Pachara Emmanuel Apin tidak berdiam diri apabila bekas adik iparnya, pelakon Aishah Azman mempertahankan Afiq Muiz serta membidas dakwaannya dipukul bekas suami.
Kredit foto: IG
Menerusi hantaran di Instagram, Pachara berkongsi beberapa foto sebagai bukti dirinya dianiaya Afiq.
Kredit foto: IG
Dedahnya, dia sudah membuat laporan polis tahun lalu, namun menyesal apabila menarik laporan itu semula kerana tidak sanggup melihat Afiq digari dan direman tiga hari.
Kredit foto: IG/Xtra
"Iblis pun tak sezalim kau Muhammad Afiq Muiz. Munafik. Ngam dengan nama kau, Afiq. Munafik!" tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Pachara memberi gambaran Afiq kini mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kredit foto: IG/Xtra
Menerusi hantaran di IG, Pachara juga berkongsi gambar imbasan sinar X jari tangannya. Manakala hantaran terbaru di IGStory, dia meluahkan kekesalannya dengan mendakwa difitnah dua beradik terbabit.
Add Image Caption Here
Kredit foto: IG
"Hebat cerita adik-beradik. Kenapa tak berlakon je satu family?" soalnya. - CARI
|