View: 1166|Reply: 11
|
[Tempatan]
Wanita menyerupai lelaki kini kesalahan syariah di Terengganu
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, pindaan enakmen bagi memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri itu akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Empat seksyen baharu diwujudkan dalam enakmen itu melibatkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat.
“Kesemua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang DUN Terengganu di sini hari ini.
Satiful Bahari menjelaskan satu unit khas ditubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memantau perkhidmatan rawatan alternatif di negeri ini.
Tambah beliau, ia bertujuan agar rawatan ditawarkan tidak bercanggah dengan hukum syarak.
“Begitu juga dengan hukuman perempuan berlagak seperti lelaki, ia diwujudkan kerana trendnya agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/12/01/wanita-menyerupai-lelaki-kini-kesalahan-syariah-di-terengganu/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2022 11:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lepas ni semua tomboy akan start pakai tudung bawal... |
|
|
|
|
|
|
|
Drpd sebok hal gini baik ko tangkap bapak2 takbagi nafkah..caj denda |
|
|
|
|
|
|
|
Bro azallina tersenyum sipu sipu |
|
|
|
|
|
|
|
Azalina dah tak boleh masuk negeri terengganu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Isu ni nombor satu bagi Pas...kemiskinan dan kedaifan rakyat tak penting |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 2-12-2022 06:49 AM
Azalina dah tak boleh masuk negeri terengganu..
Bole je....dia bkn pengkid pun. Dia cuma ada sisi ala2 tomboy. Yg ni ok je |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki menyerupai wanita sepatutnya dimasukkan sekali sebagai kesalahan syariah di negeri pesisir pantai timur nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiklah skit pemandangan dari tengok template kakpeng kepam gundu busuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 1-12-2022 10:33 PM
Drpd sebok hal gini baik ko tangkap bapak2 takbagi nafkah..caj denda
ezekli! diorang ni buat kerja senang isu sensasi je. kalau babit nak kena actually buat kerja memang tak lah. unless pi tangkap org khalwat tu sukalah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu negeri komunis komunis komunis, terengganu negeri komunis, dekkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abis muntri undang undang kita tak boleh masuk trengganu kito keww atau macam mana?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|