View: 1018|Reply: 14
|
[Politik]
Pembentukan kabinet tidak berlaku dalam masa terdekat
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA - Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan hampir pasti tidak berlaku dalam masa terdekat.
Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta jam 10 pagi pada Jumaat.
Setelah itu Anwar menghadiri program walkabout dan sesi beramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan.
Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Jumaat dan program Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati, Ipoh selepas memenangi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berangkat ke Pekan Pahang untuk solat Jumaat dan majlis pengurniaan bot serta sumbangan kepada asnaf.
Al-Sultan Abdullah turut dijadualkan berangkat ke luar negara pada Sabtu ini.
Sementara itu, agensi berita melaporkan Anwar memohon penangguhan untuk mengumumkan senarai kabinet kepada minggu hadapan berikutan memerlukan lebih banyak masa.
Ia menjadikan Anwar telah bekerja enam hari secara keseorangan tanpa kabinet selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 25 November lalu.
Bagaimanapun tempoh itu dilihat masih relevan bagi setiap pemimpin yang dilantik menjawat jawatan tersebut.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan lapan hari sebelum mengumumkan senarai kabinet masing-masing.
Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-lapan pada 10 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan menumpaskan BN pada PRU14.
Muhyiddin pula mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas 22 bulan kerajaan Persekutuan diterajui Dr Mahathir berakhir.
Bagaimanapun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya memerlukan lima hari untuk mengumumkan senarai kabinet selepas beliau mengangkat sumpah pada 21 Ogos 2021.
https://www.sinarharian.com.my/article/234204/berita/nasional/pembentukan-kabinet-tidak-berlaku-dalam-masa-terdekat
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2022 06:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Konpius ke bangnon…wife dgn anak pun nak jawatan jugak kot… |
|
|
|
|
|
|
|
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
background ancor wat ka tu kat belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Apoooooo.. jangan kontraktor lari sudah leee kabinet tak siap2.... |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-12-2022 08:02 PM
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.
Amannnnnn siket dunia.. tapi kan anwar ni tegas worr... kadang2 kehadiran menteri yang ceredik dan pandai ambil hati PM neh... mmg memudahkan urusan utk dpt approval, endorsement apa2....
Tp kalo dpt menteri bodoh2 mcm rina harun, zuraidah, mat sabun pun lagi takleh pakai.. sbb tu kena ada disclaimer menteri cerdik pemudah urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2022 11:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aik katanya petang besok pulak...mcm2 gimik... |
|
|
|
|
|
|
|
DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan
BN pun nak yg penting GPS pun sama
or mereka nak tarik diri
mungkin Bongnuar akan jadi mcm Tun M berhenti.
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 1-12-2022 11:43 PM
DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan
BN pun nak yg penting GPS pun sama
Liz truss 44 hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 1-12-2022 11:43 PM
DApig nak 5 jawatan penting termasuk Kem Kwangan
BN pun nak yg penting GPS pun sama
X mungkin Pok Non ambik tindakan sama mcm atok..mungkin kah drama sakit masuk wad boleh di praktik kan untuk melenggah2kan permintaan kroni tuk berkuasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-12-2022 08:02 PM
Biar ksu kementerian yg buat kerja sampai habis lima tahun.
Selama ni pun memang bureaucrats yang buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-12-2022 11:44 PM
Liz truss 44 hari.
Trus bungkus hari ke 45 jd pm sejarah mungkin berulang |
|
|
|
|
|
|
| |
|