View: 4544|Reply: 96
|
[Tempatan]
BN dijangka dapat 1+4 menteri, nama Zahid terus mengungguli carta
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 1-12-2022 02:13 PM
PETALING JAYA – Saiz Jemaah Menteri akan dikurangkan kepada 25 orang dengan BN dan GPS masing-masing diperuntukkan 1+4 dan 1+3.
Sinchew Daily melaporkan, pengagihan jawatan dalam Kabinet adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Untuk PH, PKR akan mendapat 1+4 iaitu jawatan Perdana Menteri berserta empat menteri manakala DAP mendapat lima jawatan menteri, Amanah dua jawatan menteri dan UPKO satu menteri.
“BN dijangka mendapat 1+4 iaitu satu Timbalan Perdana Menteri dan empat menteri manakala GPS 1+3 iaitu satu Timbalan Perdana Menteri dan tiga menteri,” kata sumber kepada Sinchew Daily.
Kata sumber lagi, baki jawatan menteri akan diagihkan kepada MUDA, Warisan dan GRS menjadikan jumlahnya 25 orang.
Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong berharap majlis angkat sumpah dapat disempurnakan pada Jumaat, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap diberi lebih banyak masa kerana kerajaan perpaduan membabitkan banyak parti.
Anwar justeru memerlukan masa untuk berbincang dengan ketua-ketua parti bagi memuktamadkan soal pembentukan Kabinet.
“Jika tidak diumumkan pada Khamis, maka mungkin Sabtu atau Ahad supaya majlis angkat sumpah dapat dijalankan pada Isnin,” kata sumber.
Mengikut jadual Anwar, beliau akan balik ke Tambun pada Jumaat untuk berjumpa dengan pengundi di situ.
Dalam pada itu, difahamkan dua calon Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing dari BN dan GPS.
“Kemungkinan Ahmad Zahid menjadi TPM adalah tinggi kerana Anwar akan memberi pertimbangan berdasarkan calon yang dikemukakan setiap parti.
“Jika BN mencalonkan Ahmad Zahid, maka sukar untuk Anwar menolak dan ini juga mengambil kira keperluan satu kerajaan yang stabil.
“Salah satu jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah untuk BN dan Ahmad Zahid juga berjasa dalam pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.
Sumber berkata, 25 menteri akan dibantu oleh 25 timbalan menteri, menjadikan jumlah menteri dan timbalan menteri sebanyak 50 orang.
“Saiznya adalah kira-kira 40 peratus lebih kecil berbanding 70 orang menteri dan timbalan menteri semasa kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu, PKR juga meminta lebih banyak jawatan diberi kepada parti itu untuk memperkuatkannya.
Selain itu, mesyuarat Majlis Presiden PH baru-baru ini dilaporkan tidak berbincang sama ada “kluster mahkamah” boleh menyertai Kabinet.
“Pertimbangan Anwar adalah kerajaan yang stabil dan pentadbiran yang lancar,” kata sumber.
https://malaysiagazette.com/2022/12/01/bn-dapat-14-dan-gps-13/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Susah payah rakyat tolak zahid, nak naikkan jugak? Hoi hoi ya hoi... |
|
|
|
|
|
|
|
gelak besar la kaklong
puii |
|
|
|
|
|
|
|
xsia2 kaklong karoke kt bagan datok |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 1-12-2022 09:18 AM
xsia2 kaklong karoke kt bagan datok
Mengkal boobies kaklong ....i loiked.... |
|
|
|
|
|
|
|
On a more general note...a fair composition.....
But surely not all dlm CORE KEMENTERIAN....
|
|
|
|
|
|
|
|
zahid ada kebarangkalian tak utk di kick out semasa pertandingan UMNO nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada backup plan tu. dont worry mungkin dia akan sakit macam kes mahkamah dia mc awal2 ke fikir senang ke nak gulingkan otai2. alangkah kj pun tersontot kt sungai buloh
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tgk sapa yg betul2 jd TPM baru aku komen... |
|
|
|
|
|
|
|
Wak tu menang undi terlalu sikit, nyaris2 kalah...tu kawasan kubu dia pun pihak lawan dapat banyak undi...tu rakyat marhaen dah 'tunjuk' rasa/feeling dorang pada wak melalui undi...
Kalau wak naik jadi tpm, memang kecoh lagik 1 mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Punohh. Tak kemana la...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 1-12-2022 09:22 AM
zahid ada kebarangkalian tak utk di kick out semasa pertandingan UMNO nanti?
Depends very much on the outcome of his case.....
If PAU diadakheun in 6 mths as scheduled dan pemilihan presiden baru diadakheun , sedangkheun keputusan kesnya belum diketahui...high chance he will still get to lead.... |
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 1-12-2022 09:27 AM
Wak tu menang undi terlalu sikit, nyaris2 kalah...tu kawasan kubu dia pun pihak lawan dapat banyak u ...
Croatia 1- 2 Belgium(tim yg bakal juara world cup next edition menurut Soniclanchow)
The monorail of the story, A win is still a win....and hence belgium through to the knockout stage...
Paham? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mmg Zahid akan jadi bakal TPM tu |
|
|
|
|
|
|
|
wolfheart replied at 1-12-2022 09:03 AM
Susah payah rakyat tolak zahid, nak naikkan jugak? Hoi hoi ya hoi...
How can you say that sedangkheun he won his bagan dato seat, though with little majority win?
|
|
|
|
|
|
|
|
mis_j_alexanda replied at 1-12-2022 09:32 AM
Rasanya mmg Zahid akan jadi bakal TPM tu
Kita tawakkal psstuh redho....
Iteww juga yg diisyaratkheun oleh agong bila beliau menjemput beend utk bekerjasama utk gabungan kerajaan ini.....pastinya |
|
|
|
|
|
|
|
Dap berapa pulak...ni yg penting |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah lah sapa2 bakalan tpm ... Ujung2 muka itu gak ler. Kaki songlap |
|
|
|
|
|
|
|
Pengundi2 PH kena kencing lagi
Undi peliwat dapat penyamun. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|