CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air Sungai Perak cukup untuk utara Perak, Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 2-12-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Air Sungai Perak cukup untuk utara Perak, Pulau Pinang


Siti Aminah Mohd Yusof



KON Yeow (kanan) menjawab soalan media pada majlis pecah tanah. FOTO Mikail Ong



Georgetown: Ketua Menteri Chow Kon Yeow menghormati pandangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang menegaskan pendirian kerajaan negeri Perak untuk tidak membekalkan air ke Pulau Pinang bukan satu isu politik.

Meskipun begitu, beliau optimis dapat menyambung rundingan berhubung Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) berdasarkan laporan terbaharu konsultan lantikan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diterima oleh pihaknya, September lalu.

Beliau berkata, laporan kajian tersebut mengesahkan Sungai Perak mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan di bahagian utara Perak dan Pulau Pinang serta berpendapat keputusan berhubung perkara itu sewajarnya berpandu kepada kajian tersebut.

"Rundingan atau mesyuarat memang sudah diadakan tetapi kita tidak dapat melanjutkan perbincangan kerana menunggu laporan ini disiapkan dan apalah gunanya membuat kajian jika kita tidak melihat cadangan kajian tersebut.

"Jadi apabila kajian itu sudah diterima masuk pula musim pilihan raya jadi kita sabar menunggu untuk meneruskan rundingan sekurang-kurangnya melibatkan tiga pihak iaitu KASA, kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang.

"Kita hormat pandangan Menteri Besar yang menegaskan ini bukan satu isu politik tetapi ini membabitkan peranan Pulau Pinang sebagai hab ekonomi bagi utara Semenanjung Malaysia yang penting kegunaan air mungkin tidak mencukupi menjelang 2050," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah bangunan penyimpanan mayat masyarakat India di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, Perak tetap dengan pendirian tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun pembentukan kerajaan negeri sekarang adalah campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Kon Yeow bagaimanapun berkata jika projek tersebut tidak dilaksanakan ratusan juta liter air yang melalui Sungai Perak akan terus mengalir ke laut setiap hari.

Justeru laporan tersebut bukan sahaja mengesahkan bekalan air mencukupi malah mencadangkan beberapa opsyen termasuk pembinaan terowong yang mana loji rawatan akan dibina sama ada membekalkan air terawat atau air mentah.

Beliau memahami kebimbangan kerajaan negeri Perak berdasarkan maklum balas agensi seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung lokasi mengesktrak air sama ada ia akan dilakukan di atas Empangan Chenderoh yang dikhuatiri menjejaskan bekalan air pada musim kemarau.

"Menteri Besar juga menyuarakan pandangan sama dalam mesyuarat bersama saya dengan barisan Setiausaha Kerajaan kedua-dua negeri serta agensi berkaitan awal tahun ini.

"Tetapi cadangan konsultan ini menyatakan titik pengekstrakan air adalah di bawah Empangan Chenderoh Jadi ini sudah menangani kebimbangan pihak-pihak berkaitan.

"Saya fikir segala perbincangan yang diadakan biarlah kita dimbimbing hasil laporan dan cadangan daripada perunding yang dilantik oleh Kementerian sendiri," katanya.

Kon Yeow berkata secara keseluruhan, projek itu dijangka menelan kos dianggar mencecah RM4 hingga RM5 bilion yang dijangka akan ditanggung ketiga-tiga pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata projek SPRWTS tidak bermaksud menggantikan sumber air dari Sungai Muda yang membekalkan 1,200 juta liter sehari (MLD) kepada Pulau Pinang sebaliknya berperanan sebagai bekalan tambahan kepada sumber sedia ada bagi mengatasi krisis air pada masa depan.

"Kalau kita boleh lepas peringkat ini katakan Perak kata tidak boleh membekalkan 1,000 juta liter sehari kita sedia melihat 700 juta liter sehari.

"Jadi kalau kita mula sekarang kita kena tunggu lapan hingga 10 tahun sebelum projek ini siap jadi kita sememangnya akan meneruskan usaha ini," katanya.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 1:43pm







sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list