CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Kedah] 'Ayah dan abang saya pun ambil...'

[Copy link]
Post time 1-12-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

LEFTENAN Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir (kiri) menyoal lelaki berusia 29 tahun yang disyaki penagih dadah yang ditahan dalam Op Bersepadu di Kuala Kedah. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: "Ayah dan abang saya pun ambil dadah, jadi saya pun turut ambil dadah untuk turun ke laut," kata seorang nelayan yang ditahan dalam operasi Ops Bersepadu membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, semalam.

Operasi turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pokok Sena dan Kota Setar di kawasan jeti bot dan perairan laut Kuala Kedah, di sini.

Lelaki berusia 29 tahun itu mengakui pernah ditahan dua kali sebelum ini oleh AADK kerana melakukan kesalahan sama, dan hasil ujian saringan awal semalam mendapati dia mengambil methamphetamine.


"Saya memang nak berhenti, tapi bila ambil dadah, rasa lebih tenaga ketika keluar menangkap ikan," katanya ketika ditemui di Jeti APMM di sini, semalam.

Dalam operasi bermula 10 pagi itu, beberapa kawasan jeti bot di Kuala Kedah yang dipercayai menjadi port penagihan dadah diserbu walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Ketika serbuan, beberapa lelaki dipercayai melarikan diri, namun ada sebahagiannya ditahan pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, operasi membabitkan 60 pegawai dan anggota dari dua agensi terbabit yang melakukan serbuan di jeti bot sekitar muara Kuala Kedah, serta pemeriksaan secara rawak terhadap bot nelayan tempatan di sekitar muara Kuala Kedah.

Beliau berkata, hasil operasi, 19 orang ditahan dan didapati positif methamphetamine,

Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B turut ditahan atas kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada warga tempatan berusia lingkungan umur antara 25 hingga 50 tahun.

"Mereka kemudian diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bang-saya-pun-ambil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053859 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list