CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1826|Reply: 34

[Tempatan] Masih relevankah Akta Pendidikan? Sekolah satu aliran tak mustahil, perlu keberanian kerajaan

  [Copy link]
Post time 2-12-2022 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-12-2022 01:29 PM

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan sekolah satu aliran sebagaimana dicadangkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak boleh direalisasikan selagi Akta Pendidikan 1996 tidak dipinda.

Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, Akta Pendidikan 1996 membenarkan wujudnya sekolah vernakular.

Menurut beliau, berdasarkan akta tersebut, sekolah aliran menggunakan bahasa Cina dan Tamil atau sekolah jenis kebangsaan yang juga mendapat bantuan dari kerajaan, turut dibenarkan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996.

“Kerajaan menetapkan kurikulum kebangsaan yang mesti dipakai oleh semua sekolah termasuk swasta, jadi mewujudkan satu sistem pendidikan sekolah, bermakna hanya satu sahaja kurikulum yang boleh digunakan.

“Pada masa sama, sekolah swasta di peringkat pra, rendah dan menengah dibenar untuk ditubuhkan. Oleh itu, sukar untuk mengatakan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada Getaran.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Seksyen 28 adalah berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Ia menyatakan, "tertakluk kepada peruntukan akta ini, menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyelenggarakan sekolah-sekolah itu.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan keperluan satu jenis sistem pendidikan di Malaysia, namun Perkara 152 menyebut berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan diperincikan oleh Akta Bahasa Kebangsaan.

Katanya bagaimanapun, Perkara 152(1)(a) pula menyatakan bahawa rakyat Malaysia boleh menggunakan bahasa lain untuk mengajar atau belajar selain daripada urusan rasmi.

“Namun kita ada pelbagai undang-undang mengenai pendidikan, yang utama adalah Akta Pendidikan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

“Setiap akta mempunyai ruang lingkup sendiri misalnya, Akta Universiti untuk pendidikan tinggi di IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), Akta Pengajian Tinggi Swasta untuk institusi swasta,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan bahawa jika kerajaan mahu menubuhkan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah satu aliran, Akta Pendidikan 1996 perlu dipinda.

Bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal mempersoalkan adakah dengan mewujudkan sistem pendidikan sekolah satu aliran akan menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan kerana ia isu sensitif.

“Persoalannya, adakah sekolah satu aliran (akan) menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan. Jika ya, ia adalah perkara sensitif yang termasuk dalam maksud hasutan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Ada kes yang diputuskan sebelum ini melibatkan penggunaan Akta Hasutan terhadap mereka yang menggesa agar sekolah vernakular dihapuskan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Biro Pendidikan MPM, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah, berharap supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menggunakan pengaruhnya untuk mengajak dalam kalangan bukan Melayu supaya bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran.

Beliau berkata, sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan bukan semata-mata untuk menjaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain secara keseluruhannya.

Jelasnya, tuntutan dan perjuangan bukan Melayu berkaitan sistem pendidikan ketika ini, bercanggah dengan Perlembagaan negara.

“Pada hari ini, Perdana Menteri baharu (dilantik) disebabkan penerimaan dan sokongan padu terutama daripada masyarakat Cina. Sudah pasti dengan semangat beliau dapat memujuk mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

“(Meminta mereka) menerima asas Perlembagaan, apa yang mereka buat itu boleh dikatakan 100 peratus bercanggah dengan Perlembagaan," katanya.

Menyokong cadangan itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, pelaksanaan pendidikan sekolah satu aliran jika mendapat sokongan kalangan bukan Melayu boleh disifatkan sebagai tanda awal kejayaan kerajaan perpaduan dipimpin oleh Anwar.

“Ini langkah awal yang menjurus kepada kejayaan kerajaan perpaduan sekiranya ingin hubungan sesama kaum kembali baik demi mencapai kemakmuran yang mutlak di Malaysia," katanya.

Jelas beliau lagi, atas harapan itu, Perdana Menteri digesa dapat meyakinkan kaum lain supaya menerima pendidikan sekolah satu aliran di negara ini.

Pada masa sama, Muqharabbin berpendapat, Anwar juga perlu bersikap tegas dan tidak menerima permohonan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) diiktiraf.

“Kerajaan ini masih baharu dan setiap langkah dan keputusan diambil sekiranya silap, pasti akan merosakkan kerjasama yang baru terjalin," katanya.

https://www.getaran.my/artikel/semasa/36230/akta-pendidikan-1996-perlu-dipinda-jika-mahu-laksana-sekolah-satu-aliran

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:03 AM | Show all posts
buat je la satu aliran ajar ketiga-tiga bahasa kaum utama kt msia ni.. take the best of all worlds..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:11 AM | Show all posts
sekolah satu aliran adalah satu idea yang sangat bagus utk membentuk Bangsa Malaysia dan bahasa malaysia sebagai bahasa UTAMA dan diikuti bahasa asing yang lain. Tapi persoalan nya berani kah Kerajaan baharu ni menrealisasikan dan membelakangkan partner dlm team demi Negara malaysia dan rakyat? sedangkan Tun M dan next next pemerintah pun tak berani ini kan yang sekarang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kat anwar macam2 korang minta
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:33 AM | Show all posts
sebab tau anwar boleh buat....dia kan tegas....kheunnn?????
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:42 AM | Show all posts
Edited by asmurai at 2-12-2022 09:52 AM

Kena kaji kenapa Orang Cina dan India, tetapi Cina la especially kurang berminat nak hantar anak ke Sekolah Kebangsaan. Kena tunjukkan produk sekolah kebangsaan bagus, akhlak baik dan boleh bersaing. Orang Cina takut anak anak mereka terpengaruh dengan budaya budak sekolah Melayu especially yang kelas belakang jenis rempit, masalah sosial, perangai samseng, dengan malas belajar lagi dan lembab especially bab Matematik, tak boleh tahan pressure homework banyak dan lembik tak tahan kena marah dengan cikgu, tak hormat cikgu. Budak Melayu perangai suka ejek ejek orang especially kalau budak yang diejek tu nerd suka belajar, cakap english pun nak kena ejek dan lain lain. Bila dah besar terbawak perangai tak hormat orang, perangai ejek orang, cyberbully, buli sana sini, perangai asyik nak mengarah tapi diri sendiri pun tak reti nak buat, malas kerja seperti gelandangan tapi asyik nak komplen sana sini dan asyik nak bergosip aje kerjanya lepas tu asyik nak sibuk menelek orang pakai apa lah, buat apa lah, gitu gini je kerjanya.  Kalau kat sekolah asrama pulak budak Melayu perangai suka buli orang, nak jadi taiko suka ragging orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 2-12-2022 09:03 AM
buat je la satu aliran ajar ketiga-tiga bahasa kaum utama kt msia ni.. take the best of all worlds..

Kalau dari mula2 lagi merdeka kita dh buat sekolah satu aliran belajar bahasa Melayu sahaja dan bhs ibunda di sekolah yg sama mcm diamalkan di Indonesia (org Cina pun belajar di satu sekolah dan nama pun Indonesia)
,Thailand (org Islam pn belajar dlm bhs Thai di sekolah rendah,menengah dsb) memang x menjadi masalah.
Ingin saya lontarkan pandangan pihak kita sendiri pula,org Melayu Islam sanggup tak kita hadkan xpayah belajar bahasa Arab di negara kita mau tak kita kompromi ?sebab kita org Melayu bukan org Arab betul tak? Klu nkbelajar bahasa Arab kita boleh lanjutkan pelajaran di negara Arab mcm pelajar2 SPM yg buat persediaan nakmelanjutkan ke Jepun/Korea/German dsb baru belajar bahasa tersebut.Ini disekolah kebangsaan pun dah ada guru JQAF utk ajar bahasa Arab dari tahun 1 lagi.Nak bagi adil kena hapuskan jg sekolah2 Agama pondok yg silibusnya 90%bahasa Arab di ajar.Boleh tak kita kompromi klu bangsa lain pun minta org Melayu hadkan jg sek2 swasta agama yg ajar Bahasa Arab(kitakan bangsa Melayu )
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk akta2 kt Msia ni kena ubah dah dek. Dah dekat 30 tahun patut negara susah nak progres dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksud saya buat satu sekolah kebangsaan yg hanya ada satu aliran bahasa Melayu diajar sbg bahasa yg utama ..bahasa Tamil dan Cina  ,bahasa org Asli di ajar di sekolah yg sama.Subjek Pendidikan Islam tetap ada tetapi Bahasa Arab x perlu di ajar .Tunggu lps SPM nksambung belajar ke negara Arab baru belajar bahasa Arab mau tak klu nkbg keadilan betul2 kpd semua bangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
puan_rohayu replied at 2-12-2022 09:48 AM
Kalau dari mula2 lagi merdeka kita dh buat sekolah satu aliran belajar bahasa Melayu sahaja dan bh ...

kalau nk perpaduan melalui sekolah, hapuskan sekolah vernakular..
nk bagi adil kalau nk bljr bahasa selain bahasa melayu, hantar anak sek swasta..
ni dah besar panjang baru masuk sek kebangsaan, mana maunya nk bercampur dgn bangsa lain..
walau 5 thn dok 1 kelas tp depa tak bercampur dgn bangsa lain..cakap sesama depa, mcm mana nk fasih bhs melayu..
bdk india ok lagi boleh bergaul dgn bdk melayu, bdk cina ni mmg takla
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 2-12-2022 09:42 AM
Kena kaji kenapa Orang Cina dan India, tetapi Cina la especially kurang berminat nak hantar anak ke  ...

Apa masalah2 yang disenaraikan tu tak berlaku di kalangan orang cina sendiri ke? Apa orang melayu aje ke yang ada isu itu ini, kaum lain semua baik cemerlang gemilang terbilang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:09 AM | Show all posts
Edited by asmurai at 2-12-2022 10:10 AM
kam3n replied at 2-12-2022 10:04 AM
Apa masalah2 yang disenaraikan tu tak berlaku di kalangan orang cina sendiri ke?  Apa orang mela ...

Bukan lah kaum lain tak ada masalah semua tu, tapi majoritinye Melayu la. Cuba tengok selalu budak sekolah kaum mana yang lemah Matematik, budak sekolah Cina kena kerja keras buat banyak homework banyak banding Melayu. Yang selalu keluar suratkhabar kes buli, ragging tu budak kaum mana? Yang asyik keluar Bersamamu jadi gelandangan malas kerja tu majoriti kaum mana?

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 2-12-2022 10:09 AM
Bukan lah kaum lain tak ada masalah semua tu, tapi majoritinye Melayu la. Cuba tengok selalu budak  ...

Ini statistik...7drpd 10 rakyat msia org melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:18 AM | Show all posts
asmurai replied at 2-12-2022 10:09 AM
Bukan lah kaum lain tak ada masalah semua tu, tapi majoritinye Melayu la. Cuba tengok selalu budak  ...

hala2 cuba sistur pergi jalan changkat ke jalan alor situ start kul 9 mlm sampai 4 pagi tgk bangsa apa yg ramai.

org cina india minum arak tu bagi diorg budaya diorg. benda tu tak elok bagi kita tapi elok bagi diorg. Kongkek liaw pun byk kat situ.


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 2-12-2022 10:14 AM
Ini statistik...7drpd 10 rakyat msia org melayu.

Macam gitu senang la kerja apa apa salahkan statistik bukannya nak baiki kesilapan dan kekurangan sendiri. Satu lagi masalah Melayu ialah perangai ketuanan Melayu termasuk di sekolah, semua dia je yang betul. Orang lain semua tak betul kena ikut ketuanan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 2-12-2022 10:20 AM
Macam gitu senang la kerja apa apa salahkan statistik bukannya nak baiki kesilapan dan kekurangan  ...

Kata org melayu byk masalah yg disebutkan. Itulah sebabnya. Masalah matematik je. Cuba extrapolate kes2 org cina bagi sama ngan ratio ngan bilangan org melayu...mesti kes diorg jadi byk....silap2 lagi byk dari melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 1-12-2022 02:20 PM
Macam gitu senang la kerja apa apa salahkan statistik bukannya nak baiki kesilapan dan kekurangan  ...

Ngkau taknah bergaul dgn cina, baca atau tengok media cina ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 2-12-2022 10:28 AM
Ngkau taknah bergaul dgn cina, baca atau tengok media cina ker?

aku dulu sekolah satu kelas dgn cina dan india lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
puan_rohayu replied at 2-12-2022 09:51 AM
Maksud saya buat satu sekolah kebangsaan yg hanya ada satu aliran bahasa Melayu diajar sbg bahasa yg ...

Pendapat sy bukak kelas bahasa ketiga boleh pilih cina,tamil,arab,iban( kt swak)
Tp ckgu jadual wktu la kena set semua ni bg sama waktu
So time bahasa ketiga budak2 boleh berpecah ikut bahasa yg dipilih
Bahasa no 1 melayu ,bahasa no 2 english,bahasa ke3 boleh pilih dan tak perlu byk wktu smnggu tu dlm 2wktu = sejam je dh ckup
Kalau nk jugak ada skola jenis bangsa dan bahasa swastakan sj dan tak perlu bg bantuan apa dr gov
Utk maahad2 tahfis ke apa pon sama swastakan sj sbb tu pilihan depa. Kena cari dana sendiri dari NGO2 la
Gov dh bagi skola free utk smua rakyat. Kalau pilih skim yg lain kena la tanggung sendiri.
Sama mcm hospital la kan gov dh sediakan yg gov nk yg swasta kena tnggung sendiri la
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 2-12-2022 10:24 AM
Kata org melayu byk masalah yg disebutkan. Itulah sebabnya. Masalah matematik je. Cuba extrapolate ...

Sama la macam orang sembang melayu je ramai racist lah ekstremis lah padahal belah lain pun apa kurangnya. Sebab hidup dalam majoriti melayu, sumber berita utama media melayu & inggeris, nampak melayu je lah semua teruk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 1.055697 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list