CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4717|Reply: 66

[Tempatan] Zahid punca lantikan barisan kabinet terbantut?

  [Copy link]
Post time 2-12-2022 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Nampaknya pengumuman barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dijangka ditangguhkan ke minggu depan, menurut laporan The Straits Times berpengkalan di Singapura.

Laporan media tersebut melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menangguhkan pengumuman senarai menteri dalam pentadbirannya selepas terdapat pertikaian isu melibatkan lantikan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memeningkan kepalanya.

Malah, laporan itu juga berkata setakat ini tiada majlis angkat sumpah barisan menteri kerajaan PH-BN dijadualkan berlangsung pada minggu ini dan mungkin diadakan pada minggu depan.

Anwar juga dilaporkan masih belum menyerahkan senarai penuh barisan Kabinetnya kepada Yang di-Pertuan Agong, kata The Straits Times lagi yang memetik sumber dalaman parti itu.

Setiausaha akhbar Anwar dalam laporan sama juga dipetik memberitahu bosnya hanya dijadualkan berada di pejabatnya sepanjang Khamis, tanpa maklumat tersedia mengenai pengumuman Kabinet.

“Keadaan sekarang tidak berubah kerana begitu banyak kumpulan yang berbeza melobi,” kata seorang pegawai PKR dalam laporan itu.

Difahamkan, Anwar juga meminta pelanjutan masa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melengkapkan barisan pentadbiran dalam kerajaannya itu.

Terdahulu, tercetus spekulasi Anwar bakal melantik anak muridnya yang juga Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun, langkah itu menimbulkan kritikan banyak pihak kerana dilihat bertentangan dengan prinsip dan perjuangan gabungan tersebut yang menentang rasuah dan mempertahankan integriti.

Untuk rekod, Zahid masih sedang berdepan pendakwaan di mahkamah bersama-sama tiga Ahli Parlimen dalam gabungan itu yang juga masih sedang berdepan perbicaraan.

Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam satu kenyataan menggesa Anwar tidak melantik kumpulan kluster mahkamah dalam barisan pentadbirannya.

Bersih membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan.

“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” katanya.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Zahid dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet baru nanti.

“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.

Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan Anwar.

“Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi.

https://www.agendadaily.com/politik/anwar-tangguh-umum-barisan-kabinet-isu-lantikan-zahid-buat-kepala-pening/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 08:33 AM | Show all posts
kalau nak setup barisan kabinet pun pening kepala

macam mana la nak buat dasar dasar baru mcm wujudkan balik GST dan hapuskan subsidi oiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahit akn menekan nuart utk lantik dia jd tpm, klau x dia tekan butang tarik diri..ni nama dia bagai mlepas anjing tersepit
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 2-12-2022 08:43 AM

Lahanat sekoq si Jahit ni yang di agung-agungkan oleh pentaksub2 dia dalam UMNO termasuk lah si Mat Hassan memang pembawa musibah
Serve your riht Anwar Ibrahim dan PH yang hadap sangat nak bergabung dengan BN especially UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 2-12-2022 08:33 AM
kalau nak setup barisan kabinet pun pening kepala

macam mana la nak buat dasar dasar baru mcm wujud ...

Itu lar pasal
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoi lahanat sungguh la.cepat la announce barisan menteri kabinet yg baru.org nak move on,nak cuti apa lancau sume tertangguh sbb politicians babi sial
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 09:11 AM | Show all posts
bang non jangan sia-siakan perjuangan 24 tahun yer..... ingat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihi. Ingat senang ke nak jd PM.
Ni baru permulaan..belum yang akan datang.
Btw, kenapa semua benda nak salah kan zahid?

Salahkan la Pm tu sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 2-12-2022 08:47 AM
Hoi lahanat sungguh la.cepat la announce barisan menteri kabinet yg baru.org nak move on,nak cuti ap ...

Ko tak dapat pi kerja keww? Tugasan diopis tergantung keww? You can wait 60 yrs....now you have piyem yg dinanti nantikheun for 24yrs....ilek jek lekpis ler jap lagi nanti datang abg jamil

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:15 AM | Show all posts
kerana seorang zahid rosak sistem perlembagaan PH dan DAP dan Amanah dan kucar kacir kan Malaysia am nya. terbaik lah jahid dan pengikut2 nya!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 2-12-2022 09:11 AM
bang non jangan sia-siakan perjuangan 24 tahun yer..... ingat sikit

24 tahun menanti...24 hb diangkat jadi piyem...

NOMBOR ekor 2424 and all its permutations kena block sejak dari minggu dia ditabalkheun sebagai piyem 10....

Dahsyat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk melantik kabinet pon sampai pening gini, cane nk setel masalah yg lg besar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 2-12-2022 09:12 AM
Hihi. Ingat senang ke nak jd PM.
Ni baru permulaan..belum yang akan datang.
Btw, kenapa semua benda  ...

Kheunz? Agong lek jek lekpis jer twngok jepun bantai spain 2-1 dinihari tadi...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:17 AM | Show all posts
Nanti bila nak angkat sumpah nya? YDPA dah nak bercuti akhir tahun nih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh Kata satu Malaysia tanak Zahid apa masalah kau nuar?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:20 AM | Show all posts
Pelok Bam Non..Gelak sakan kelmarin



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:31 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 2-12-2022 09:45 AM
kasibiman replied at 2-12-2022 09:19 AM
Boleh Kata satu Malaysia tanak Zahid apa masalah kau nuar?

nuar nak jadi PM, kenalah terima Zahid....lagi pun Zahid kawan lamanya...
Zahid punca nuar jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebab zahid rasanya. Tapi ura2 kata sebab johnny sins malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
berbaloi tunggu lama sikit kalau akhirnya no wak jahit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.457783 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list