CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2022|Reply: 30

[Tempatan] PM salah guna kuasa jika arah polis siasat pengkritiknya – Lawyers for Liberty

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-12-2022 11:58 AM

PUTRAJAYA: Kumpulan perundangan Lawyers for Liberty meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan saluran undang-undang sivil untuk menangani mana-mana pihak yang mengkritiknya sekali gus terus berpegang kepada agenda reformasi Pakatan Harapan (PH).




Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek, berkata ia berikutan jawatan Perdana Menteri tidak mempunyai kedudukan istimewa di sisi undang-undang dan reputasinya tidak boleh dipertahankan oleh pihak polis.

Beliau berkata, ia adalah tindakan salah guna kuasa bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak polis menyiasat mana-mana pihak yang membuat sebarang tuduhan terhadapnya berikutan beliau adalah pihak berkepentingan.
Kami merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil pada 28 November lalu yang menyatakan bahawa Anwar sudah mengarahkan pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap individu yang membuat dakwaan bersifat fitnah atau keterlaluan terhadap Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Zaid berkata, perbuatan kerajaan baharu yang terus mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang mengkritik Perdana Menteri tidak boleh diterima, terutama selepas ia sebelum ini menjanjikan perubahan.

Beliau berkata, seandainya Anwar terkilan dengan komen buruk terhadapnya, beliau perlu memfailkan satu tindakan saman fitnah di mahkamah sivil, sama seperti rakyat lain

Tugas dan tanggungjawab pihak polis adalah untuk menghalang berlakunya jenayah, bukan untuk melindungi Perdana Menteri daripada sebarang penghinaan atau kritikan.

“Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain tidak perlu diingatkan dengan tindakan salah dan bahaya menggunakan kuasa polis untuk mempertahankan Perdana Menteri daripada hinaan atau kritikan.

“PH pernah menjadi mangsa tindakan polis sebegini ketika Najib Razak (Datuk Seri Najib Razak) menjadi Perdana Menteri, terutama membabitkan isu 1MBD.


Malah, PH sentiasa berpendirian bahawa Perdana Menteri tidak boleh menggunakan pihak polis untuk menutup mulut pengkritik,” katanya.

Beliau berkata, selepas kenyataan Fahmi bahawa Anwar mengarahkan pihak polis mengambil tindakan, Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad, ditahan pihak polis untuk siasatan kerana didakwa mengatakan Anwar adalah ejen Israel.

Wakil rakyat berkenaan disiasat termasuk mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, sedangkan ia bertentangan dengan janji PH dalam manifestonya untuk memansuhkan peruntukan berkenaan

Malah, katanya, siasatan pihak polis itu yang dikatakan dengan arahan Anwar adalah tidak sesuai dan mampu membawa mudarat.

Selain itu, Zaid berkata, Anwar seharusnya meneruskan tindakan undang-undang sivil yang sudah dimulakannya terhadap Hassan, dan bukan menggunakan kuasa polis untuk menyiasat.

“Campur tangan polis hanya sesuai apabila pesalah membuat kenyataan yang boleh mengakibatkan mudarat, keganasan atau kecederaan terhadap orang awam. Dalam sebuah demokrasi yang berfungsi, tindakan polis tidak boleh diambil terhadap ahli politik atau pengkritik yang mengeluarkan kenyataan yang tidak menyenangkan, menghina atau
palsu terhadap sesiapa saja, termasuk Perdana Menteri.

“Jika pihak polis memulakan siasatan jenayah terhadap setiap tuduhan atau penghinaan terhadap Perdana Menteri, ia akan menjurus kepada autoritarianisme.

“Berikutan itu, kami menggesa kerajaan baharu dan Perdana Menteri mengotakan janji mereka untuk membawa perubahan seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menghentikan semua siasatan terhadap pengkritik Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan baharu ini harus mengelakkan semua perangkap dan perbuatan berlebih-lebihan dilakukan kerajaan terdahulu jika mereka benar-benar mahu memperkasakan kebebasan bersuara dan budaya demokrasi yang mantap.

Sumber: Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya terfikir mengapa perdana menteri Temasik sesuci raja Siam?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
na kau...berat 'kes ni'.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:07 PM | Show all posts
ada beza antara kritikan dgn fitnah melampau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ni … Habis tu undang2 defamation pitenah etc mansuh..nak jolok masuk dlm dubor ko ?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:19 PM | Show all posts
fitnah dan kritik serupa rupa nya........ baru aku tahu...
selama ni yg PAS didakwa di mahkamah tu kritik rupanya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana pulak dgn dap yg suka saman setiap kali dikritik dan selalunya menang…adakah disebabkan mereka terlalu suci dan murni tanpa sekelumit dosa serta bersih daripada noda…
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm kompius jgk tu... Kejap kritik, kejap hina, kejap fitnah, kejap komen buruk...
Cuba susun2 kan ayat tu bg clear...
Kalo soh polis siasat sbb dikritik tu x boleh, tu penyalahgunaan kuasa...
Kalo rasa org tu tuduh sesuatu yg bersifat fitnah dan ada bukti, buat report polis atau teruskan ngan saman fitnah... Kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 1-12-2022 12:25 PM
Macamana pulak dgn dap yg suka saman setiap kali dikritik dan selalunya menang…adakah disebabkan me ...

Yg mana satu ekkk?? Iols nk tau jgk ni...apa deols dikritik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka PM anwar ni rupa-rupanya lembik & crybaby.... Dia & juak2 menghina, memaki, mencarut sampai ke tahap memfitnahkan pemimpin2 lawan sama ada set penyamun mahupun set lebai punya la dasyat...

Tapi bila dia kena kutuk, kena tuduh... Cepat je nak report polis & saman sivil.

Spesis cengeng
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:37 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 1-12-2022 12:43 PM
Perwira2022 replied at 1-12-2022 12:32 PM
Tak sangka PM anwar ni rupa-rupanya lembik & crybaby.... Dia & juak2 menghina, memaki, mencarut samp ...

anwar pernah buat fitnah??
cer bagitau fitnah apa yg dia dah buat??
Anwar ni kalau mengutuk pun,dia kutuk org yg buat fitnah kat dia..mcm ketua PAS perak yg tuduh dia nak halalkan kawin sama jenis haritu.so selayaknyalah..


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pulak dah…hoi hoi hoi ya hoi…
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak jiran aku dan dirinaku adaler org yg pertama rasanya disini yg persoalkheun keabsahan anuwar to just directly order pihak berwewenang utk menyiasat tanpa sebarang prosedure of making a formal report...

Then jika isunya disini menggunakjeun kedudukheun to cut the red tapes to get message across asap...then i think we have a legit argument to question...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 1-12-2022 12:37 PM
anwar pernah buat fitnah??
cer bagitau fitnah apa yg dia dah buat??
Anwar ni kalau mengutuk pun,dia ...

Banyak. Salah satunya fitnah TS Khalid Ibrahim semata2 nak lantik diri sendiri jadi MB Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:46 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-12-2022 12:44 PM
Banyak. Salah satunya fitnah TS Khalid Ibrahim semata2 nak lantik diri sendiri jadi MB Selangor

apa yng dia fitnah kalid ibrahim tu..nak tau jgk.cer citer
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa cer citer..cer citer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara yg betul ialah membuat laporan polis... Bukan mengarahkan pihak polis... Dua benda yang berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu isu ni berterusan.. ada la poin utk anjing2 politik terus menyalak2

ada la isu bodoh utk macai2 layan pasal hal2 politik ni

baidewei, berita baik untuk gomen berkenaan urusan ekonomi.. ucapan powell boleh dikatakakan agak dovish awal pagi tadi.. china pun mcm dah taknak ketat sangat polisi diorg pasal covid... kadar inflasi di europe mcm ada tanda2 nak peak...

gomen boleh upkan lagi usaha berterusan dalam fasa pemulihan ekonomi bila dah kompem kabinet malaysia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 01:31 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 1-12-2022 12:44 PM
Banyak. Salah satunya fitnah TS Khalid Ibrahim semata2 nak lantik diri sendiri jadi MB Selangor

ce cite...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 01:32 PM | Show all posts
Edited by brego at 1-12-2022 01:37 PM
terma2nkondisi2 replied at 1-12-2022 01:14 PM
ok la tu isu ni berterusan.. ada la poin utk anjing2 politik terus menyalak2

ada la isu bodoh utk  ...

kalau ekonomi tak pulih jugak tahun depan.

dan rakyat nak kritik anwar, kena penjara tak?


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070999 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list