PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menamakan menteri kewangan yang boleh menjadikan ekonomi berfungsi serta memiliki pengetahuan melangkaui bidang perakaunan dan kewangan.
Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, ini kerana perkara itu tidak berlaku ketika pelantikan dua menteri kewangan sebelum ini.
Beliau berkata, masa sukar semakin menghampiri dan Malaysia memerlukan “CEO untuk ekonomi Malaysia, dengan menteri-menteri sebagai pengurusnya”.
“Jadi ketua pegawai eksekutif ini mesti menyediakan rangka kerja institusi yang betul dan berfungsi yang akan membolehkan keusahawanan dan daya saing berkembang maju,” katanya kepada FMT.
Ferlito berkata, menteri kewangan mesti dapat memahami dinamik ekonomi dan memastikan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang.
“Kementerian perlu memahami bagaimana tindakan mereka boleh memupuk keusahawanan dan bukannya melemaskannya seperti yang kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
Beliau berkata, ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia terkesan akibat dasar terpisah seperti peraturan buruh yang ketat dan kawalan harga.
Seorang lagi ahli ekonomi, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, berkata menteri kewangan akan datang mesti memahami cara dasar berfungsi dan bagaimana ia mempengaruhi pasaran dan bahagian populasi yang berbeza.
Mengulas mengenai spekulasi bahawa Anwar boleh mengambil portfolio kewangan, Nambiar berkata ini mungkin bukan idea yang baik.
“Atas sebab tadbir urus yang baik dan juga kerana cabaran yang mungkin timbul tahun depan, mungkin tidak sesuai untuk perdana menteri menjadi menteri kewangan walaupun saya tidak meragui kecekapan Anwar,” katanya.
Anwar, yang merupakan menteri kewangan antara 1991 dan 1998, dijangka menamakan barisan Jemaah Menteri tidak lama lagi.
Post time 2-12-2022 08:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by pu3_rania at 2-12-2022 08:56 AM
totokreturn. replied at 2-12-2022 08:44 AM
Tengku Zafrul : "Dengar-dengar mcm nama saya naik utk dilantik MK semula di bawah PM10"
Kalau si giler glamour ni di lantik kali ke 3 sebagai Menteri Kewangan semoga pendeklah jangka hayat pemerintahan kerajaan gabungan sekarang ni yang di kepalai oleh si Anwar Ibrahim
Si TZ yang giler glamour lagi childish ni kalau di lantik lagi sekali so memang membazir duit bayar gaji dia coz masa jadi Menteri hari tu siap dok ugut2 nak letak jawatan kalau di teruskan membenarkan tuntutan pengeluaran KWSP
Tak lama lepas ugutan tolol lagi bangang si TZ ni tup2 meletup skandal kebankrapan Genting Hong Kong (GHK)
https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/185216
Utk acik acik dari gerombolan pelusuk kampong Dwdrums, makadekz, tinot7, edaylidi,kakarosipinki yg yerlalu stress dan tertekan utk hadam jargon jargon yg digunakheun seperti dinamik dan selainnya...cukupler fahamkheun istilah
Dinamik yg berikut ini....yg penting biar putih tulang jgn putih mata...
ada kefahaman yang dia akan utamakan bank dan golongan korporat dengan alasan orang lain tak mengerti ekonomi... garbenur negara dulu pernah kata turunya duit kita ada bagus, sebab ada sektor yang akan untung, begitulah lebih kruang .. mungkin betul tetapi kuasa membeli rakyat akan jadik kecik, kita nak jual produk pun dapat sikit, yang untung negara luar beli murah....
oleh itu, orang bank jangan dilantik jadi menteri kewangan... orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...orang bank jangan dlantik jadi menteri kewangan...
nanti orang bank ni kata kdnk naik, yang menunjukkan ekonomi malaysia katanya bagus.... tetapi ini tak membantu pun pasal sara hidup... rakyat nak sara hidup mereka bertambah payah.. orang-orang bank ni semua mana peduli semua tu.. aku anti dengan orang bank ni.. kapitalis tersohor...kalau kurang untung dikatanya rugi..