CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Kedah] Kanak-kanak dihempap tiang elektrik masih kritikal, seorang lagi patah kaki

[Copy link]
Post time 1-12-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

WAN Aliff Danish (kiri) masih kritikal dan dirawat di ICU HSB. FOTO Ihsan Keluarga

Alor Setar: "Keadaan anak saya, Wan Aliff Danish (Wan Mohd Naim, 10) masih kritikal tetapi stabil malah dia sedang ditidurkan ketika ini bagi membolehkan dia berehat.

"Doktor memaklumkan ada pendarahan pada paru-parunya, luka di bahagian hati serta tulang bahagian mukanya retak sikit," kata Nor Zuraidah Zainon, 29.

Nor Zuraidah berkata, anaknya masih tidak sedarkan diri akibat dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar, Jalan Kampung Darat, Changlun, semalam.


Menurutnya, anak sulung dari tiga beradik itu sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini manakala sepupunya, Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, masih dirawat di Hospital Jitra.

Katanya, anaknya sedar pada tengah hari tadi sebelum dia ditidurkan semula untuk proses pemulihan pada paru-parunya.

Ketika menceritakan semula kejadian itu, Nor Zuraidah berkata, dia dan suaminya, Wan Mohd Naim Wan Fadzilah, 30, baru pulang berniaga di pekan Changlun dan nampak Wan Aliff Danish ketika itu sedang makan nasi di rumah mereka yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

"Lepas makan nasi, dia keluar bermain dengan kawan dan sepupunya tetapi dalam 10 minit kemudian, saya dimaklumkan kejadian itu berlaku.

"Sebelum itu saya memang tak sedap hati tetapi benda dah jadi dan berharap supaya anak saya sembuh sepenuhnya," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian 5.33 petang semalam, tiga kanak-kanak dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar, Jalan Kampung Darat menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan.

Mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, parah di kepala dan muka manakala Wan Aliff Danish Wan Mohd Naim, 10, masih kritikal dan Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, patah paha.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bedah siasat terhadap jasad Muhammad Aqil Wafiq dilakukan pada 10 pagi tadi di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar.

Beliau berkata, dua lagi mangsa masih dirawat di HSB dan HJ ketika ini.

"Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian tiga kanak-kanak terbabit sedang bermain di atas longgokan tiang elektrik berkenaan dan kejadian berlaku apabila sebatang kayu lapik tiang itu patah menyebabkan longgokan tiang itu bergolek dan terus menghempap tiga kanak-kanak itu.

"Bagaimanapun kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-lagi-patah-kaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079912 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list