CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pusing Semenanjung dengan motosikal klasik

[Copy link]
Post time 1-12-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Pusing Semenanjung dengan motosikal klasik


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Duta KOYOKO, Hishamuddin Md Rashid, 52, memeriksa motosikal klasik miliknya sebelum majlis pelepasan ‘Ride Solo Motor Klasik Jelajah Semenanjung Malaysia di KOYOKO M P Sdn Bhd, Bukit Minyak di sini. FOTO DANIAL SAAD




Bukit Mertajam: Faktor cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran bagi penunggang motosikal klasik solo, Hishamuddin Md Rashid untuk menyelesaikan siri jelajah Semenanjung Malaysia yang bermula hari ini.

Hishamuddin, 52, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kojeq bagaimanapun mempersiapkan mental dan fizikal bagi berdepan segala kemungkinan untuk misi kali kedua itu selepas berjaya pada percubaan pertamanya enam tahun lalu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia menjaga pemakanan selain melakukan senaman bagi memastikan badannya sentiasa cergas sepanjang menjelajah ke 12 negeri dengan jarak sejauh 2,000 kilometer selama lapan hari.

"Dalam pada itu, saya juga membuat persediaan rapi dalam penjagaan motosikal klasik yang digunakan untuk misi ini yang mana semua spesifikasi mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ini menjadi objektif utama penjelajahan saya untuk memberitahu peminat motosikal dalam kita ghairah menunggang, aspek keselamatan serta peraturan yang ditetapkan tidak boleh diabaikan.

"Ketika ini, cuaca pula tidak menentu jadi saya perlu memastikan motosikal klasik yang berusia hampir separuh abad ini berada dalam keadaan baik demi keselamatan saya sepanjang misi ini," katanya pada Majlis Flag Off 'Ride Solo Motosikal Klasik' Jelajah Semenanjung Malaysia di sebuah syarikat pengeluar bateri motosikal di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini, hari ini yang disempurnakan Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa.

Jelasnya, dia menggunakan motosikal jenis Honda S90 keluaran tahun 1974 yang menjadi antara motosikal klasik kegemarannya berbanding model lain.

Penjelajahan motosikal klasik itu bermula dari Pulau Pinang dan akan berakhir di Taiping, Perak pada Khamis minggu depan.

Sementara itu, Adenan berkata, pihaknya kagum dengan usaha Hishamuddin yang melakukan misi penjelajahan dengan hanya menunggang motosikal klasik demi memberi motivasi kepada orang awam yang meminati aktiviti permotoran.

"Walaupun motosikal ini model lama tetapi penjagaannya begitu baik dan mengikut spesifikasi JPJ.

"Kita harap usaha Hishamuddin ini dapat dijadikan sebagai contoh buat masyarakat supaya mematuhi undang-undang jalan raya sedia ada serta tidak melakukan pengubahsuaian motosikal untuk tujuan perlumbaan.

"Pada masa sama, kita berharap kempen seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang yang mana kita boleh melakukan kolaborasi bersama Unit Keselamatan Jalan Raya untuk menjadi duta mahupun rakan kongsi sebagai usaha dalam membantu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan penunggang motosikal yang mencatatkan peratusan tertinggi," katanya.


Disiarkan pada: Disember 1, 2022 @ 3:36pm









sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.356376 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list