CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 12

[Tempatan] 'Saya tiada musuh, hutang sesiapa', penyampai radio bingung rumah ditembak

  [Copy link]
Post time 2-12-2022 07:25 AM | Show all posts |Read mode
GOMBAK: Penyampai radio wanita yang rumahnya ditembak individu tidak dikenali semalam menjelaskan dia dan suaminya tidak mempunyai musuh dan masalah hutang.

Penyampai radio sebuah stesen swasta dikenali Dj Aki berkata, kejadian berlaku ketika dia pulang ke rumah mereka yang terletak di Seri Aman Heights, Desa Jaya di sini kira-kira pukul 1.05 pagi.

Kata beliau, lima minit kemudian, dia kemudiannya terdengar bunyi kuat di luar rumah.

“Ketika itu, saya baru masuk ke dalam bilik untuk tidur sebelum terdengar bunyi kuat.

“Kami kemudian terus turun untuk melihat apa yang berlaku, tetapi, terkejut apabila mendapati pintu rumah dan dinding berlubang disyaki ditembak,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, suaminya bertindak menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian.

Kata DJ Aki, pemeriksaan lanjut pihak polis menemukan senjata dipercayai pistol buatan sendiri di belakang bukit kawasan rumahnya.

“Mujur ketika pulang, kami mengunci pintu rumah, jika tidak mungkin terkena tembakan itu.

“Saya tidak tahu mengapa ia berlaku kerana saya tidak ada hutang atau dendam dengan sesiapa,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan berkenaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan.

https://www.utusan.com.my/berita/2022/12/saya-tiada-musuh-hutang-sesiapa-dj-aki/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tahik cicak buat drill pada tembok keww?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 07:31 AM | Show all posts
kalau dh mlm nape xtembak bahagian atas jugak...ni mesti tgh bersihkan pestol tiber tertembak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba ada plot twist. Jeng jeng jenggggg!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:29 AM | Show all posts
DJ radio mana ni? x kenal pon. kata terkenal
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dj radio mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 08:52 AM | Show all posts
DJ myfm.. maybe terkenal di kalangan masyarakat china. kita yg melayu ni, mana dgr siaran myfm tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:08 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 2-12-2022 08:52 AM
DJ myfm.. maybe terkenal di kalangan masyarakat china. kita yg melayu ni, mana dgr siaran myfm tu

ooo ah ki ke..

mana la kita nak kenal kan
anjang aki tau lah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:29 AM | Show all posts
bottombikini replied at 2-12-2022 01:08 AM
ooo ah ki ke..

mana la kita nak kenal kan

Kannn.. awal baca td puas ku fikir dj radio mana. kotlah dj siaran malam2 time kita tido ke dia bersiaran
nama dia Aki Chan. nama penuh x sure pulak. bila gugel keluar gambar pompuan comel.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:48 AM | Show all posts
dia tak ada musuh tak ada hutang.. laki dia?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde dendam dengan sesiapa,tak bermakna orang tak dendam dengan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis tembak tarakena, mehndi laga ke ratna, polis saja tidak kena mehndi laga ke ratna



Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:33 PM | Show all posts
harap ada CCTV
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064881 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list