29. Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

30. Pengarah Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

31. Filem Terbaik – ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy).


FFM32 dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Antara penyampai trofi termasuklah Maya Karin, Nam Ron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh dan Ashraf Muslim.


Acara berprestij tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular seperti Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh dan Hazama. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Spilt Gravy tu cerita apa.langsung tak pernah dengar tiba2 filem terbaik.haiyooo..berdasarkan kriteria apa boleh menang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
colorpensel replied at 3-12-2022 04:00 AM
Spilt Gravy tu cerita apa.langsung tak pernah dengar tiba2 filem terbaik.haiyooo..berdasarkan kriter ...

Filem tu dh buat 11tahun lepas, adaptasi daripada teater.. Macam biasa klu dark comedy ni kadang2 tak lepas tayang, so Baru tahun ni dpt tayang kt pawagam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Uikkk tiber2 ade ffm
Tak tahu pun.
Ade lagi ke orang ambik kisah pasal anugerah ape semua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak aedan tu tak menang ya? Btw pemenang2 dan calon nampak begitu perpaduan takdela semua melayu jaa. Dan pilem mat kilau tu tak menang terbaik heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma pernah tau kewujudan mat kilau dan air force je, tu pun baca kat forum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat kilau tu mcm anugerah kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Spilt Gravy ada kat Netflix
Aku baru tgk halfway
Cerita ala2 Mat Saleh
Dh movie arwah Jit Murad kan
Tapi mmg best
Details, delicate & cultural
Cerita org Melayu kaya & urban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jit Murad bkn ke dh meninggal dunia awal tahun ni? Yg mati keseorangan dlm rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jaa tu dpt award le…tahniah…ada juga org reconize talent hang….
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Barbarian Invasion tu yg kena potong hari tayangan sebab tak ramai penonton kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:52 AM | Show all posts
cicicumel replied at 3-12-2022 07:44 AM
Jit Murad bkn ke dh meninggal dunia awal tahun ni? Yg mati keseorangan dlm rumah?

ya...dia dah buat skrip ni lama
Split Gravy ni asalnya teater

nama Split Gravy on Rice ( Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
FFM ni dh mcm AIM.. Bosan yg menang semua acah2 A-listed.. Populariti almost zero. Hehehe.

Cmne si Jaa Suzuran tu bole mng pelakon harapan? So i tgk la trailer film dia mng tu.. Cringe gilaa dgn suara kepit dan dialek budu.. Jln cerita pon klise. Eww sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Si zahim berbaju melayu lengkap tanjak tp awat nama filem omputih. Tak pernah dgr plak psl filem ni tapi nanti la tgk kat Netflix..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow kena cekidut ni..xpnh dgr...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 3-12-2022 10:08 AM
FFM ni dh mcm AIM.. Bosan yg menang semua acah2 A-listed.. Populariti almost zero. Hehehe.

Cmne si  ...

Kan.. i bru tgk trailer. Lakonan haul betul. Nmpak beno FFM ketandusan bakat nak angkat as pelapis tahun ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 02:22 PM | Show all posts
cicicumel replied at 3-12-2022 10:08 AM
FFM ni dh mcm AIM.. Bosan yg menang semua acah2 A-listed.. Populariti almost zero. Hehehe.

Cmne si  ...

iols cannot brain mamat budu tu menang Pelakon Harapan...like WTF??? calon2 lain better kot....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah mamat budu....musti bangga giler sskjp
Better bagi kat bdak aedan yg b.lakon citer apa midnight kat netflix tu
Yg prmpuan dpat kat si Layla Sania
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 3-12-2022 11:50 AM
Si zahim berbaju melayu lengkap tanjak tp awat nama filem omputih. Tak pernah dgr plak psl filem ni  ...

Iols stalk ig abg or adik zarul albakri haun tul dgan tatu2nya
Mcam tak duduk di Msia
Patutlah liberal abis
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita apa tu spilt gravy, i spit on your grave aku tahu laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.091847 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list