CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4138|Reply: 60

[Tempatan] Negara dilanda 'winter'

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-12-2022 12:34 PM

KUALA LUMPUR: 'Bahang' Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu, beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin, apabila purata suhu harian negara dilaporkan di antara 22 hingga 30 darjah Celsius.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.

Katanya ia adalah susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.

"Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain," katanya.

Ketika bertanya mengenai suhu terendah yang kemungkinan dialami negara, Mohd Hisham berkata kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.

"Sebelum ini, suhu di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan pernah dicatat antara 17 dan 18 Celsius pada 2014. Jadi, berkemungkinan di kawasan tersebut boleh berlaku lagi (suhu serendah itu)," katanya.

Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata angin dari China itu memasuki Malaysia bermula awal November dan boleh menyebabkan suhu serendah 22 darjah Celsius.

"Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk," katanya.

Beliau berkata cuaca dingin yang dirasai oleh rakyat Malaysia kini merupakan kesan peralihan angin MTL yang datang dari arah utara atau dikenali sebagai luruan monsun.

"Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan.

"Selain itu faktor sejuk yang dialami adalah berikutan angin Timur Laut yang dibawa dari Siberia," katanya. – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow... nanti ayam boleh bertelur tak? Risau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni ramai pkai heatech, jaket kulit, glove dan muffler jln2 kt chow kit...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuaca sejuk memang best.  Yg tak best walaupun sejuk humidity still high.  Hujan tak renti banjir.  Baju tak kering unless ada dryer. Naik mold naik kulat segala tempat yg damp.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dah siap2 utk bercuti ke kuala krai dgn jaket sheeple dan kasut ski
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 09:58 AM | Show all posts
xde dh yg nk ltk gmbr family kt tangga rumah sampai berblanket masing2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 10:05 AM | Show all posts
hahhahaa eh tapi best... sedap je tidur mlm2.. nyaman...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dinginnya angin malam ini menyapa tubuhku..
namun tidak dapat mendinginkan hatiku yang kau
hangatkan
      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 10:21 AM | Show all posts
ramai org sakit batuk, selesama, demam, asthma sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:46 AM | Show all posts
xde la sejuk mana pun,banyak lecah kat mana2 je
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
la ptt td nk keluar p kerja nmpk mcm salji gituh..view dr balkoni umah..
takpe la bye bye malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:58 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 1-12-2022 09:58 AM
xde dh yg nk ltk gmbr family kt tangga rumah sampai berblanket masing2

LoL...Of coz nanti adelah tu.
Macam kes hantu ketuk pintu umah Se Malaysia.
Memasing posing jari tunjuk pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jimat air-con
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:20 AM | Show all posts
syok tak perlu buka aircond sejuk..cuma baju lambat kering la kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mlm2 tido pakai baju bulus2 haa ank aii skg ni .tapi tu la..cuaca sejuk ni senang kena batuk & selesema..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:30 AM | Show all posts
nyaman.. pagi2 rasa takmau bangun tido.. sambung tido lepas subuh sampai zohor pun best juga ni .. tapi kena kerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
winter abah kau
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:33 AM | Show all posts
Semalam hujan agak lama dan lebat bandar KL agak berkabus banyak bangunan pencakar langit tak kelihatan topnya ada yang tak kelihatan tengah2nya.  Yang tak best banjir kilat pun banyak sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:38 AM | Show all posts
X gaduh on ekon. Kipas pun takyah bukak laju. Pagi lepas bgn pastu 9am tertidoq balik memg best
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:06 PM | Show all posts
cer bagi nama khas

winter tu mcm berangan hidup sgt

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.087631 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list