CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 2

Disingkir Dari Kumpulan Kerana Biadab Dengan Pekerja, Tapi Chuu Loona Dakwa Tak Tahu Apa-apa

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Anggota LOONA iaitu Chuu atau Kim Ji Woo disingkirkan secara rasmi daripada kumpulan itu pada 25 November lalu kerana bersikap kurang sopan dalam melayan kakitangan agensi BlockBerry Creative.


Pihak pengurusan yang mengesahkan berita itu turut berharap peminat dapat menerima alasan penyanyi tersebut dibuang daripada kumpulan berkenaan.




All Kpop




"Kami rasmi mengeluarkan Chuu dari agensi dan kumpulan LOONA atas beberapa sebab yang tidak dapat dielak lagi.


"Banyak spekulasi yang timbul tentang perangai Chuu sepanjang menjadi penyanyi dan kami sudah memberi teguran dan amaran kepada Chuu," katanya.


Pihak BlockBerry Creative membuat keputusan untuk menggugurkan Chuu kerana sudah tidak tahan lagi dengan aduan buruk yang diterima mengenai sikap selebriti tersebut yang dianggap kurang ajar.


"Kami sering menerima aduan buruk tentang Chuu ini sudah lama, cuma tidak berkesempatan untuk berbincang dan berjumpa dengan penyanyi itu.


"Semua perbincangan yang dilakukan juga sudah mendapat kata putus dari kedua pihak sebelum perkara ini diumumkan," katanya.




IG Chuu




Sementara itu, pihak pengurusan kumpulan LOONA juga memohon maaf kepada semua kakitangan agensi berkenaan yang telah tersinggung dengan sikap Chuu.


"Kami ingin minta maaf terutamanya kepada pekerja BlockBerry Creative dengan sikap kurang ajar yang diterima dari Chuu sepanjang bekerja bersama," katanya.


Bagaimanapun, Chuu dalam hantaran di Instagram pada 28 November tampil bersuara mengenai isu berkenaan.


Katanya, dia tidak dihubungi atau mengetahui apa-apa tentangnya dan kini sedang cuba 'menghadam' situasi dihadapinya sekarang.


"Apa yang saya pasti adalah saya tidak melakukan apa-apa yang akan memalukan peminat saya. Saya akan memberi kenyataan selepas sudah ada kata putus.


"Terima kasih banyak atas keprihatinan anda dan kerana mempercayai saya," ujarnya.











Sumber: mStar










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 09:44 PM | Show all posts
BBC jahat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 09:44 PM | Show all posts
harap la company tu cepat melingkup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052069 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list