CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Pulau Pinang] 6 suspek keldai akaun ditahan

[Copy link]
Post time 1-12-2022 07:18 PM | Show all posts |Read mode
6 suspek keldai akaun ditahan

Disember 1, 2022 @ 6:32pm



Foto hiasan.



BALIK PULAU: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM25,500 dalam siri serbuan semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, hari ini, semua suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Mereka yang ditahan dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan dalam urusan jual beli komputer riba, telefon bimbit, kereta dan emas melalui dalam talian serta sindiket penipuan penghantaran barang melalui dalam talian atau 'parcel scam'.

"Berdasarkan siasatan jumlah kerugian dialami oleh mangsa antara RM1,000 sehingga RM25,500 membabitkan kes yang dilaporkan pada 2005, selain antara 2020 hingga tahun ini, katanya.

Semua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.678874 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list